|

Akhbar: China Press Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15 Tarikh: 28 Disember 2011 (Rabu)
Tajuk:
“Bilakah Tarikh PRU?” Ditulis oleh: Shao Sieh
Tahun 2011 telah sampai ke penghujungnya, sebelum ini ramai orang meramalkan, besar kemungkinan PRU akan jatuh pada tahun 2011, kata-kata itu sudah menjadi kenyataan sifar, peramal-peramal yang kecundang ini telah ubah kata-kata mereka dengan sendirinya, dengan kata-kata besar kemungkinan PRU akan diadakan pada tahun depan.
Baru-baru ini apabila terserempak dengan rakan-rakan semuanya tanya saya bilakah PRU akan tiba, mereka anggap sebagai seorang wartawan akan tahu semua maklumat dengan pantas, walaupun mereka faham mereka tidak akan dapat jawapannya, ini juga telah memberi reaksi bahawa mereka amat peka tentang perkembangan PRU.
Ada sesetengah penganalisa politik selepas silap mentafsir mereka cuba ambil alasan-alasan yang lain pula, yang pertama apabila tiada PRU pada tahun ini mereka berkata Perdana Menteri tidak berani adakan PRU, kerana tidak cukup unsur-unsur kemenangan memihak kepada BN, dikhuatiri BN tidak dapat menang besar, sebab itu tidak berani melakukan tindakan secara sebarangan.
Selepas Najib melakukan pelbagai perubahan yang besar, menunjukkan beliau sedang membina jalan untuk Barisan Nasional, dan pihak berkenaan baru-baru ini keluarkan duit yang banyak (seperti) dengan projek RM100 untuk murid-murid sekolah, RM500 untuk membantu golongan berpendapatan rendah, semua rakyat percaya PRU sudah semakin hampir!
Selain daripada melaksanakan projek-projek perubahan yang melibatkan wang yang begitu banyak dan memberi dana peruntukan untuk rakyat dalam perubahan itu, dijangkakan PRU akan berlaku pada bila-bila masa sahaja, dimana penganalisa politik melihat kes Anwar Ibrahim akan dijatuhkan pada bulan Januari tahun depan, selepas keputusan dibuat pula, akan melihat apakah reaksi orang ramai, barulah (sebenarnya) keputusan PRU akan dibuat.
Sabit Dipenjarakan Mungkin Tidak Dapat Dielakkan
Apakah kesudahan keputusan yang (bakal) dijatukan terhadap Anwar Ibrahim, ini sudah pasti memberi perhatian kepada semua rakyat di negara ini, kes itu kini telah berlaku fungsi-fungsi penapaian, ini juga akan memutuskan siapa yang akan menang di antara BN dan Pakatan Rakyat pada PRU nanti. Dalam keadaan yang genting seperti ini, bekas menteri besar Selangor, Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan banglo mewahnya dirampas, mungkin hukuman itu ditangguhkan buat sementara, dan Khir Toyo akan membuat rayuan.
Namun kita tidak tahu rayuan itu dibuat selepas PRU ataupun sebelum PRU?
Jika Anwar didapati bersalah, Anwar Ibrahim tidak akan dapat elak daripada hukuman penjara, sudah tentu angkatan tentera Pakatan Rakyat akan bergoncang dan bergolak, kerana dalam keadaan parti yang tidak boleh tidak perlu ada pemimpinnya, kami percaya Pakatan Rakyat telah membuat persediaan tentang itu untuk hadapi PRU, di sini sepatutnya BN lebih memahaminya. Bagi pihak BN pula, yang mereka khuatiri ialah tindak balas dari rakyat dan masyarakat selepas itu.
Sebab itu ramai percaya, keputusan kes Anwar Ibrahim akan memberi kesan reaksi masyarakat, namun apakah kesan-kesannya, ini juga salah satu fakta yang akan menentukan bilakah masanya PRU akan diadakan, dan pihak BN perlu ambil langkah lebih berjaga-jaga.
Pandangan masyarakat terhadap projek perubahan secara besar-besaran, melaksanakan skim bantuan kepada masyarakat serta keputusan mahkamah, sememangnya (dilihat) memihak kepada BN, kini PRU sudah semakin hampir, biasanya dalam keadaan sebegini paling lewat antara bulan Mac ataupun bulan Mei akan adakan PRU, sebaliknya yang mengetahui tarikh itu hanyalah PM seorang sahaja, kami tidak tahu apa pandangan semua pihak.
- terjemahan: AS/ LNA/ Q -
|