|

Cantik betul penulisan daripada Raja Petra tentang YB Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat. "Selamat memegang kuasa", kerana kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim di sabit kesalahan liwat dan tidak di benar untuk di jamin, YB Azmin Ali yang akan memangku sebagai Presiden PKR sekali gus memangku Ketua Pembangkang di Parlimen dan negara.
Adakah pemimpin dalam pakatan sedia untuk kejadian ini ? Adakah mereka benar-benar faham apa akan jadi kepada pakatan kalau YB Azmin Ali memangku jawatan Presiden ? Adakah YB Nurul Izzah akan dapat menerima arahan daripada YB Azmin Ali tanpa nasihat daripada ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ? Kami di beritahu dan diberitakan bahawa YB Azmin Ali di anggap seperti ahli keluarga kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi hanya di mata rakyat, kami tidak dapat melihat di mana ? Adakah ini satu cerita untuk mengaburi mata rakyat, atau sememangnya cerita itu benar ?
Tinggal dua hari lagi sebelum hakim makhamah tinggi memberi keputusan terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah jalan Duta. Parti Keadilan Rakyat sudah mula beritahu rakyat bahawa mereka akan berdemonstrasi walau apa pun dan tidak kisah untuk mengekalkan keadaan negara yang aman dan harmoni. PKR adalah parti yang memperjuangkan hanya seorang, berbeza dengan DAP dan PAS yang lebihkan perjuangan kepada rakyat, seperti PAS menggunakan tema "Negara Kebajikan", bukan 'Kebajikan Anwar'. Ada bezanya.
Selepas YB Azmin Ali memangku jawatan Presiden Pakatan, adakah beliau akan gunakan kedudukan itu untuk bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau hanya menggunakan kedudukan itu untuk memperkasakan dirinya sendiri, seperti tuduhan mereka terhadap UMNO. Kami bukan tuduh YB Azmin Ali mengkhianati perjuangan PKR, tetapi bagaimana pula dengan DAP dan PAS. Adakah mereka yang terus ketinggalan seperti sekarang ?
Hanya selepas Isnin baru kami akan tahu..... |