Home Terjemahan Akhbar Cina
Terjemahan Akhbar Cina
Nizar - Kes Lompat Parti Tidak Serius PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Que   
Thursday, 05 January 2012 11:07


Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: Dalam Negeri M/S 08
Tarikh: 1 Januari 2012 (Ahad)

Tajuk:

Nizar - Kes Lompat Parti Tidak Serius. “Pakatan Rakyat Akan Tawan Kembali Kuasa Kerajaan Negeri Perak”

31hb Kota Kinabalu - bekas Menteri Besar negeri Perak Datuk Seri Nizar yakin Pakatan Rakyat pada PRU akan datang akan tawan kembali kerajaan negeri Perak, pada masa yang sama akan pastikan tiga (3) ahli DUN yang lompat parti ke kerajaan BN tidak berlaku lagi, Pakatan Rakyat setelah menerima pengajaran itu, agar tidak akan berulang lagi.

Nizar berkata, mengikut tinjauan yang beliau buat melalui suara rakyat semasa beliau turun padang mendapati  adanya reaksi (positif) dari orang ramai, beliau percaya pada sesi PRU akan datang Pakatan Rakyat akan menang kembali untuk memerintah kerajaan negeri Perak.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang Perak hari ini semasa menghadiri seminar politik bertajuk kota dan desa di Kota Kinabalu berkata demikian kepada wartawan, menyatakan pengalaman dan pengajaran yang pahit itu, dimana Pakatan Rakyat ataupun Pas akan menggandakan (langkah) berjaga-jaga serta berhati-hati semasa memilih calon-calon untuk bertanding.

Selain dari itu, Nizar berkata, sejurus Pakatan Rakyat dapat memerintah negeri Sabah nanti, Pakatan Rakyat akan berusaha untuk orang-orang Sabah dapatkan geran tanah kekal, dan bukan geran tanah terhad 99 tahun seperti yang sedia ada sekarang ini.

- terjemahan: AS/ LNA/ Q -

 
Perbalahan dalaman atau kepentingan rakyat? PDF Print E-mail
User Rating: / 4
PoorBest 
Written by Que   
Wednesday, 04 January 2012 16:22


Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 32
Tarikh: 27 Disember 2011 (Selasa)

Tajuk:

“Perbalahan Dalaman Dan Kepentingan Rakyat”
Ditulis oleh: Lim Sui Guan (Timbalan Editor)

Mana-mana organisasi pasti ada perbalahan, dalaman parti ada perbalahan oleh kerana perebutan dalam sesuatu kepentingan, dan masalah itu akan jadi lebih serius. Baru-baru ini sama ada parti pemerintah mahupun parti pembangkang juga ada masalah, dipercayai sebelum menjelang PRU semua isu dan masalah dapat diselesaikan, tetapi mengikut kes-kes yang ada seperti melambangkan budaya politik mereka.

UMNO agak malang bila mana dibelenggu oleh isu rasuah - isu ‘lembu’ telah memberi tekanan yang tertentu kepada parti itu, sebab itu Mahathir dan beberapa ahli Parlimen serta pemimpin-pemimpin bawahan UMNO mahu ketua wanita UMNO Shahrizat meletak jawatan, jika sekiranya beliau letak jawatan dan tidak dicalonkan untuk bertanding dalam PRU, bermakna parti dengan jelas telah menggariskan jarak isu lembu.

Sebelum ini pihak SPRM menyatakan isu lembu tiada unsur-unsur berkaitan dengan rasuah, dengan itu kes tersebut diserahkan kepada pihak polis, kontinjen penyiasat khas polis yang diketua oleh Mustapha telah ditugaskan untuk menyiasat pusat ternakan lembu NFC, dengan itu telah menangkap individu yang berstatus Datuk dikatakan cuba menyogok anggota polis dengan wang sebanyak RM1.7 juta.

Tindakan pihak SPRM ditambah dengan penjelasan Najib bahawa ianya (isu tersebut) akan ambil masa yang sesuai untuk dijawab, menunjukkan Sharizat sedang bercuti dan tinggalkan tugasnya buat sementara waktu, bolehkah seperti ini (?).

Read more...
 
Bilakah Tarikh PRU? PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Que   
Wednesday, 04 January 2012 14:57



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15
Tarikh: 28 Disember 2011 (Rabu)

Tajuk:

“Bilakah Tarikh PRU?”
Ditulis oleh: Shao Sieh

Tahun 2011 telah sampai ke penghujungnya, sebelum ini ramai orang meramalkan, besar kemungkinan PRU akan jatuh pada tahun 2011, kata-kata itu sudah menjadi kenyataan sifar, peramal-peramal yang kecundang ini telah ubah kata-kata mereka dengan sendirinya, dengan kata-kata besar kemungkinan PRU akan diadakan pada tahun depan.

Baru-baru ini apabila terserempak dengan rakan-rakan semuanya tanya saya bilakah PRU akan tiba, mereka anggap sebagai seorang wartawan akan tahu semua maklumat dengan pantas, walaupun mereka faham mereka tidak akan dapat jawapannya, ini juga telah memberi reaksi bahawa mereka amat peka tentang perkembangan PRU.

Ada sesetengah penganalisa politik selepas silap mentafsir mereka cuba ambil alasan-alasan yang lain pula, yang pertama apabila tiada PRU pada tahun ini mereka berkata Perdana Menteri tidak berani adakan PRU, kerana tidak cukup unsur-unsur kemenangan memihak kepada BN, dikhuatiri BN tidak dapat menang besar, sebab itu tidak berani melakukan tindakan secara sebarangan.

Selepas Najib melakukan pelbagai perubahan yang besar, menunjukkan beliau sedang membina jalan untuk Barisan Nasional, dan pihak berkenaan baru-baru ini keluarkan duit yang banyak (seperti) dengan projek RM100 untuk murid-murid sekolah, RM500 untuk membantu golongan berpendapatan rendah, semua rakyat percaya PRU sudah semakin hampir!

Selain daripada melaksanakan projek-projek perubahan yang melibatkan wang yang begitu banyak dan memberi dana peruntukan untuk rakyat dalam perubahan itu, dijangkakan PRU akan berlaku pada bila-bila masa sahaja, dimana penganalisa politik melihat kes Anwar Ibrahim akan dijatuhkan pada bulan Januari tahun depan, selepas keputusan dibuat pula, akan melihat apakah reaksi orang ramai, barulah (sebenarnya) keputusan PRU akan dibuat.

Read more...
 
Terjemahan Dari Pihak Kerajaan Sekali Lagi Jadi Bahan Lucu PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Que   
Tuesday, 03 January 2012 21:00



Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: Johor Edition m/s C9
Tarikh: 24 Disember 2011 (Sabtu)

Tajuk I

Terjemahan Dari Pihak Kerajaan Sekali Lagi Jadi Bahan Lucu: Timbalan Perdana Menteri Menjadi Purgation “Timbalan Perdana Menteri Malaysia Yang Membantu Pengerusi”

23hb Balakong Kajang - Timbalan Perdana Menteri jadi “Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pembantu pengerusi”, terjadi seperti terjemahan dari laman terjemahan Google yang melucukan itu sekali lagi telah berlaku!

Majlis yang dikendalikan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi meraikan hari Krismas seluruh negara secara terbuka, flyers yang dicetak begitu kemas dan cantik, sebaliknya terjemahan bahasa Mandarin di dalam flyers itu sangat menjengkelkan dan rasa loya tekak.

Selain daripada kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu silap diterjemah, di perenggan kedua perkataan “kunjungi dan nikmati” diterjemah kepada “cepat-cepat jamu selera” yang sangat membingungkan orang ramai.

Perkataan:”jamuan rakyat dengan menu selera” diterjemahkan kepada “orang ramai gunakan menu makan yang luar biasa”, kami tidak tahu adakah gunakan menu makan yang luarbiasa itu bermaksud mereka akan dihidangkan makanan dengan serangga-serangga?

Hanya satu sahaja yang agak lebih normal terjemahannya dengan perkataan “persembahan oleh artis-artis popular tanah air” dalam bahasa Melayu diterjemah kepada “artis tempatan yang disukai ramai” dalam bahasa Mandarinnya, tetapi perkataan “pameran replika pokok krismas” sebaliknya diterjemahkan kepada perkataan “pameran salinan pendua pokok Krismas”

Di bawah muka depan flyers agak lebih ringan sedikit ayat-ayat itu, perkataan “semua dijemput hadir” diterjemahkan dalam bahasa Mandarin “semua yang ambil bahagian” kesilapan itu tidaklah ketara sangat.

Read more...
 
Kenangkanlah Ketika Saat Bendera (Perdana Menteri) Diturunkan PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Que HeyDar   
Tuesday, 03 January 2012 20:28



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15
Tarikh: 21 Disember 2011 (Rabu)

Tajuk:

“Kenangkanlah Ketika Saat Bendera (Perdana Menteri) Diturunkan”
Ditulis oleh: Tee See Boon

Berterusan isu lembu telah menggoncangkan imej UMNO, seterusnya laporan audit negara mendedahkan penyelewengan anggota pengawai-pegawai kerajaan, isu guru-guru sementara, mendedahkan kelemahan dalam pengambilan guru-guru, hapuskan sains matematik bahasa Inggeris menunjukkan hilang pandu arah dalam pelajaran, isu perhimpunan Bersih 9 Julai membuktikan kesilapan besar pihak kerajaan, bajet tahun 2012 mendedahkan selepas buat pinjaman dan bahagi-bahagikan duit pada rakyat, akhirnya baru nampak semangat-semangat rakyat yang menerima duit itu; bagi mahu memansuhkan akta pelajar dan kebebasan dalam akta pendidikan, seramai 500 pelajar universiti tunjuk perasaan di PWTC, mereka turunkan bendera Perdana Menteri, naikkan bendera bertulis, “beri kebebasan kepada pelajar”, apabila dikibarkan ke udara, dengan jayanya dapat menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Saifuddin Abdullah.

Saat yang bersejarah ini, telah melenyapkan terjemahan “universiti” dalam bahasa kantonis, bermaksud “mainlah selama 4 tahun” yang secara lantang mengejek pelajar-pelajar universiti seperti berfoya-foya dalam universiti.

Tindakan seperti itu, ianya telah ditunjukkan dengan nyata agenda besar sebenar buat negara ini, dengan itu kita telah nampak yang selama ini pelajar yang bersikap berdiam diri kini sudah membentuk kumpulan maju ke hadapan menentang, pelajar universiti bangkit mahu mereka mengaku salah dan mahu mereka meminta maaf secara terbuka, dan ada juga sesetengah orang dalam klip video melihat Adam Adli sedang marah, melempang dan meludah bendera yang diturunkan, golongan muda cerdik pandai terpaksa tunjukkan imej diri yang buruk mereka itu.

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 5 of 32
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline