Home Pilihanraya SARAWAK Pengundi Cina Sarawak bakal "hilang" wakil mereka dalam kerajaan?
Pengundi Cina Sarawak bakal "hilang" wakil mereka dalam kerajaan? PDF Print E-mail
User Rating: / 17
PoorBest 
Written by GreenHood   
Thursday, 14 April 2011 16:34

 

Sarawak United People's Party atau SUPP menghadapi kemelut terbesar dalam sejarah pilihanraya Sarawak apabila mendapat tentangan secara terbuka dari kaum Cina Sarawak. Kebimbangan Presiden SUPP, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam terhadap mode pengundi Cina sangat jelas apabila Democratic Action Party atau DAP mula menambat hati para pengundi Cina dengan membawa slogan "Jom Ubah Sarawak!" atau "Sarawak4 Change!". Terbaru, Nga Kor Ming dalam blognya htpp://GladlyCast.com membayangkan bahawa kehadiran hampir 12,000 rakyat Miri (kelmarin) majoritinya adalah kaum Cina adalah tanda sokongan rakyat (Cina) Sarawak terhadap DAP apabila mereka ramai-ramai melaungkan ayat "Selamatkan Sarawak! Ya, Kami mahukan perubahan".

Apa yang dilihat sebagai satu gimmick dari DAP ternyata membuahkan hasil bilamana DAP berjaya mengutip wang tidak kurang RM15,000 dari rakyat Sarawak yang rata-ratanya adalah kaum Cina sebagai simbolik tanda sokongan mereka terhadap perjuangan DAP dalam beberapa siri makan malam mahupun ceramah yang dianjurkan oleh DAP.

SUPP yang meletakkan 19 calon dalam siri pilihanraya negeri kali ini berdepan dengan DAP hampir di semua kawasan yang diturut-serta oleh SUPP iaitu Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawan, Simanggang, Engkili, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau dan Pujot.

Dr. George Chan sendiri mengalami dilema apabila kawasan yang beliau tandingi Piasau mempunyai pengundi berdaftar seramai 16,600 orang di mana 10,710 pengundi sahaja adalah terdiri dari kaum Cina.

Pada 7 April 2011 yang lalu, Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar di Kuching telah menyerang SUPP terutamanya Dr. George Chan sebagai apa yang diibaratkan olehnya (Guan Eng) memainkan sentimen politik perkauman dengan menyebut bahawa Dr. George Chan telah memberi amaran kepada pengundi kaum Cina bahawa jika mereka (pengundi) memilih DAP atau mana-mana parti dalam pakatan pembangkang, maka kaum Cina akan kehilangan kuasa.

Sebenarnya, ramai penganalisis politik bersetuju dengan kenyataan Dr. George Chan kerana beliau membawa konteks yang sangat berbeza dari apa yang dimainkan oleh Lim Guan Eng. Dr. George Chan membayangkan bahawa SUPP yang menjadi parti pilihan kepada kaum Cina Sarawak adalah sebahagian dari komponen Barisan Nasional (BN) yang bukan sahaja membentuk kerajaan negeri bahkan kerajaan persekutuan. Dalam siri pilihanraya negeri kali ke-10 ini penganalisis politik beranggapan walaupun 'angin perubahan' yang dibawa oleh pakatan melanda ganas lanskap politik Sarawak, tetapi ia masih jauh dari merampas seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan negeri. Justeru jika kaum Cina memilih DAP sebagai ganti kepada SUPP dalam perubahan sesuai dengan slogan "Jom Ubah!" yang dicanangkan, maka sebenarnya kaum Cina hanya akan meramaikan wakil-wakil rakyat DAP dalam barisan pembangkang di dewan undangan negeri kelak. Ini amat merugikan kaum Cina kerana ianya bukan lagi rahsia bahawa wakil-wakil rakyat pembangkang tidak mampu membawa apa-apa perubahan dalam bentuk kemajuan-setempat mahupun prasarana jika tiada kuasa pentadbir (negeri) apatah lagi jika hubungan dengan kerajaan persekutuan tidak baik.

Sebenarnya, Lim Guan Eng amat licik dalam melakukan apa yang disebut sebagai "manipulating statement by other" dengan melakukan "pre-emptive strike" terhadap kenyataan Dr. George Chan seolah-olah Dr. George Chan sedang memainkan sentimen politik perkauman - walhal beliau hanya menyatakan sesuatu yang relevan pada persekitaran yang benar.

Lim Guan Eng mungkin benar jika Sarawak adalah seperti Pulau Pinang yang ditadbirnya bilamana DAP punyai kawasan yang lebih berbanding mana-mana parti pakatan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri seterusnya memberi kelebihan kepada DAP dalam memilih ketua menterinya. Namun di Sarawak, DAP hanya bertanding 15 kerusi sahaja dan ianya jauh dari membolehkan mereka (DAP) mengetuai pakatan dalam membentuk sebuah kerajaan negeri jika memenangi pilihanraya ini - yang mana, bagi gabungan pakatan memenangi majoriti kerusi dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan negeri dalam pilihanraya negeri Sarawak ke-10 ini adalah amat diragui oleh sebilangan besar penganalisis politik tempatan - KritisOnline.

 

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Android app for KritisOnline