Home Pilihanraya SARAWAK
Pilihanraya SARAWAK
Ceramah Anwar di Miri 8 Apr 2011 PDF Print E-mail
User Rating: / 6
PoorBest 
Written by Administrator   
Saturday, 09 April 2011 00:45

Miri, 8 Apr 2011

Ceramah Anwar di Miri

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat sambutan luar biasa dari kaum Cina-Miri di Waterfront Miri tadi. Di mulakan dengan ucapan dari YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, penyokong pakatan yang berkumpul telah bersorak "SARAWAK UBAH" apabila ketibaan Datuk Seri Anwar di majlis itu. Dengan jumlah kehadiran yang agak besar dari kaum Cina iaitu kira kira 2000 orang hadirin, ianya merupakan satu tamparan kepada Kepimpinan SUPP di Miri. Rakyat dilihat sebagai mulai bangkit - adakah Barisan Nasional masih duduk di atas sofa selesa dan ingat mereka akan menang walau dengan apa cara sekali pun? Atau sudahkah mereka bersedia melawan Pakatan dengan ceramah yang begitu berkesan? Ceramah SUPP yang tidak menyentuh perihal politik dilihat sebagai amat mengecewakan kerana untuk mendapat perhatian rakyat, SUPP hendaklah menjawab dan lawan segala tomahan dari Pakatan Pembangkang tersebut.

 

Video daripada ceramah tadi.


ArtCreative Design and Custom coding

 
Lim Guan Eng serang SUPP PDF Print E-mail
User Rating: / 4
PoorBest 
Written by GreenHood   
Friday, 08 April 2011 18:13

KUCHING, 7 April 2011 - Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP memulakan serangan terhadap SUPP hari ini apabila menempelek SUPP yang dikatakan olehnya sebagai memainkan sentimen perkauman terutamanya kaum Cina dalam kempen pilihanraya negeri Sarawak.

Dalam sidang media pertamanya hari ini di Kuching, beberapa hari setelah hari penamaan calon, Guan Eng menempelek SUPP apabila kononnya menerima laporan dari calon DAP bagi Bukit Sentosa (DUN) serta Bandar Kuching (parlimen), Chong Chien Jen bahawa SUPP telah memainkan isu perkauman dengan berkempen bahawa kaum Cina akan kehilangan wakil (bagi masyarakat kaum Cina) sekiranya Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan negeri Sarawak dalam pilihanraya negeri tersebut.

Beliau seterusnya membidas kegagalan SUPP yang menjadi parti multi-kaum dengan melabelkan parti tersebut sebagai parti "pak turut" yang hanya mengikut kemahuan Ketua Menteri terdahulu, Taib Mahmud. Memberi contoh kegagalan SUPP gagal mempertahankan kaum Cina Sarawak, beliau (Guan Eng) menyatakan proposal DAP untuk memberi lanjutan tempoh masa atas tanah pajakan kepada kaum Cina Sarawak telah ditolak oleh SUPP yang hanya mengikut telunjuk Taib Mahmud selama ini.

SUPP juga katanya gagal membawa naik kaum Cina apabila ramai kontraktor Cina tidak mendapat tempat dalam permohonan kontrak-terus (direct contract) kerja-kerja kerajaan dan seterusnya penurunan kadar tenaga kerja (kaum Cina) dalam pentadbiran kerajaan. Menyebut bahawa penurunan drastik mengikut statistik kakitangan kerajaan persekutuan (kaum Cina) dari 30% kepada hanya 5% (tahun 1971 hingga 2010) adalah bukti bahawa SUPP sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) telah gagal membela masyarakat kaum Cina secara keseluruhan.

Lim Guan Eng yang selama ini kuat menghentam kepimpinan Taib Mahmud sekali lagi membidas bahawa beliau (Taib Mahmud) gagal membawa sebarang perubahan mahupun kemajuan ke atas negeri tersebut. "Sesiapa sahaja yang menyokong beliau (Taib Mahmud) adalah sama sahaja. Mereka tidak ubah seperti boneka!" ujarnya.

"Mereka (calon-calon SUPP) hendaklah memaksa beliau (Taib Mahmud) bersara. Sekarang! Bukan dua tahun dari sekarang. Tidak juga seperti Presiden SUPP, George Chan (gambar, atas) yang berjanji hendak meletakkan jawatan tetapi sehingga kini masih lagi berkuasa. Jika anda tidak boleh berjanji bahawa George Chan akan memenuhi janjinya, maka tiada apa yang anda boleh jamin (dalam pilihanraya)", kata Lim Guan Eng.

- www.kritis-online.com

 
Dilema Melayu dan Kebangkitan SUPP di Sarawak PDF Print E-mail
User Rating: / 5
PoorBest 
Written by Razman   
Friday, 08 April 2011 12:54

Kuching, Sarawak. 8 Apr 2011

Dilemma Melayu dan Kebangkitan SUPP di Sarawak

Ramai daripada rakyat Semenanjung Malaysia tak tahu bahawa majoriti rakyat di Sarawak adalah bukan Melayu, dan bukan Islam. Sarawak adalah sebuah negeri yang unik sebelum lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Ia adalah satu negeri yang terdiri daripada berpuluh bangsa dan kebudayaan mereka amat mendalam dan bersejarah untuk kita semua.

Melayu yang ada mungkin tak lebih dari 10% dari seluruh populasi Negeri Sarawak, tetapi itu tidak menghadkan mereka daripada pelajaran dan pekerjaan yang cukup baik selagi berusaha dan mencari rezeki yang halal. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu atau lebih dikenali sebagai PBB telah banyak membantu Melayu di Sarawak, di lihat dengan ramai daripada mereka sekarang menjawat jawatan yang penting dalam Kerajaan sekarang. Mereka di didik dengan cara yang berlainan dari mereka di Semenanjung dan sifat toleransi dan terbuka berlainan di antara mereka di Sarawak dan mereka di Semenanjung. Melayu di Sarawak membesar dengan berpuluh bangsa yang berlainan di Sarawak berbeza dengan Semenanjung di mana 3 bangsa terbesar adalah Melayu, Cina dan India. Di Sarawak, walaupun Melayu, tetapi mereka bertutur dalam lebih 4 bahasa daripada Sarawak. Ini lah kelainan dan keunikan Melayu di Sarawak.

 

Read more...
 
BN umumkan Manifesto bagi Pilihanraya Negeri Sarawak PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Mohd Ikmal   
Friday, 08 April 2011 10:41

Sibu, 7 April 2011 - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah melancarkan manisfesto Barisan nasional (BN) dalam majlis di Dewan MUC, Sibu malam tadi yang bertemakan 'Jaminkan Masa depan Anda Dengan BN.

Menurut sumber yang dipetik dari Bernama, teras utama manifesto dengan slogan "Rakyat Makmur Kehidupan Selesa Negeri Aman" adalah:

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak;

2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum;

3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua;

4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua;

5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita;

6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara;

7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik;

8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan;

9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

Ketua Menteri Sarawak itu juga menegaskan bahawa rekod Kerajaan BN telah terbukti memberi perkhidmatan yang baik.

"Kami mempunyai segala jentera dan bekerja untuk mentransformasikan negara dan tiada sesiapa lain di negara ini dapat melakukannya. Tiada parti, jauh sekali PKR boleh melakukannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran.

Manifesto setebal 32 muka surat ini diterbitkan dalam empat bahasa, Bahasa Malaysia, Inggeris, Iban dan Cina turut memuatkan perutusan Tan Sri Taib Mahmud yang menyentuh tentang kejayaan BN dan perancangan yang bakal dilaksanakan di masa akan datang.- KritisOnline

 

 
PAS Yakin Penerimaan Rakyat Sarawak PDF Print E-mail
Written by Mohd Ikmal   
Thursday, 07 April 2011 16:15

Santubong, 7 April 2011 - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan kenyakinan dengan penerimaan pengundi Sarawak terhadap PAS berbanding dengan pilihanraya negeri yang lepas. Ini bersandarkan kepada tinjauan awal parti itu

“Walaupun PAS belum memperolehi satu Dun pun di Sarawak, tetapi kali ini kita melihat adanya petunjuk bahawa perubahan akan berlaku dan PAS, insya Allah beroleh kemenangan,” ujarnya yang dipetik dari Harakahdaily

Kali ini, PAS meletakkan lima calon dalam pilihanraya negeri Sarawak dengan 3 calon lelaki dan 2 calon wanita.

Apabila disentuh tentang calon wanita yang dipilih mewakili PAS, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, ini adalah satu penghormatan kepada Dun Sarawak apabila memberi peluang kepada calon wanita.

"PAS memang mahu mengenengahkan lebih ramai calon wanita dan ini merupakan penghormatan kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana boleh memberi peluang kepada calon wanita untuk menganggotai dewan," katanya ketika mengiringi pencalonan Noraini Hamzah di DUN Muara Tuang bagi menentang calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud

Namun katanya, jika hanya pengurangan majoriti BN berjaya dilakukan, ianya merupakan kejayaan besar kerana PAS baru pertama kali bertanding di DUn itu. -KristisOnline


Berikut adalah senarai calon - calon PAS dalam Pilihanraya Raya Sarawak kali ke 10.

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)

2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)

3. Nani Sahari (PAS)

Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)

Undi diperolehi: 4,545

Majoriti: 4,136


N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)

2. Noraini Hamzah (PAS)

Penyandang: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)

Undi diperolehil: 7,863

Majoriti: 6,327


N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656

1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)

2. Mahayudin Wahab (Bebas)

3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)

Undi diperolehi: 2,715

Majoriti: 858


N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042

1. Ali bin Semsu (Bebas)

2. Adam Ahid (PAS)

3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB)

Undi diperolehi: 3,748

Majoriti: 2,448


N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868

1. Razaili Gapor (BN-PBB)

2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)

Undi diperolehi: 2,796

Majoriti: 895

 
«StartPrev1234567NextEnd»

Page 4 of 7
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Android app for KritisOnline