|
Written by admin
|
|
Saturday, 25 May 2013 15:30 |
|

Datuk Paul Low hari ini meletak jawatan sebagai Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) susulan pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. TI-M dalam satu kenyataan berkata pada mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya hari ini, Datuk Akhbar Satar yang juga Timbalan Presiden, dipilih peneraju baru TI-M bagi penggal 2013/2014. Selain itu, Prof Datuk Mohamad Ali Hasan dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Setiausaha Agung dimenangi Dr Loi Kheng Min dan jawatan Bendahari menang tanpa ditandingi oleh Mohamed Raslan Abdul Rahman, kata kenyataan berkenaan....
|
|
Read more...
|
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 25 May 2013 15:00 |
|

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sepatutnya bertindak sebagai seorang Presiden Cuepacs untuk semua dan tidak mengambil bahagian dalam tindakan perkauman Utusan Malaysia atau UMNO.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Datuk Omar jelas terlupa bahawa dalam Cuepacs ada Melayu yang tidak rasis dan bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam.
Beliau menganggap Cuepacs salah kerana menyertai Utusan Malaysia memboikot Air Asia dan Air Asia X dan patut menjadi sebuah pertubuhan perkauman tetapi berkhidmat kepada semua penjawat awam di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama....
|
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 25 May 2013 14:00 |
|

Pakatan Rakyat tidak akan terjejas sekiranya Barisan Nasional (BN) berhasrat meneruskan cadangan mewujudkan dasar satu parti.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat sememangnya sudah mengamalkan parti berbilang kaum walaupun tidak bergabung menjadi satu parti.
"Pakatan Rakyat sememangnya sudah menjadi satu parti. Walaupun kita guna simbol lain-lain, rakyat akan faham.
"Ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat bukan bersifat rasis. Kita ada Melayu, Cina dan India di dalam parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Nasional Keadilan Ke-9 di sini, Sabtu....
|
|
Read more...
|
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 25 May 2013 12:34 |
|

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut agar pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan kerana gagal memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu berlangsung dengan adil dan bersih. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun tuntutan rakyat yang dibuat berkali-kali melalui Bersih ditolak kesemuanya melainkan penggunaan dakwat kekal.
"Dakwat kekal yang tidak kekal ini adalah bukti jelas bahawa proses PRU13 yang dikendalikan oleh SPR tidak telus dan dicemari dengan penipuan,"katanya. Namun, apa yang berlaku katanya, dakwat hitam yang dikatakan kekal selama lima hari rupanya indah khabar dari rupa dan lebih mengejutkan alasan-alasan SPR untuk menutup penipuan kononya dakwat itu perlu digoncang terlebih dahulu....
|
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Friday, 24 May 2013 21:30 |
|

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok. Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis. "Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily....
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 822 |