|

Akhbar: Nanyang Siangpau Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16 Tarikh: 22 Disember 2011 (Khamis)
Tajuk:
“Jika Tiada Keperluan Tidak Perlu Ubah” Ditulis oleh: Loh Hon Chew (pengkritik semasa)
Bekas Canselor Universiti Malaya (UM) Ungku Aziz telah mencadangkan kita supaya menghantar anak-anak Melayu belajar ke negera China, supaya mereka dapat pelajari budaya-budaya China dan mempunyai semangat bersaing yang mantap; Ungku Aziz berkata, dunia sentiasa berubah, kenapa kita sendiri tidak mahu berubah, Ungku berkata belajar di negera China boleh membawa perubahan kepada orang-orang Melayu.
Apa maksud sebenar oleh Ungku Aziz ialah mahu orang melayu “berubah”, barulah orang-orang Melayu dihormati di mata masyarakat dunia.
Tetapi selepas memahami budaya China adakah boleh membawa perubahan? Susah untuk ditafsirkan, yang sepatutnya lebih penting dari itu ialah orang-orang Melayu sepatutnya memahami orang-orang Cina di Malaysia ini terlebih dahulu, bermakna mengenali budaya orang-orang (di negara) China sama keadaannya untuk mengenali budaya orang-orang Cina di Malaysia.
Oleh kerana kelaziman berbahasa sejak beratus-ratus tahun di negara ini, orang-orang Cina memahami bahasa Melayu, sebaliknya orang-orang Melayu tidak tahu bahasa orang-orang Cina, oleh kerana pendidikan serba moden hari ini, orang-orang Cina lebih memahami orang-orang Melayu, sebaliknya orang-orang Melayu tidak memahami orang-orang Cina, ditambah pula dengan pembohongan dan dakyah oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan, menyebabkan ramai dari kalangan orang-orang Melayu anggap orang-orang Cina sebagai kaum yang suka menipu, sehingga kemunduran kaum Melayu itu sendiri menuduh orang-orang Cina suka memeras ugut dan membuli orang-orang Melayu, sebenarnya ini semuanya ungkapan-ungkapan yang dimainkan oleh ahli-ahli politik, sejak zaman kemerdekaan, salah faham orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina lebih banyak daripada orang-orang Melayu yang memahami orang-orang Cina, kerana orang-orang Melayu tidak dapat melalui bahasa dan karakter Cina untuk memahami orang-orang Cina.
Lagi satu salah tanggapan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina ialah mereka sangka semua orang-orang Cina pandai berniaga, sebenarnya mereka sendiri tidak tahu bahawa orang-orang Cina amat bencikan peniaga-peniaga, dan orang Cina juga tidak mahir dalam urus niaga, orang-orang Cina berniaga kerana terpaksa dan dipaksa kerana tiada pilihan lain yang dapat dilalui, jika tidak seumur hiduplah bekerja di bawah orang lain.
Peluang Pekerjaan Untuk Orang Melayu Amat Luas
Orang-orang Indonesia yang menjadi buruh kasar buat seketika di negara kita, selepas itu mereka menjadi kontraktor, ada yang menjadi peniaga warung dan restoran. Sedangkan orang-orang Bangladesh boleh menjadi peniaga kecil-kecilan di negara kita, buka kedai mamak, apa yang mereka lalui seperti apa yang dilalui oleh orang-orang Cina semasa kemasukan orang-orang Cina ke bumi ini pada zaman dahulu, hanya zamannya sahaja yang berbeza tetapi perjalanannya sama, kerana mempunyai sebab-sebab yang sama, itu semua kerana terpaksa dan kerana untuk hidup, ia bukan sesuatu cerita yang sengaja diada-adakan.
Cadangan Ungku Aziz mahu menghantar anak-anak Melayu belajar ke negeri China, sudah tentu langkah pertama mereka perlu menguasai bahasa Cina, dengan itu ia amat membantu untuk orang-orang Melayu memahami orang-orang Cina, ia lebih dapat banyak manfaatnya daripada pergi belajar ke negera China.
Sebaliknya jika hantar anak-anak Melayu belajar ke negera China, adakah dikatakan boleh membawa “perubahan” kepada orang-orang Melayu? itu tidak semestinya boleh berlaku. Yang pertama keadaan orang-orang Melayu tidak seperti keadaan orang-orang di negera China yang terdesak dan terpaksa membuat perubahan untuk hidup, sebaliknya orang-orang Melayu tiada kesulitan yang mendesak, kerana orang-orang Melayu punyai peluang yang sangat luas.
Sebab itu orang-orang Melayu tidak ada keperluan dan desakan untuk berubah, sebaliknya mereka akan terasa risiko yang mereka ambil lebih tinggi jika ke negera China, sebaliknya akan merosakan keadaan yang lebih buruk lagi. Memang mereka melihat orang negera China telah berubah, orang Jepun telah berubah, orang Korea telah berubah, dan mereka semua telah berubah dengan begitu baik, sekarang ini orang-orang Melayu tidak perlu buat perubahan kerana kehidupan mereka sudah begitu baik, mereka tidak perlu ambil risiko yang mungkin menjadikan keadaan itu lebih bahaya dan lebih teruk lagi.
Tidak Perlu Ubah Keutamaan Kedudukan Orang-Orang Melayu
Walaupun orang-orang Melayu ingin berubah, berdasarkan pandangan politik oleh pihak kerajaan, mereka tidak akan izinkan orang Melayu berubah iaitu jangan “Buat Sibuk”, pihak kerajaan tidak akan berani menanggung risiko itu, jika mahu orang-orang Melayu berubah seperti orang-orang di (negara) China, orang-orang di Jepun yang meletakkan diri mereka terbuka dengan alam persaingan yang adil, sebenarnya ketahanan orang-orang Melayu dalam persaingan lebih hebat dari itu, hanya lepaskan sahaja orang-orang Melayu suruh mereka bersaing dengan adil, tetapi pihak kerajaan pula tidak berani melepaskan kedudukan dan keutamaan mereka yang akan mengambil risiko yang terlalu besar dalam politik.
Sebab itu genersi muda mudi Melayu mempertikaikan kenapa kerajaan tidak membantu orang-orang bukan Melayu, inilah satu perubahan dari orang-orang Melayu sekarang ini, tetapi sebaliknya pemimpin-pemimpin politik anggap ia satu isu yang merbahaya, mereka cuba menggunakan bahan buku sejarah untuk perbetulkan minda dan pandangan golongan generasi muda Melayu.
Pada masa sama sekarang ini pihak kerajaan cuba buat perubahan, buat perubahan semata-mata mahukan perubahan, semua sektor telah kelihatan diubah, tidak boleh lagi berdiam diri, tetapi dalam perubahan yang dibuat itu pihak kerajaan sering mengingatkan, keutamaan orang-orang Melayu tidak boleh diubah sama sekali.
Apa yang Ungku Aziz mahukan orang-orang Melayu berubah, bukan semudah itu apa yang dia maksudkan.
- terjemahan: AS/ LNA/ Q -
|