|
 Akhbar: Sinchew Daily News Ruangan: Opinion Corner m/s 32 Tarikh: 27 Disember 2011 (Selasa)
Tajuk:
“Perbalahan Dalaman Dan Kepentingan Rakyat” Ditulis oleh: Lim Sui Guan (Timbalan Editor)
Mana-mana organisasi pasti ada perbalahan, dalaman parti ada perbalahan oleh kerana perebutan dalam sesuatu kepentingan, dan masalah itu akan jadi lebih serius. Baru-baru ini sama ada parti pemerintah mahupun parti pembangkang juga ada masalah, dipercayai sebelum menjelang PRU semua isu dan masalah dapat diselesaikan, tetapi mengikut kes-kes yang ada seperti melambangkan budaya politik mereka.
UMNO agak malang bila mana dibelenggu oleh isu rasuah - isu ‘lembu’ telah memberi tekanan yang tertentu kepada parti itu, sebab itu Mahathir dan beberapa ahli Parlimen serta pemimpin-pemimpin bawahan UMNO mahu ketua wanita UMNO Shahrizat meletak jawatan, jika sekiranya beliau letak jawatan dan tidak dicalonkan untuk bertanding dalam PRU, bermakna parti dengan jelas telah menggariskan jarak isu lembu.
Sebelum ini pihak SPRM menyatakan isu lembu tiada unsur-unsur berkaitan dengan rasuah, dengan itu kes tersebut diserahkan kepada pihak polis, kontinjen penyiasat khas polis yang diketua oleh Mustapha telah ditugaskan untuk menyiasat pusat ternakan lembu NFC, dengan itu telah menangkap individu yang berstatus Datuk dikatakan cuba menyogok anggota polis dengan wang sebanyak RM1.7 juta.
Tindakan pihak SPRM ditambah dengan penjelasan Najib bahawa ianya (isu tersebut) akan ambil masa yang sesuai untuk dijawab, menunjukkan Sharizat sedang bercuti dan tinggalkan tugasnya buat sementara waktu, bolehkah seperti ini (?).
Pada masa yang sama, mahkamah tinggi juga telah menjatuhkan hukuman terhadap Khir Toyo tentang banglo mewah yang dimilikinya, dijangka kuasa Khir Toyo akan terhakis di negeri Selangor (untuk beliau) dapat rampas kembali pemerintahan kerajaan negeri Selangor.
UMNO terpaksa cantas (perkara) yang buruk untuk bangkit megah kembali, menghalang kepada sesiapa sahaja pemimpin yang melibatkan diri dengan skandal rasuah bagi menhadapi PRU, supaya tidak dijadikan isu pada musim PRU, yang boleh menjejaskan kemenangan.
Perbalahan dalaman Pas, dan selepas Exco kerajaan negeri Selangor Hasan Ali meminta maaf dan tarik balik kata-kata, (seterusnya) dijangka mengadap Presiden Pas, Hadi Awang dan 3 orang pemimpin tertinggi Pas isu itu (dijangka) akan meredakan (keadaan).
Sebelum ini apakah percaturan sebenar Hasan dan dengan pendedahannya itu? selepas beliau dapati tiada orang yang menyokong beliau termasuk (bekas) Naib Presiden Pas Nasarudin yang menyatakan beliau setia pada parti, sebab itu Hasan Ali memperlahankan sikapnya, pada masa sama setiausaha Pas telah menyatakan beliau pernah bertemu dengan 3 orang pemimpin yang dirahsiakan di sebuah hotel, menunjukkan bahawa sudah terbukti Hasan Ali memang pernah menderhakai parti, dan mahu perbalahan sandiwara wayang itu dihentikan serta merta.
Jawatankuasa Ulama dan Pemuda Pas tidak ambil bahagian dalam hal ini, supaya sebaran propaganda Utusan Malaysia terima kekalahan dan tewas, yang paling utama Pas telah membudayakan kepentingan agenda politik mereka diletakkan di atas bahu individu dan puak-puak dalam Pas, yang lebih penting mereka utamakan PRU yang bakal tiba nanti, mahu merampas kuasa kerajaan pusat, barulah Pas dapat merealisasikan negara berkebajikan dan laksanakan program undang-undang Islam.
Nilai-nilai yang diketengahkan oleh Pas, mahu ahli-ahli mereka tinggalkan pemimpin-pemimpin Pas yang bertindak keluar parti, sebab itu dalam Pas amat jarang berlaku lompat parti, walaupun selepas PRU 2004, negeri Kelantan hanya kurang 1 kerusi untuk BN perintah - mereka tetap kukuh dan tidak runtuh, Hasan Ali juga telah digilap budaya seperti itu beranikah beliau bertindak keluar parti.
Sebaliknya kekuatan mental DAP tidak sehebat itu dan tidak cukup mampat, menyebabkan pemimpin dan ahli parti lompat parti dengan serius. Selepas 3 jawatankuasa kumpulan pemimpin parti DAP mendamaikan perbalahan antara Karpal Singh dengan Ramasamy, oleh kerana Ramasamy membuat kenyataan pada pihak media yang “tidak sepatutnya”, menyebabkan Karpal Singh sekali lagi melenting, menunjukkan kedua-dua pemimpin itu (masing-masing) meyimpan perasaan saling bermusuhan dan dendam.
Timbalan pengerusi DAP iaitu ahli parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran pula mahu setiausaha negeri Perak Nga Kor Ming perjelaskan isu tender surat kontrak baju kot, ini juga satu lagi isu perpecahan dalaman yang perlu ditangani segera, di mana MCA sekang ini sedang duduk melihat harimau sedang berbalah dan sedang menunggu hasilnya.
Mana-mana organisasi mahupun parti tidak sunyi dengan perbalahan dan sengketa, apa sebenarnya yang mereka mahukan sehingga berlaku perbalahan, perbalahan dalaman diibarat menewaskan dan melemahkan diri sendiri, apabila cedera ia tidak akan memihak pada diri sendiri, kenapa mereka masih rasa gembira bersikap sedemikian?
- terjemahan: AS/ LNA/ Q -
|