|
Written by paspispus@yahoo.com
|
|
Sunday, 27 February 2011 10:23 |
|
EMAIL DARI RAKYAT
CALON BN TUNJUK IJAZAH - BUKTI PAS TABUR FITNAH
Calon BN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad hari ini menjawab tohmahan pembangkang mengenai status pendidikannya dengan menunjukkan ijazah Bahasa Arab yang diperolehinya dari Universiti Al-Azhar, Mesir kepada pemberita.
"Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, di sini.
"Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat," katanya.
Parti pembangkang sebelum ini mendakwa ijazah yang dimiliki Syed Ibrahim adalah palsu kerana beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian di universiti berkenaan.
"SELAMATKAN PAS DARI DAP"
|
|
Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:27 |