Home Suara Dari Rakyat Bahasa Melayu Tan Sri Abdul Gani Patail .... sila jawab
Tan Sri Abdul Gani Patail .... sila jawab PDF Print E-mail
User Rating: / 6
PoorBest 
Written by bloghouse4najib@........com   
Thursday, 26 July 2012 12:57

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kenapa Tan Sri Abdul Gani Patail masih tidak menjawab tuduhan daripada Datuk Low Tuck Choy bekas pengarah eksekutif Ho Hup bahawa dia dulu dipaksa untuk membayar kos ubah suai rumah Tan Sri tahun lepas ? Kenapa mengambil masa yang lama untuk ATTORNEY GENERAL 1Malaysia jawab ? Tiap tiap hari Tan Sri tandatangan dokumen untuk sabitkan orang ke makhamah atas kapabiliti professionalnya atau atas arahan, tetapi sekarang seperti proveb 'what goes around, comes around', Tan Sri di landa masalah sama seperti mana dokumen yang dia tandatangani tiap tiap hari.

 

Kalau di lihat kepada kronologi kejadiaan dan kepastian bahawa PERNAH ADA ubah suai ke atas rumah Tan Sri Abdul Gani Patail pada tarikh yang di tuduh Datuk Low Tuck Choy, confirm ada. Bila di tanya siapa yang ubah suai rumah dia ? Kata nya saudara. Saudara yang mana satu Tan Sri kalau bukan saudara Datuk Low Tuck Choy dari Ho Hup.

KritisOnline mencadangkan supaya Tan Sri mengeluarkan kenyataan rasmi tidak pernah ada hubungan commersial dengan Datuk Low Tuck Choy dan itu akan menutup isu specific ini buat selama lama nya. Kemungkinan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim ada isu lain yang akan di main dalam masa terdekat ini, tetapi semasa menunggu isu baru, baik Tan Sri buat penafian secara rasmi. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berhenti sampai dia dapat 7 orang criminal minds yang dia syaki adalah mastermind di belakang strategi pencaturan untuk jatuhkan dia sebagai Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri. Berhati hati adalah nasihat kita kepada 7 orang ini.

 

Kerajaan Barisan Nasional sekarang di landa masalah demi masalah tetapi kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak masih steady dan on track. Pendekatan dia dan ekonomi yang mantap membolehkan rakyat rasa selesa akhirnya di tanah sendiri. Mereka yang tidak selaras dengan 1Malaysia dan pendekatan Perdana Menteri baik tukar atau pencen supaya tidak menjadi beban kepada transformasi Kerajaan.

 

Sekian.

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline