|
The latest news from the Joomla! Team
|
|
Written by admin
|
|
Sunday, 19 May 2013 14:03 |
|

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.
Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi.
"Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas," tulis Khalid dalam Twitternya.
Semalam Harakahdaily menyiarkan berita PAS Selangor telah menghantar empat nama untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor....
|
|
Read more...
|
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 18 May 2013 15:57 |
|
  
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak jadi Perdana Menteri kerana hanya tahu mengkambinghitamkan Datuk Seri Noh Omar dan enggan mengambil tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menganggap Noh yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjadi mangsa akibat keengganan Najib bertanggungjawab atas kekalahan besar BN di Selangor. "Hampir semua pihak menganggap Noh digugurkan dari kabinet sebagai hukuman ke atasnya akibat kekalahan teruk BN di Selangor," kata Mahfuz. BN dan Umno bukan sahaja gagal menawan kembali Selangor seperti yang diimpikan oleh Najib, malah kehilangan lebih banyak kerusi....
|
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 18 May 2013 12:00 |
|

Penang Government and cops headed for showdown
The police and the state government are heading for a showdown as the state is planning to proceed with its “thanksgiving mega ceramah” in the Esplanade tonight although the police have not approved the permit application for the gathering.
Deputy Chief Minister I Mohd Rashid Hasnon said the state notified the police yesterday that the event was an official state function and was not being organised by Pakatan Rakyat. Furthermore, he said the venue for the gathering was not at any of the places stipulated under the Peaceful Assembly Act 2012 as prohibited areas, such as the airport, dams, hospital or places used for religious ceremonies....
|
|
Read more...
|
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 18 May 2013 10:00 |
|

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menafikan Kerajaan PAS yang memerintah dari tahun 1999 sehingga 2004 tidak memberi peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang menjadi pembangkang ketika itu. Justeru, beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memeriksa rekod-rekod kewangan semasa kerajaan PAS memerintah untuk mendapat maklumat sebenarnya, lapor Buletin Online.
"Saya nak nafi, bila disebut (oleh Ahmad) dikatakan semasa kita (PAS) memerintah dulu kita tak pernah bagi (peruntukan Adun kepada wakil BN) tidak betul, kita bagi. "Boleh tengok rekodlah, boleh check (semak) rekod dengan pejabat kewangan, dengan pejabat SUK, tengok rekod masa kita memerintah dulu, ada peruntukan itu dan kita bagi melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan," tegasnya dalam sidang media di pejabat Perhubungan PAS negeri, semalam....
|
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 18 May 2013 09:30 |
|

Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara....
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 3 of 818 |