|
Pilihanraya Umum Ke 13
|
Written by admin
|
|
Wednesday, 28 November 2012 14:30 |
|

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi isyarat jelas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak akan diadakan pada tahun ini...
Menurut tiga perwakilan UMNO yang ditemui selepas menghadiri Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini, Najib memaklumkan PRU-13 hanya akan diadakan pada tahun hadapan.
Selain isyarat itu, tarikh sebenar PRU-13 yang dinanti-nantikan ramai terus menjadi teka-teki kerana menurut mereka, Presiden UMNO itu tidak menyatakan secara khusus bila ia akan diadakan.
Salah seorang perwakilan yang ditemui itu, Datuk Razali Idris yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, sebaliknya Perdana Menteri memaklumkan PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila masa selagi dibenarkan di bawah Perlembagaan negara.
''Perdana Menteri memberitahu yang PRU-13 tidak akan berlaku bulan Disember. PRU-13 mungkin akan berlaku bulan Januari, Februari, Mac, April atau tambah lagi masa mengikut (yang dibenarkan) Perlembagaan negara,'' katanya.
Majlis Taklimat Presiden yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama kira-kira sejam itu dihadiri seramai 5,447 perwakilan dari seluruh negara.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by admin
|
|
Sunday, 25 November 2012 21:00 |
|

PASIR PUTEH: The Kelantan Umno will also be fielding ulama as its candidates to contest for state and parliamentary seats in the coming 13th general election.
State Umno liaison chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said they comprised those who had contributed to the party and the country.
"We have identified their names," he told reporters after closing the 1Cooperative 1Community programme here today...
The International Trade and Industry Minister said the names of the candidates would be announced earlier to allow the people to evaluate their capabilities.
Normally, the names of the candidates would be announced two days before nomination day, but this time the announcement would be made earlier, he added. - Bernama
MALAYSIA NEWS MUSTAPA KELANTAN UMNO ULAMA GE 13 |
|
Written by admin
|
|
Sunday, 25 November 2012 11:00 |
|

PETALING JAYA: Changes can take place in the country without having to change the government and this has been proven by Barisan Nasional, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Barisan is not an inflexible party. We are ready to change,” the Prime Minister told some 1,500 members of non-governmental organisations at PWTC in Kuala Lumpur...
“Change can happen in our country and we have proven that it is not necessary for us to change the government.
“We can bring change with the same government,” he added at the gathering yesterday.
The Barisan chairman and Umno president said the Government's ability to spearhead change could be seen in its efforts to include NGOs, civil society and communities as partners in its transformation agenda.
He said Malaysia was experiencing actual change and progress in the economy, and this could be seen in the 5.2% growth, higher revenue and international acknowledgements such as being rated as the 12th best nation in ease of doing business and Kuala Lumpur being ranked fourth best city for shopping by CNN Travel.
Unlike the opposition pact and its Buku Jingga, Najib said, the Barisan Government had put in place a clear roadmap to steer the country towards a developed and high-income nation by 2020.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 24 November 2012 17:30 |
|

KUALA LUMPUR: Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian. Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan.
Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang. Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan...
Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang. Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.
Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun. Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun. Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita. Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita.
|
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Sunday, 18 November 2012 17:00 |
|

Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.
“Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya,” katanya disambut sorakan semangat...
Berucap depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam, Anwar berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar menggantikan Umno BN.
“Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai, fahaman etika dan tatakelola kerajaan,” katanya.
Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan ‘tauke-tauke’ besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan individu tertentu sahaja.
Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad Sabu.
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 38 of 93 |
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
|
|
KO's main supporters
Android app for KritisOnline
|