Home Berita Terkini KPN Diminta Komited Bendung Jenayah, Jaga Keamanan Negara
KPN Diminta Komited Bendung Jenayah, Jaga Keamanan Negara PDF Print E-mail
Written by admin   
Thursday, 09 August 2012 08:17

 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Izzah Anwar mempersoal apa sebenarnya tangungjawab Ketua Polis Negara (KPN) kerana beliau sering dilihat membantu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengedarkan bubur lambuk.

Menurutnya, perkara tersebut diadu penduduk yang menyaksikan tiga kali Tan Sri Ismail Omar bersama-sama Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyampaikan juadah berbuka puasa itu kepada masyarakat di sekitar Lembah Pantai baru-baru ini.

“Memang pelik, sejak bila Ketua Polis Negara mendapat tugas baru mengedar bubur lambuk sedangkan banyak lagi tugas lebih penting perlu dilaksanakan.

“Apakah ini transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam usaha menjaga keamanan negara,” soalnya.

Beliau mengulas demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan zakat beserta barangan keperluan dapur kepada 200 golongan yang memerlukan termasuk dua buah kerusi roda kepada warga emas dalam Majlis Iftar Ramadhan Jasamu Dikenang semalam.

Tegas Naib Presiden KEADILAN itu lagi, tugas utama KPN adalah memastikan semua anggota polis menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Kata Izzah, peningkatan kes jenayah di kawasan jagaannya semakin membimbangkan dan ia perlu diambil perhatian serius.

“Masyarakat terutamanya di Brickfields rasa keselamatan mereka tergugat sejak balai polis di sini dirobohkan tahun lepas. Berbagai rungutan penduduk saya terima dan mereka mahukan balai polis baru dibina seperti yang dijanjikan oleh Nong Chik. Malangnya hingga hari ini, janji manis itu tidak dilunaskan.

“Justeru saya mendesak Menteri Wilayah menepati janjinya untuk bina balai polis baru dengan mencari lokasi strategik sebelum penduduk mengadakan protes bantahan. Begitu juga Tan Sri Ismail Omar perlu kembali menjalankan tugasnya sebagai KPN,” tegas Izzah... - KEADILANDAILY

 

MALAYSIA NEWS KETUA POLIS NEGARA NURUL IZZAH

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline