|
Written by Razman
|
|
Monday, 21 March 2011 15:47 |
|
Petrajaya, Kuching. Sarawak. 21 MAC 2011
Ketua Menteri Sarawak telah minta untuk pembubaran DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK pada hari Sabtu 19 Mac 2011 dan telah mendapat persetujuan daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pagi tadi. Ini akan membolehkan Pilihanraya DUN ke sepuluh Sarawak di adakan.
Sebelum pembubaran DUN pagi tadi, PBB mempunyai 35 kerusi (yang paling banyak), di ikuti dengan SUPP 12 kerusi, PRS 8 kerusi, SPDP 8 kerusi, DAP 6 Kerusi, PKR 1 kerusi dan PCM 1 kerusi.
Pilihanraya Sarawak bakal menyaksikan pertaruhan besar di antara Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang. Adakah Barisan Nasional mampu bertahan selepas tsunami politik tahun 2008 ? Dan adakah rakyat Sarawak sedia untuk memilih tanpa di suap Pemimpin mereka untuk menjaga mereka di peringkat Negeri.
Krew Kritis akan membawa berita pilihanraya melalui ruang PILIHANRAYA SARAWAK.
|