|
Written by Ridzuan bin Awang
|
|
Sunday, 27 February 2011 17:27 |
|
Kampung Lipat Kajang, Kerdau, Pahang.
27 FEB 2011
Ridzuan bin Awang
Dato Seri Zahid Hamidi menyeru anak muda Kerdau yang berada di luar, untuk pulang mengundi pada hari PRK.Terlalu banyak sudah di hujah oleh pihak Pakatan Pembangkang dan jalan yang baik adalah untuk mereka balik dan tanya sendiri adakah UMNO/BN yang patut terus memerintah di Kerdau, Pahang atau mahu memilih untuk mengundi Pakatan Pembangkang.
Perubahan yang anak muda mahukan sangat hari ini menjadi sandaran untuk anak muda menilai sama ada Kerajaan Barisan Nasional komitted untuk melaksanakan atau anda merasa semua adalah 'window dressing' sahaja. Anak muda yang ada perlu menilai sebaik mungkin dan tidak terikat kepad akata-kata yang diberi baik pembangkang mahupun kerajaan memerintah. Senaiknya mereka menilai tanpa prajudis.
Barisan Nasional telah memerintah untuk sekian lama dan terpulang kepada anak muda Malaysia kalau hendak mereka terus diperintah dengan cemerlang oleh kerajaan BN atau diberi kepada Pakatan Pembangkang untuk memberi mereka ruang bagi memenuhi agenda dan motif mereka.
|
|
Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:26 |