Home Berita Terkini Beijing tolak rundingan isu tuntutan bertindih melalui ASEAN
Beijing tolak rundingan isu tuntutan bertindih melalui ASEAN PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 30 June 2012 16:30

 

BEIJING 29 Jun - Kerajaan China menolak rundingan isu tuntutan bertindih Kepulauan Spratly melalui ASEAN, sebaliknya mahu menyelesaikan perkara tersebut secara bilateral dengan semua negara terlibat termasuk Malaysia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei menegaskan, rundingan dua hala merupakan kaedah terbaik untuk menyelesaikan tuntutan bertindih kawasan sempadan maritim dan darat di peringkat antarabangsa.

"China dan Vietnam umpamanya berjaya menyelesaikan isu tuntutan bertindih di darat melalui rundingan dua hala.

"Rundingan tidak harus dilakukan melalui ASEAN kerana China tidak mempunyai sebarang tuntutan bertindih dengan organisasi serantau itu," katanya kepada pemberita Asia Tenggara dan Asia Selatan yang melawat Beijing atas pelawaan Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (IDCPC), di sini semalam... - UTUSANONLINE

 

MALAYSIA NEWS BEIJING RUNDINGAN ASEAN TINDIH

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline