|
Terjemahan Akhbar Cina
|
Written by Que HeyDar
|
|
Friday, 16 December 2011 01:13 |
|
 Akhbar: Sinchew Daily News Ruangan: dalam negeri m/s 17 Tarikh: 10 Disember 2011 (Sabtu)
Tajuk:
“Perbincangan kawasan Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak ada sedikit perbalahan, kebanyakan kawasan pencalonan Pakatan Rakyat tidak berubah” - Laporan khas pemberita Sinchew Daily News Ditulis oleh: Yap Chee Ping
9hb Kuala Lumpur - pihak akhbar Sinchew Daily News mendapat tahu, kerja-kerja perbincangan dalam pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat telah pun sampai ke penghujungnya,
Kebanyakan kawasan undi akan mengekalkan calon-calon asal untuk bertanding di tempat yang sama, kecuali di negeri-negeri yang dianggap negeri barisan hadapan oleh Pakatan Rakyat, seperti di negeri Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak sedang dalam perbincangan lagi.
Seorang pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu pemberita kami, setakat ini perbincangan sudah sampai ke penghujungnya, setiap negeri mempunyai 10 peratus hingga 15 peratus timbul sedikit perbalahan, Pakatan Rakyat berharap pembahagian kerusi dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.
Ahli Dan Pemimpin Diarah Tutup Mulut
Apabila ditanya sama ada benar calon-calon dalam Pakatan Rakyat itu akan kekal di kawasan undi yang lama, beliau hanya memberitahu sebahagian besarnya begitu, mereka masih kekalkan di kawasan yang lama, selain dari itu parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat apabila ditanya semuanya tutup mulut, menunjukkan Pakatan Rakyat telah keluarkan arahan tutup mulut, tidak mengizinkan mereka timbulkan isu secara terbuka.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Que HeyDar
|
|
Thursday, 15 December 2011 17:53 |
|

Akhbar: Nanyang Siangpau Ruangan: negeri Johor m/s C4 Tarikh: 8 Disember 2011 (Khamis)
Tajuk:
“Tanda Tangan Perjanjian Sumpah Kesetiaan Pemilihan Calon PKR Negeri Johor Dihantar Ke Pusat: Chua Jui Ming”
7hb Johor Bahru - Pengerusi PKR negeri Johor Datuk Chua Jui Ming memberitahu, parti itu telah serahkan nama-nama calon negeri Johor ke pusat, supaya pusat dapat memutuskannya, setiap kerusi ada 4 hingga 5 calon yang diserahkan kepada pusat.
Tegah Politik Katak
Chua berkata, calon-calon yang dipilih telah melalui proses temuduga, setiap calon perlu tanda tangan satu perjanjian kesetiaan pada parti, tidak kira sama ada pada PRU akan datang mereka dapat bertanding ataupun tidak, mereka perlu bantu parti sepenuhnya, supaya tidak berlaku isu “lompat katak”. Kami sangat ambil berat terhadap isu ini, jika mereka yang tidak dicalonkan mahu membuat kecoh dan buat hal, kami akan adakan sidang wartawan menunjukkan surat yang mereka telah tanda tangan itu.
Chua berkata demikian semasa adakan majlis makan bersama pihak media malam semalam. Yang hadir termasuk Presiden serta Timbalan Presiden PKR negeri Johor, Pemuda PKR, Ketua Kempen PRU serta Ketua Hal Ehwal Kerajaan Tempatan PKR.
|
|
Read more...
|
|
Written by Que Chow Sing Chii
|
|
Wednesday, 14 December 2011 17:28 |
|

Nanyang Siangpau Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16 Tarikh: 7 Disember 2011 (Rabu)
Tajuk:
“Keselamatan Pemakanan Tidak Boleh Kompromi” Editor
13 barangan yang dijual di kedai runcit 1 Malaysia oleh kerana tidak mengikut peraturan akta pemakanan 1985, kandungan produk tidak mengikut standard piawaian keselamatan pemakanan di arah turunkan produk itu dari papan rak kedai.
Barangan ini termasuk susu segar, susu pekat, susu cair, sos tiram, parti buah-buahan, kari ayam dalam tin, jus pelam sejuk beku, minyak mentega, minyak kacang, majerin dan pati kacang tanah, kacang harum pekat, pati kacang tanah wangi, sos tomato tin dan ikan sardin (kandungan 155 gram).
Pada 22 Jun lalu, Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah merasmikan pembukaan kedai runcit 1 Malaysia yang pertama di LRT Kelana Jaya, Najib secara terang memberitahu, pihak kerajaan tidak abaikan keperluan rakyat golongan berpendapatan rendah, penubuhan kedai runcit 1 Malaysia adalah untuk meringankan sara hidup dan beban tanggungan rakyat, supaya rakyat bandar yang berpendapatan rendah dan miskin dapat membeli barangan yang murah untuk keperluan harian mereka, seterusnya dapat tingkatkan kehidupan rakyat dengan lebih selesa.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Que Chow Sing Chii
|
|
Wednesday, 14 December 2011 17:16 |
|

Akhbar: China Press Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C13 Tarikh: 6 Disember 2011 (Selasa)
Tajuk:
“Menyanjung Terlalu Tinggi, Menghina Tidak Terbatas” Ditulis oleh: Kim Ting
DAP boleh dikatakan masih menjadi parti keanak-anakan dalam gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, di mana dalam perhimpunan UMNO di belasah teruk, sebaliknya yang mengkritik mereka paling kuat ialah PKR dan Pas dapat kemaafan dan tidak disentuh langsung. Ini dapat perjelaskan apa sebenarnya yang mereka buat? Ada sesetengah orang anggap, hari ini BN paling takut kepada DAP, BN akan sedaya upaya hapuskan DAP, jika tidak dapat hapuskan, BN cuba tarik DAP masuk BN, menjadi sebahagian daripada ahli komponen dalam BN, dengan itu gabungan 3 parti dalam Pakatan Rakyat oleh pembangkang akan roboh, sekurang-kurangnya BN dapat kurangkan ancaman itu, dan pembangkang sudah tidak berupaya untuk berdiri lagi.
Adakah dalam pengiraan BN mereka akan berbuat demikian? Itu saya kurang faham. Tetapi berikutan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri pernah ‘berpelukan’ dengan Lim Guan Eng, desas desus cerita itu telah tersebar luas. Mereka berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin sebagai penggerak bagi DAP untuk masuk ke dalam BN menggantikan MCA. Adakah DAP akan mempertimbangkannya?
|
|
Read more...
|
|
Written by Que HeyDar
|
|
Tuesday, 13 December 2011 08:36 |
|

Akhbar: China Press Ruangan: dalam negeri m/s A6 Tarikh: 5 Disember 2011 (Isnin)
Tajuk:
“Bulan dan Mata Biru Bergabung Serang Dacing - Roket Kembali Semula Ke Negeri Perlis”
4hb Kangar - di Perlis mempunyai 3 kerusi perlimen dan 15 kerusi DUN, akan bertarung di medan peperangan dengan DAP apabila DAP ambil bahagian dalam PRU kali ini di negeri Perlis, mereka bergabung dengan bulan dan mata biru untuk pecahkan kubu kuat BN di Perlis.
Negeri Perlis adalah sebuah negeri di Utara Semenanjung, pada lazimnya apabila tiba musim PRU, hanya Pas dan PKR yang berdepan dengan BN, DAP kerana pada 25 tahun lalu kecundang di tanah Perlis, selepas itu DAP telah tinggalkan markas di Perlis sehingga sekarang.
Selepas DAP menang bergaya pada Tsunami politik tahun 2008, walaupun DAP telah tinggalkan negeri Perlis sejak 25 tahun lalu, pada 9 Januari 2010 telah kembali sekali lagi ke negeri Perlis, susun semula cawangan serta menganjurkan majlis makan beramai-ramai, DAP berkata mahu bersama Pakatan Rakyat serang kubu kuat BN di Perlis.
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 7 of 32 |
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
|
|
KO's main supporters
Android app for KritisOnline
|