Home Suara Dari Rakyat Bahasa Melayu Adakah Nurul memahami kenapa ada Akta Rahsia ?
Adakah Nurul memahami kenapa ada Akta Rahsia ? PDF Print E-mail
User Rating: / 5
PoorBest 
Written by akuwanitabiasa98@............com   
Sunday, 15 July 2012 19:00

 

Kenapa bila melibatkan Pakatan, Nurul Izzah dan Tian Chua senyap ? Adakah mereka betul betul menyuarakan suara rakyat atau suara pribadi ? Rahsia negara tidak patut di sebar kepada negara lain seperti dalam isu NCO Sapura sebelum ini, tetapi Nurul dan TC hanya fikir tentang diri mereka sendiri dan bukan kepentingan negara. Sama seperti Anwar Ibrahim.

 

BN Kedah pertahan Ketua Pemuda Gerakan

 

ALOR SETAR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini tampil mempertahankan Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang yang diugut dengan tindakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh kerajaan Kedah kerana sering mendedahkan kepincangan dasar kerajaan negeri.

Ahmad Bashah berkata BN tidak gentar dengan ugutan itu dan akan mempertahankan Tan kerana apa yang diperkatakannya adalah benar bukan rekaan atau fitnah.

"BN akan terus membawa satu demi satu kelemahan tadbir urus Pas Kedah supaya masyarakat dapat menilai keupayaan PAS untuk menjadi sebuah kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang bercadang mengambil tindakan OSA terhadap Tan berikutan pendedahan beliau berkaitan peraturan baru perumahan yang bakal diperkenal di negeri ini.

Katanya pemimpin BN menyuarakan kepentingan rakyat apabila mengeluarkan sesuatu isu dan daripada isu berkenaan rakyat mahu melihat jawapan kerajaan negeri, bukannya satu ugutan terhadap "pembawa mesej".

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata banyak isu yang melingkari kerajaan negeri sekarang gagal ditangani dengan baik, malahan jawapan kerajaan negeri terhadap isu berkenaan amat naif.

"Dalam isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin), pembalakan di Gunung Inas hingga menjejaskan alam sekitar dan yang terbaru peraturan baru perumahan gagal dijawab kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri tidak berminat untuk menjawab segala persoalan yang kita kemukakan sebaliknya lebih suka menyalahkan mereka yang membawa menyuarakan isu berkenaan. Mereka masih mengamalkan pentadbiran menuding jari kepada orang lain sahaja apabila ada masalah," katanya.

petikan dari: Sinar Harian

 

MALAYSIA NEWS NCO MALAYSIA SAPURA NETWORK CENTRIC OPERATIONS

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline