Home Terjemahan Akhbar Cina Sidang Parlimen 12 Mac - Pembangkang sedia untuk ledakan soalan isu-isu hangat
Sidang Parlimen 12 Mac - Pembangkang sedia untuk ledakan soalan isu-isu hangat PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Q   
Tuesday, 06 March 2012 23:49



Akhbar: China Press
Ruangan: dalam negeri m/s A9
Tarikh: 20 Februari 2012 (Isnin)

Tajuk:

“Bulan Depan Tumpu Sepenuhnya Ledak Gempur BN Di Parlimen Pakatan Rakyat Akan Bersedia Lemparkan Peluru Isu-Isu”
Laporan Ekslusif oleh: Ou Giok Ping

19hb Kuala Lumpur - ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah sediakan banyak isu-isu untuk dibedil, mereka kumpulkan “peluru-peluru isu” bersedia untuk membuat bedilan-bedilan di sidang dewan pada 12 haribulan Mac ini, untuk menyerang dan membedil BN; isu utama ialah isu (berkaitan) pusat ternakan lembu NFC, seterusnya isu-isu rasuah dan penyelewengan, isu Sihat 1 Malaysia dan isu skim gaji kakitangan awam yang baru.

Dikatakan ahli-ahli Parlimen dari BN juga akan membawa masuk dan pertikaikan isu NFC dan akan memberi pandangan-pandangan mereka yang tersendiri.

Dikatakan pengerusi Jawatankuasa ahli-ahli penyokong BN di parlimen Datuk Seri Tiong (Sabah) memberitahu akhbar China Press, oleh kerana sekarang ini ramai dari kalangan ahli-ahli parlimen sedang sibuk, dengan itu mereka masih belum membincangkan perkara-perkara ataupun membuat persediaan untuk mesyuarat di sidang dewan akan datang ini, dan pada masa sama masih belum pilih isu-isu yang akan di bawa dan dibangkitkan di parlimen.

Oleh kerana pada sidang dewan itu nanti pihak kerajaan mahu bincangkan akta pelajar-pelajar universiti (AUKU), isu-isu akta baru program rukun tetangga (KDN), dan isu-isu akta untuk gantikan akta ISA (KDN), pasti akta-akta itu akan menyebabkan perdebatan hangat di sidang dewan itu nanti.

BN Tidak Perlu Hiraukan Pakatan Rakyat : Liang Teck Meng (ahli Parlimen Simpang Renggam/Gerakan)

Pakatan Rakyat boleh timbulkan banyak persoalan dan isu, termasuk “Buku Jingga” Pakatan Rakyat, sebaliknya BN tidak perlu hiraukan mereka, kerana kita ada polisi-polisi yang telah dibuat untuk semua rakyat.

Musuh-musuh kita yang sebenar bukan dari Pakatan Rakyat, apa yang kita pentingkan ialah bagaimana kita bawa negara ini ke arah yang lebih adil, termasuk polisi-polisi yang disisihkan dalam perlaksanaannya.

Walaupun Pakatan Rakyat cuba timbulkan isu NFC, saya anggap isu itu jika benar ia tetap benar, jika salah ia tetap salah. Jika benar-benar ia salah, kita selama ini tidak pernah menyorokkan ataupun selindungkan perkara-perkara yang benar, contohnya seperti kes bekas menteri besar Selangor.

Teck Meng secara peribadi bertanggapan mesyuarat di sidang dewan kali ini lebih tertumpu kepada isu ekonomi, ini lantaran ekonomi di benua Eropah yang semakin meruncing, pasti negara kita juga akan terkena tempiasnya, diharap kita dapat memahami keadaan kerajaan untuk hadapi semua itu, sama ada pihak kerajaan akan adakan pakej-pakej susun semula dalam membentuk ekonomi untuk atasi semua itu.


Tian Chua (ahli Perlimen Batu/Naib Presiden PKR)

Tian Chua berkata Ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mengikut jawatan-jawatan kabinet bayangan masing-masing, memilih isu-isu yang berkenaan dengan kementerian masing-masing dalam kabinet bayangan mereka, mereka tidak akan melepaskan sebarang peluang untuk bangkitkan isu.

Pada sidang dewan kali ini, Isu yang akan dicabar ialah termasuk isu Pusat ternakan lembu NFC, rasuah dan penyelewengan kuasa, isu Sihat 1 Malaysia dan skim gaji kakitangan awam.

Sidang kali ini Pakatan Rakyat akan berpegang kepada isu-isu menjurus seolah “soalan yang tidak akan habis-habis dibangkitkan”, sebaliknya itu semua (isu-isu) sebenarnya lebih berkisar kepada isu-isu besar iaitu isu rasuah dan isu perlaksanaan polisi.

BN sebenarnya sudah bersiap sedia untuk bubarkan parlimen, mereka sebenarnya tiada semangat untuk adakan sidang parlimen kali ini, sebaliknya kelihatan BN tidak begitu bersedia tentang selesaikan isu-isu di parlimen nanti, contohnya isu gaji minima pekerja, isu cadangan-cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan isu pilihan raya, sebenarnya hari ini pihak kerajaan sedang dalam keadaan serba salah, kerana cadangan-cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas itu jika diluluskan di Parlimen andai tidak  dilaksanakan pasti tidak boleh diselindungi (elak) lagi.

Saya anggap pihak kerajaan tidak bersedia untuk menggantikan akta ISA kepada mana-mana akta yang baru, jika akta baru ini dapat dikemukakan, seterusnya pasti akan ada perhimpunan besar-besaran secara aman kerana rakyat akan membantahnya.

Setakat ini kita ada banyak “peluru”, dan banyak isu yang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat, lain-lain isu termasuk isu-isu BR1M, Voucher buku IPT dan isu Nadir Bumi (di Pahang).

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

 

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline