Home Terjemahan Akhbar Cina Wawasan 2020 - Hanya Kata Manis Memujuk
Wawasan 2020 - Hanya Kata Manis Memujuk PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Que Chow Yun Fatt   
Friday, 16 December 2011 11:57



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 10 Disember 2011 (Sabtu)

Tajuk:

“Kata-Kata Indah Yang Memujuk”
Ditulis oleh: Lee Yong Pui

Sejak dari zaman Mahathir sehingga ke zaman Najib, kerajaan negara kita seperti telah cekalkan hati, berniat mahu capai negara maju pada tahun 2020. Sebenarnya slogan ini telah berteriak selama 20 tahun, kini kedudukannya masih samar-samar, ramai yang tidak tahu apabila kita melonjak menjadi negara maju apa pula kebaikan dan manfaatnya pada rakyat?

Apa yang difahamkan, kita akan menjadi negara berteknologi tinggi, dan mampu menggerakkan multimedia super corridor, cuba klon teknologi Samsung dan tekonologi Silicon Valley di Amerika, menarik syarikat-syarikat besar di bidang teknologi tinggi supaya hub mereka dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pada hakikatnya ia telah membuktikan, sekali lagi salah satunya projek Mahathir yang berjiwa tinggi itu menempa kegagalan.

Oleh sebab mahu zahirkan wawasan pada zaman itu yang terlalu tinggi serta keazaman yang begitu kuat, Sebab itu sejak waktu zaman itu, semua lapisan orang-orang kerajaan keluar negara membuat lawatan sambil kerja. Mereka bawa balik apa yang mereka lihat dan apa yang mereka pelajari dari lawatan sambil belajar yang begitu rapi, namun itu tidak sehebat daripada kelebihan bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo serta pembantu rumahnya, mereka pergi ke Monaco dan Paris buat lawatan sambil kerja yang menelan belanja sebanyak RM1.7 juta yang memalukan itu.


Telah Lupa Pengajaran Dari Rakyat

Memang benar, isu Khir Toyo membazir duit kerajaan bukan penyebab kerajaan negeri Selangor bertukar kuasa pemerintahan, tetapi sikap Khir Toyo membazirkan duit rakyat, adakah rakyat negeri Selangor secara tidak sengaja membuat keputusan yang tepat pada PRU 2008 itu?

Dengan jelas harapan rakyat pada kerajaan sudah menjadi kebiasaan kerajaan, namun pihak kerajaan secara mudah dan cepat lupa pengajaran dari rakyat, dianggap seperti perkara biasa sahaja, sebab itu Dewan Majlis Bandaraya Melaka, Perbandaran Jasin, Perbandaran Hang Tuah Jaya dan beberapa kerajaan tempatan Melaka, sambung menyambung menggunakan duit peruntukan rakyat, buat lawatan kerja sambil belajar ke negeri China dan Australia.

Seperti juga apa yang dilakukan oleh Menteri Pelancongan serta suami dan pegawai tertinggi di kementerian tersebut melancong menggunakan duit rakyat, dalam masa 3 hari telah habiskan RM240 ribu, ia tidak dapat hilangkan ingatan rakyat terhadap salah guna kuasa dan rasuah itu, bagaimana mereka mahu menjawabnya, selepas itu mereka hanya pandai berkata-kata manis.

Rakyat jelata yang membayar cukai pendapatan, melihat pegawai-pegawai kerajaan pergi melancong membazirkan duit rakyat, adakah mereka mengharapkan bahawa negara ini boleh menjadi negara maju dengan cepat, supaya negara-negara lain boleh datang ke Malaysia membuat lawatan sambil kerja?

Organisasi perkhidmatan kerajaan negeri China, datang ke Malaysia dengan nama meninjau pembangunan pengstrukturan bandar-bandar di negara kita, mungkin pada satu hari nanti Amerika, Sweden, Australia negara pengeluaran lembu-lembu itu akan beratur panjang datang ke Malaysia, mereka akan membuat lawatan melihat bangaimana menggunakan teknologi tinggi menternak lembu-lembu di bangunan-bangunan apartment.

- terjemahan: RA/ STA/ Q -

www.kritis-online.com

 

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline