|

Akhbar: China Press Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15 Tarikh: 21 Disember 2011 (Rabu)
Tajuk:
“Kenangkanlah Ketika Saat Bendera (Perdana Menteri) Diturunkan” Ditulis oleh: Tee See Boon
Berterusan isu lembu telah menggoncangkan imej UMNO, seterusnya laporan audit negara mendedahkan penyelewengan anggota pengawai-pegawai kerajaan, isu guru-guru sementara, mendedahkan kelemahan dalam pengambilan guru-guru, hapuskan sains matematik bahasa Inggeris menunjukkan hilang pandu arah dalam pelajaran, isu perhimpunan Bersih 9 Julai membuktikan kesilapan besar pihak kerajaan, bajet tahun 2012 mendedahkan selepas buat pinjaman dan bahagi-bahagikan duit pada rakyat, akhirnya baru nampak semangat-semangat rakyat yang menerima duit itu; bagi mahu memansuhkan akta pelajar dan kebebasan dalam akta pendidikan, seramai 500 pelajar universiti tunjuk perasaan di PWTC, mereka turunkan bendera Perdana Menteri, naikkan bendera bertulis, “beri kebebasan kepada pelajar”, apabila dikibarkan ke udara, dengan jayanya dapat menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Saifuddin Abdullah.
Saat yang bersejarah ini, telah melenyapkan terjemahan “universiti” dalam bahasa kantonis, bermaksud “mainlah selama 4 tahun” yang secara lantang mengejek pelajar-pelajar universiti seperti berfoya-foya dalam universiti.
Tindakan seperti itu, ianya telah ditunjukkan dengan nyata agenda besar sebenar buat negara ini, dengan itu kita telah nampak yang selama ini pelajar yang bersikap berdiam diri kini sudah membentuk kumpulan maju ke hadapan menentang, pelajar universiti bangkit mahu mereka mengaku salah dan mahu mereka meminta maaf secara terbuka, dan ada juga sesetengah orang dalam klip video melihat Adam Adli sedang marah, melempang dan meludah bendera yang diturunkan, golongan muda cerdik pandai terpaksa tunjukkan imej diri yang buruk mereka itu.
Kedengaran Suara Gagak Putih
Sama ada pelajar universiti ambil bahagian berpolitik ataupun tidak? Perdana Menteri telah bersetuju, hanya mengikut apa yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin (bahawa) politik tidak boleh dibawa masuk ke dalam “kampus”, ia hanya untuk elakkan supaya “pelajar universiti tidak terpengaruh”, tetapi sebenarnya mereka telah lupa, politik itu seperti bapuk-bapuk di Thailand, pada asalnya sikap mereka tidak mengganggu, yang terpengaruh ialah orang yang mendekatinya, sebab itu susah nak dipisahkan.
Akhirnya, terhurai bahawa inilah yang paling dikhuatiri oleh orang-orang politik; kumpulan bijak pandai berarak di jalanan, menuntut hak mereka. Yang paling menonjol ialah orang yang turunkan bendera dan orang yang turunkan bendera itu kerana rupanya sama kulit di antara mereka, ia tidak boleh dianggap dan dituduh sebagai “memperkecilkan hak Melayu”, “menentang perlembagaan” pelbagai tohmahan kepada mereka, dengan itu suara “gagak putih” itu lebih terang dapat didengar. Ini lebih jelas dan orang ramai boleh nampak, yang duduk di atas tidak tegak bermakna yang di bawah juga kelihatan bengkang-bengkok, cukup merasainya dan apa yang nak dikata lagi!
Sejak di zaman dahulu lagi, apabila pegawai-pegawai kerajaan suka bermain dengan pelacur ataupun perempuan simpanan akan terdedah kepada pelbagai tomahan, ia susah untuk membina satu pembinaan kerajaan yang mantap, sebab itu kumpulan muda mudi terpaksa berteriak, memang boleh dijangkakan apabila golongan cerdik pandai muda-mudi ini bangkit, berbagai-bagai perubahan polisi yang dilakukan tidak akan dapat menang tangan lagi, kerana dalam pada itu ada orang yang akan kehilangan periuk nasi tempat mereka cari makan, ini amat membimbangkan, biasanya mereka cari makan melalui pertalian dan hubungan baik di antara mereka, jika mereka tiada hubungan itu lagi, mereka akan tiada pertalian untuk cari makan.
Menaikkan bendera hanya perlukan masa selama 5 minit, jika bendera itu diturunkan dan dinaikkan semula pula; contoh seperti ahli sukan Olimpik perlukan masa selama 4 tahun untuk menaikkan bendera, barulah mereka dapat peluang yang baru untuk bertanding, dan jika sesebuah kerajaan itu telah ditukar, jika mahu kembali ke arena politik semula perlukan ambil masa sekurang-kurangnya 50 tahun lagi, pegawai-pegawai kerajaan dengan birokrasinya dengan otak-otak yang sudah berkarat itu masih tidak nampak lagi masa depan mereka, sebab itu mereka memilih untuk bersuara sahaja, hanya pandai berteriak kerana hanya untuk sehelai bendera, untuk menunjukkan kepada ‘bos’ mereka yang mereka masih setia lagi pada ‘bos’, dan mereka telah abaikan permintaan kumpulan muda mudi cerdik pandai itu, mereka langsung tidak tahu lubang-lubang yang mereka gali itu tidak mampu menutup 2/3 lubang kerusi di parlimen!
- terjemahan: AB/ SNA/ Q -
|