|
Terjemahan Akhbar Cina
|
Written by Que Chow Sing Chii
|
|
Thursday, 08 December 2011 09:03 |
|
 Akhbar: Sinchew Daily News Ruangan: Opinion Corner m/s 36 Tarikh: 2 Disember 2011 (Jumaat)
Tajuk:
“DAP Di Bawah Ledakan Peluru Meriam UMNO” Ditulis oleh: Tay Ting Yan (Timbalan Editor)
Bunyi meriam persidangan UMNO bergema, DAP seperti dihujani peluru meriam seperti dalam perang dunia kedua di Kota London, bumi terbungkas ledakan bom.
Bermula pada ucapan Muhyiddin yassin, sehingga ke perwakilan yang bersambung-sambung berhujah, DAP kini diumpama sebuah pertubuhan yang menjadi “penentang orang-orang Melayu”, “penentang Islam”; dikatakan DAP berhasrat untuk hapuskan undang-undang beraja, wujudkan negara Republik, sehingga mereka sanggup lancarkan peristiwa 13 Mei, satu persatu ditimbulkan supaya semua orang rasa bimbang.
Ketua Penerangan UMNO Mazlan secara jelas berkata, jika dalam PRU akan datang berlaku parlimen ‘tergantung’ (Hung Parliament), jika kerusi Pakatan Rakyat dan BN tidak melebihi separuh, dan tidak dapat wujudkan kerajaan; pada masa itu DAP akan ambil kesempatan rampas kuasa.
Jika itu berlaku, orang-orang Melayu akan kehilangan segala-galanya.
Ada orang akan bertanya, DAP bukan lawannya UMNO secara langsung, kedua-dua parti tidak mungkin hadapi kerusi yang bertentangan, kenapa UMNO halakan asakkan kepada DAP, dan bukan halakan asakkan kepada PKR ataupun Pas?
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Que HeyDar
|
|
Thursday, 08 December 2011 06:02 |
|

Akhbar: Nanyang Siangpau Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A18 Tarikh: 1 Disember 2011 (Khamis)
Tajuk:
Orang Cina Ambil Kesempatan Meminta-Minta? Ditulis oleh: Loh Hon Chew (Pengkritik Semasa)
Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad berkata, beliau tidak puas hati terhadap UMNO hanya memberi kepuasan kepada permintaan-permintaan kaum Cina, dan UMNO telah abaikan hak yang sepatutnya orang-orang Melayu dapat, sebaliknya kaum Cina ambil kesempatan meminta banyak perkara. Kata-kata ini cukup berbau perkauman yang kuat.
Selepas Tun Mahathir Mohammad melepaskan jawatannya, Tun Mahathir asyik pertahankan ‘Ketuanan Melayu’ seperti menjadi darah dagingnya, berkali-kali beliau mengkritik UMNO supaya jangan sampai abaikan kepentingan orang-orang Melayu, seterusnya mengkritik bahawa orang-orang Melayu sudah berpecah belah dan tidak lagi menyokong UMNO. Beliau sekali lagi memberi amaran kepada orang-orang Melayu jika tidak bersatu, orang-orang Cina akan rampas kuasa.
Adakah orang-orang Cina boleh rampas kuasa dan memerintah orang-orang Melayu? Ini seperti cerita dongeng, sebab itu bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong berkata, Mahathir pandai buat-buat cerita dan pakar dalam bercerita. Kerana beliau telah masuk ke alam kaya dengan khayalan berfikir.
|
|
Read more...
|
|
Written by Que Chow Yun Fatt
|
|
Thursday, 08 December 2011 05:28 |
|
 Akhbar: Sinchew Daily News Ruangan: Opinion Corner m/s 32 Tarikh: 30 November 2011 (Rabu)
Tajuk:
“Bertarung Habis-Habisan Di Selatan” Ditulis oleh: Tay Ting Yan (Timbalan Editor)
PKR adakan perhimpunan agong (kongres) berturutan diikuti pula oleh UMNO adakan perhimpunan agong (PAU).
Secara kebetulan kita boleh buat satu perbandingan, satu perhimpunan sebelum PRU, ia boleh melambangkan kehebatan dan kekuatan sesuatu parti, dan seterusnya boleh wujudkan suasana keterampilan dan kehebatan mereka yang luar biasa.
Perhimpunan agong PKR tidak nampak apa-apa isu yang menonjol, selain daripada menyentuh perkara yang telah berlalu, tiada agenda baru yang disentuh, hanya ketua pemuda PKR mencabar UMNO minta UMNO ubah perlembagaan Negara jika berani, menetapkan bahawa hanya orang-orang Melayu sahaja yang boleh jadi Perdana Menteri, hanya dapat sedikit kontroversi di situ pada persidangan itu, selain dari itu, banyak isu sunyi sepanjang perhimpunan itu.
Tetapi ia tidak bermakna bahawa perhimpunan agong PKR itu kurang terserlah, sebaliknya PKR memilih negeri Johor untuk adakan perhimpunan itu, ia mempunyai sesuatu strategi yang bermakna, bermakna mereka lebih baik datang menyerang dahulu.
Negeri Johor adalah kubu paling kuat UMNO, PKR turun ke negeri Johor adakan perhimpunan agong, bukankah PKR sendiri mahu cari nahas? Adakah ia hanya untuk keseronokan sahaja?
Sebenarnya tidak begitu, itu mungkin kita salah tafsir, kadang-kadang di kawasan yang sangat kuat sebaliknya di situlah tempat kelemahan nyawa kita.
Contohnya semasa peperangan dunia kedua, semasa peperangan habis-habisan kereta kebal antara tentera German dan tentera Rusia di Kursk.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Que Chow Sing Chii
|
|
Wednesday, 07 December 2011 22:02 |
|

Akhbar: China Press Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C13 Tarikh: 28 November 2011 (Isnin)
Tajuk:
“Kenapa Orang-Orang Melayu Berpecah-belah” Ditulis oleh: Lor Hon Chew
Bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir Mohamad berkata orang-orang Melayu telah berpecah-belah tidak lagi sokong UMNO, menyebabkan BN kini lemah, disebabkan kerana permintaan yang bukan-bukan dari kumpulan fanatik kaum Cina.
Rupa-rupanya tujuan Mahathir mahu kaum Melayu bersatu dengan itu tidak membenarkan permintaan kaum Cina, mahu orang-orang Cina selesa dengan rakyat kasta kedua di Negara ini. Sebagai salah satu kaum yang pemangkin di Negara ini, orang-orang Cina tetap mempunyai kuasa untuk ajukan permintaan, apakah yang orang-orang Cina mahukan? Adakah kita mahukan keistemewaan? Mahukan tanah simpanan? Mahukan tongkat? Apa yang orang-orang Cina mahukan ialah melengkapkan dan peluang untuk belajar bahasa Ibunda sendiri, beri peluang peniaga Cina untuk berkembang, ambil bahagian dalam projek kerajaan sahaja, Mahathir tidak membenarkan orang-orang Cina kemukakan permintaan-permintaan asas seperti ini, telah terbukti semasa beliau memerintah kerajaan ini, asyik memberi layanan kepada semua kaum, bukankah itu semua satu pembohongan besar.
|
|
Read more...
|
|
Written by Que HeyDar
|
|
Wednesday, 07 December 2011 21:02 |
|

Akhbar: Nanyang Siangpau Perkara: Perwakilan PKR Ruangan: Berita dalam negeri m/s A6
Tajuk I
Ada Perbalahan Serah Pada Peringkat Tertinggi Parti Ambil Alih Kuasa Di Putrajaya 3 Parti Perlu Berbaik-Baik: Anwar
27hb Johor Baharu - Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa penutup perwakilan Kongres PKR sekali lagi menyampaikan maklumat politik kepada ketiga-tiga parti apabila (nanti) “memerintah Putrajaya”, mahu kekalkan suasana baik di antara ketiga-tiga parti itu sebagaimana menghadapi PRU ke-13, menukar kerajaan yang sedia ada. Beliau berkata PRU akan datang ini akan berlaku pertukaran kerajaan dan pertarungan yang terakhir dan penghabisan, dan akan menjadi satu perbezaan sempadan politik di Negara ini.
Anwar Ibbrahim dalam ucapan menggulung dan menutup bahasan perwakilan PKR yang ke-8, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa PRU akan datang akan memerintah kerajaan Negara ini, beliau berkata, gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu bekerjasama dan erat perhubungan di antara satu sama lain, membuat persediaan memerintah di Putrajaya.
Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi parti berlaku perselisihan, boleh diselesaikan melalui sistem kuasa di peringkat negeri-negeri, supaya semua perkara dapat diselesaikan dengan baik, jika tidak dapat diselesaikan juga, ia perlu dihantar ke peringkat pusat.
Hadapi Masalah Ahli Dalaman Yang Lompat Keluar
Beliau mengakui apabila serangan dilakukan kepada pihak luar, beliau pernah hadapi ahli-ahli dalaman parti yang lompat keluar dan lari keluar parti. Tetapi beliau menegaskan persaingan dalam politik diumpama lari marathon, bukan lari hanya jarak 800 meter sahaja.
Beliau berkata, parti dapat sokongan dari masyarakat pertengahan dan golongan bawahan, ini adalah tunggak kepada parti.
Tajuk II
Membantah Pindaan Akta Perhimpunan Awam: Chua Tian Chang
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata, PKR tetap membantah pindaan akta perhimpunan tahun 2011, dan bercadang ambil soal selidik dari semua lapisan rakyat dan ia perlu dibincangkan terlebih dahulu, baru boleh di bawa ke dewan rakyat untuk dibincangkan dan dipinda.
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 9 of 32 |
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
|
|
KO's main supporters
Android app for KritisOnline
|