Home
Parlimen Gelang Patah - BN Bertahan Pakatan Rakyat Cuba Pecah Rekod PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by admin   
Thursday, 03 November 2011 13:19



Sinchew Daily News
Perkara: BN-Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah?
Ruangan: negeri Johor muka depan bergambar
Tarikh: 27 Oktober 2011 (Khamis)
Tajuk: BN Bertahan Pakatan Rakyat Cuba Pecah Rekod - Kerusi Parlimen Gelang Patah Menjadi Kawasan Perebutan Hangat


Pada bila-bila masa sahaja PRU ke-13 akan tiba, parti pemerintah dan parti pembangkang sedang menyusun stragegi, bersedia menyahut cabaran besar.

Sebelum PRU tiba, bukan sahaja semua parti-parti kelihatan sibuk, pengundi juga perlu buat analisis, edisi Johor Sinchew Daily News sedang buat penilaian artikel 1,2 dan 3, pembaca boleh ambil artikel ini bagi pelajari keadaan PRU.

Keluaran artikel 1,2, dan 3 tidak mengikut tarikh yang ditetapkan, artikel akan memilih perkara-perkara yang lebih kontroversi dalam politik negeri Johor serta diolah semula.


Dalam rencana ke-16 tumpuan laporan kita di kawasan pengundi wakil rakyat Cina, kami akan ambil satu sudut untuk diperbincangkan.

PRU pada tahun 2004 dan 2008 MCA dan PKR dua kali berlaga di kawasan Gelang Patah, walaupun MCA menang dua kali di kawasan itu, pada PRU 2004 MCA peroleh 31,666 tiket undi tetapi pada PRU tahun 2008 tiket undi yang diperolehi kurang sebanyak 8,851 tiket undi.

Angin bangkangan yang bertiup di kawasan parlimen Gelang Patah semakin menapai, sebanyak 54 peratus dari keseluruhan pengundi terdiri daripada kaum Cina sedang bergesel begitu kuat, BN yang menang di kawasan itu mahu kekalkan kawasan, sedangkan Pakatan Rakyat juga mahukan pecah rekod.

Sebab itu calon yang dikemukakan oleh BN mahu pun Pakatan Rakyat memainkan peranan penting di kawasan itu dalam PRU kali ini.

Bagi pihak MCA, wakil asal ahli parlimen Gelang Patah Puan Tan Ah Eng dari MCA memang orang yang layak memegang kawasan itu, tetapi bagi pertimbangan dalaman politik, mungkin beliau akan diketepikan, akan digantikan oleh orang lain, dan siapa pula yang akan menggantikan beliau?

Walaupun senarai nama calon-calon bertanding MCA belum lagi keluar, sudah ada desas desus mengatakan Tan Ah Eng akan digantikan oleh orang lain, termasuk presiden MCA Chua Sui Lek, dan Ketua Bahagian MCA Gelang Patah iaitu Jason Teoh.

Nisbah Untuk Jason Teoh Bertanding Agak Tinggi

Mengikut maklumat yang diperolehi oleh Sinchew Daily News, kemungkinan Chua Sui Lek bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah agak tipis, sebaliknya kebarangkalian Jason Teoh yang bertanding agak tinggi.

Sama Ada Chua Jee Ming Akan Berpindah Ke Selatan

Bagi pihak Pakatan Rakyat, jika mengikut peraturan biasa, kawasan itu akan ditandingi oleh ahli PKR, hanya pada musim PRU lepas oleh kerana masalah kesihatan Zahari, beliau tidak dapat bertanding di kawasan itu.

Maklumat di sebalik dinding kami dapati PKR akan turunkan Chua Jee Ming, tempat yang beliau lebih akrab di Bakri namun beliau akan turun ke Gelang Patah.

Sebaliknya ADUN Skudai, Boo Cheng Hau juga berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, ini kerana mengikut laporan bahawa pengundi lebih mengenali beliau dan beliau juga lebih banyak berkhidmat di kawasan itu, ia dapat membantu banyak kepada Pakatan Rakyat.

Parlimen Gelang Patah Tidak Dapat Peruntukan - Perhatian Serius Oleh BN Negeri Johor

Mengikut satu laporan berita yang boleh dipegang oleh Sinchew Daily News, baru-baru ini BN pusat tidak mengeluarkan peruntukan khas kepada parlimen Gelang Patah.

Tindakan yang dibuat oleh BN pusat, mendapat perhatian khas dari BN negeri Johor, maklumat itu menyatakan, pengerusi BN Negeri Johor yang juga Menteri Besar negeri Johor telah siapkan agenda, pada 6 Oktober hingga 10 Oktober beliau telah membuat lawatan secara sulit di Parlimen Gelang Patah, untuk perkukuhkan tiket undi.

Mengikut satu maklumat lagi, Abdul Ghani Othman menggunakan peruntukan negeri untuk membantu Parlimen Gelang Patah, bagi menampung peruntukan yang tidak dapat dari BN pusat.

Maklumat itu juga memberitahu, walaupun kerusi parlimen Gelang Patah tidak dapat peruntukan khas dari Pusat, namun, ada satu maklumat lagi mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak telah berjanji akan memberi peruntukan khas kepada Tan Ah Eng, bagi menyalurkan peruntukan itu untuk kegunaan pihak kedua.

- terjemahan: AH/ SNA/ Q -

http://www.kritis-online.com/

 

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Android app for KritisOnline