|
Written by admin
|
|
Friday, 19 August 2011 22:36 |
|

Seperti mana di war warkan oleh Pakatan Pembangkang, Perdana Menteri Dato Seri Najib di jangka bubarkan Parliamen tidak lama lagi supaya Pilihanraya Umum ke 13 dapat di panggil awal tahun depan. Keadaan ekonomi yang stabil dan kadar positive kepada konsep Perdana Menteri yang tidak pentingkan satu parti, satu bangsa atau satu ideologi sekarang diterima baik oleh sejumlah besar rakyat Malaysia.
Pakatan memang tahu bahawa majoriti rakyat yang mengundi tidak mengikuti perkembangan politik kerana sudah muak dengan keadaan tumbuk menumbuk di antara Pakatan dan Barisan Nasional. Rakyat inginkan stabiliti yang tidak dapat di capai bila yang betul di jadikan salah, dan yang haram di halalkan demi kepentingan politik dan bukan rakyat.
Isu Gereja tidak sahaja menyusahkan rakyat, tetapi lebih memecahkan apa yang sudah semulajadi wujud sebelum merdeka lagi di antara berbilang bangsa di Malaysia.
|