Home PRK KERDAU / MERLIMAU
PRK KERDAU / MERLIMAU
Ali Rustam PDF Print E-mail
Written by anuar mohd nor   
Tuesday, 08 March 2011 09:28

 

Gambar mengukir seribu perkataan. www.kritis-online.com sewaktu di Merlimau sering terserempak dengan Ketua Menteri Melaka yang telah berusaha sekuat mungkin untuk PRK Merlimau. Gambar berikut adalah antara tempat yang kami terserempak dengan Dato Ali Rustam.

 

Last Updated on Saturday, 31 December 2011 13:52
 
Suara mereka PDF Print E-mail
Written by anuar mohd nor   
Tuesday, 08 March 2011 01:14


ArtCreative Design and Custom coding

Sewaktu di Merlimau, wakil www.kritis-online.com yang berada di Bilik Gerakan PAS di Merlimau melihat segelintir anak muda India di sana. Sambil kedengaran lagu yang dimainkan oleh bilik Gerakan tersebut kami sempat bertanya mereka mengenai BN khususnya MIC. Ini kata mereka..sungguhpun ini tidak mewakili majoriti rakyat kaum India di sana tetapi ini mampu memberi sedikit gambaran mengenai apa kata kaum lain mengenai parti politik yang bertanding. Kritis On Line mengalukan semua pendapat dan bagi kami, percanggahan pendapat adalah baik untuk kematangan politik.

Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:36
 
Provokasi di Tempat Mengundi Pengakalan Samak, Merlimau PDF Print E-mail
Written by Razman   
Sunday, 06 March 2011 14:47

Merlimau 6 Mac 2011

Pusat Mengundi bagi Daerah Mengundi Pengkalan Samak

Pagi tadi dalam jam 11am keadaan menjadi panas di tempat mengundi Pengkalan Samak. Bertambalh lagi dengan cuaca yang agak panas, penyokong parti parti yang bertanding terpaksa dileraikan oleh Pasukan Polis. Video ini di bawa khas oleh krew Kritis Online yang berada di sana tepat pada masa ia terjadi.

 


ArtCreative Design and Custom coding

Last Updated on Saturday, 31 December 2011 13:53
 
Selamat Mengundi Untuk Rakyat Merlimau & Kerdau - Pilih BN PDF Print E-mail
Written by admin2   
Sunday, 06 March 2011 14:24

Kepada semua Rakyat di Merlimau dan Kerdau - hari ini hari penentuan kepada segala kempen dan rayuan undi kedua belah parti. Hari ini kuasa rakyat akan menentukan samada baik atau buruk masa depan yang mereka pilih berdasarkan undi yang mereka buang.

Jika anda masih lagi ragu antara dua parti maka bulatkan tekad dan pilihlah calon dari Barisan Nasional. Bukan kerana PAS tidak bagus tetapi realitinya mereka tidak mampu menunaikan janji kerana keadaan yang mereka hadapi. Begitu juga tidak akan ada jaminan bahawa parti Fuckatan Royat akan dapat mengotakan janji mereka kerana hingga kini banyak lagi janji PRU 12 yang lalu, masih tidak ditunaikan dan cuba ditutup dengan berbagai helah dan jawapan.

Pengundi di Merlimau dan Kerdau perlu melihat rekod mereka mentadbir di beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, dan kita akan dapati banyak kelemahan yang timbul tanpa ada banyak kebaikan yang dinikmati oleh rakyat. Berbanding Barisan Nasional yang banyak kebaikan dan jasanya kepada kita walaupun masih ada sedikit kelemahan. Kerana itulah negeri Melaka dan Pahang lebih maju dari Kelantan yang 22 tahun dipegang oleh PAS.

Justeru itu maka pilihan rakyat mesti tepat demi masa depan anak cucu. Pegangan dan undi kita jangan ditukar dengan manis kata yang manis di bibir tetapi beracun pada akhirnya. Satu undi sangat berharga kerana jatuh dan bangun sebuah negeri atau negara mungkin disebabkan satu undi kita sebagai rakyat Malaysia.

Mengundilah demi Agama Bangsa dan Negara dan Jangan sia-siakannya Untuk Parti Yang Merosakkan Agama Bangsa Negara walau dengan satu undi. Sudah nyata Fuckatan Royat dipimpin oleh mereka yang tidak bermoral dan bekas banduan dan jangan diberikan sokongan undi kepada Pakatan yang diketuai orang yang seperti ini.

Undi Barisan Anda Pasti Maju Ke Hadapan Bukan Sahaja di Dunia bahkan hingga ke Akhirat sana  !!!



Pssssst : Berita baik bertiup kencang sokongan Melayu khabarnya semakin meningkat untuk Umno termasuklah Cina dan makin jauh meninggalkan Pas yang telah hilang jati diri Islamnya selepas 'berpelukan' dengan DAP dan bermut'ah dengan PKR sekarang.

Insya Allah kedua tempat ini akan dimenangi Barisan Nasional dan semoga semua pihak menerima kemenangan dan kekalahan mereka tanpa sebarang prasangka. Amin.

 

Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:38
 
Malam Terakhir Kempen N.27 Merlimau - Antara DAP, MCA dan Gerakan PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Sunday, 06 March 2011 09:32

Merlimau 5 Mac 2011 - Malam terakhir menjelang detik jam 12 menyaksikan semua pihak melipat kali gandakan usaha mereka untuk menarik pengundi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Tinjauan di beberapa tempat terutamanya di kawasan pekan yang majoritinya adalah kaum Cina menyaksikan DAP menguasai pentas-pentas ceramah yang mereka anjurkan.

DAP mendominasi pengundi-pengundi Cina apabila dilihat mendapat kunjungan yang ramai dari kaum yang membentuk 20.8% dari keseluruhan pengundi kawasan N.27 ini. Penampilan dan gerak kerja agresif yang dibuat oleh DAP bagi membantu calon PAS, Yuhaizad bin Abdullah 38 tahun dilihat sebagai ulangan gerak kerja yang mereka lakukan dalam pilihanraya kecil N.05 Tenang yang menyaksikan peningkatan jumlah bilangan pengundi Cina walaupun Barisan Nasional (BN) menang 2 peti undi yang tewas pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Senario berbeza apabila tinjauan mendapati hampir tiada langsung gerak kerja dari parti mewakili kaum Cina dari komponen BN iaitu MCA dan Gerakan. Apabila wartawan kami bertanyakan apakah program yang ada untuk Kritis hadir dan membuat liputan, jawapan dari petugas adalah "Tiada!".

Ramalan mengikut gerak kerja yang dilakukan oleh DAP, MCA mahupun Gerakan, Kritis menjangkakan ulangan keputusan N.05 Tenang bakal berlaku. Undian pengundi kaum Cina akan memihak kepada calon PAS berbanding calon BN.

Persoalannya, adakah ianya kerana perubahan angin pengundi ataupun kegagalan MCA dan Gerakan melakukan gerak kerja agresif yang dipertontonkan oleh DAP? - Kritis

Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:38
 
«StartPrev12345NextEnd»

Page 1 of 5
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Android app for KritisOnline