|
 Akhbar: Sinchew Daily News Ruangan: Opinion Corner m/s 36 Tarikh: 1 Disember 2011 (Khamis)
Tajuk:
“UMNO Antara Berubah Dan Tidak Berubah” Ditulis oleh: Penulis: Lim Sui Guan (Timbalan Editor)
Pesidangan perwakilan UMNO telah bertiup ke sudut PRU, UMNO telah ditubuhkan pada 65 tahun lalu, sudah lebih setengah abad memerintah kini akan bertarung di gelanggang peperangan, hadapi peperangan sengit yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Muhyiddin Yassin umpamakan PRU kali ini adalah penentu bagi hidup atau matinya UMNO, beliau telah petik kata-kata perang jihad, bertanggapan UMNO mempunyai 3.4 juta bala tentera perang.
Pemimpin UMNO kini anggap PRU kali ini adalah penentu kepada kemakmuran atau pun kejatuhan orang-orang Melayu, mengkritik DAP mencabar keistimewaan orang-orang Melayu, cuba mahu gadaikan PRU kali ini kepada kancah nasib kaum, bangkitkan semangat kesedaran kepada ancaman parti serta ancaman kepada orang-orang Melayu, bangkitkan semangat ahli-ahli parti menjadi pejuang dalam medan peperangan, supaya dapat hapuskan Pakatan Rakyat, pertahankan orang-orang Melayu terus memerintah.
Tetapi kunci penentuan menang atau kalah bukan dengan kata-kata motivasi itu sahaja, UMNO perlu tunjukkan markah prestasi selama 3 tahun kebelakangan ini, cuba dapatkan pengaruh kepada 12 juta pengundi yang ada sekarang ini.
Markah prestasi kerajaan BN itu pada projek-projek perubahan. Projek perlaksanaan perubahan ekonomi (ETP), pendapatan rakyat sudahkah diutamakan? Ekonomi Negara sudahkah mendapat perubahan?
Perubahan GTP kerajaan sudahkah memberi kesan yang positif dalam perlaksanaannya, sudahkah ada penambah baikan dalam pelbagai pengurusan dalam kerajaan, dengan itu sudahkah dapat atasi penyelewengan-penyelewengan yang berlaku? Sudahkah dapat kurangkan kes-kes jenayah dan kurangkan tahap kerisauan dan ketakutan orang ramai?
Perubahan politik (PTP) sudahkah capai tahap di posisi yang sepatutnya, ataupun hanya kata-kata manis politik sahaja?
Saya anggap segala perubahan itu dapat ditonton di depan mata kita secara umum, pihak kerajaan boleh paparkan keputusan yang memberangsangkan, yang paling penting rakyat dapat rasakan dan hayati perubahan itu ataupun tidak.
Saya juga beranggapan bahawa selain daripada lapisan di peringkat pihak kerajaan, pada perubahan parti, terutama sekali perubahan yang UMNO lakukan masih lagi tidak mencukupi, terutama sekali pada perubahan fikiran ahli dalam parti masih tidak mencukupi. Jika ahli-ahli UMNO tidak berubah, dengan itu susah untuk laksanakan perubahan di peringkat akar umbi.
Sebelum perlaksanaan ETP, pihak kerajaan pada mulanya mahu mansuhkan sistem kuota kaum dalam Model Ekonomi Baru, oleh kerana menerima bantahan yang kuat, kini Model Ekonomi Baru semakin dilupakan, ia sesuatu yang mendukacitakan.
Jika ekonomi Negara mahu melangkah ke arah kemajuan, ia perlu ada satu model yang baru; jika hanya perbaiki model yang lama sahaja bagi mengisi model yang baru, tidak mungkin mendapat memberi keberkesanan dalam persaingan Negara.
Ahli-ahli UMNO sepatutnya kenal apa itu garis panduan kerajaan dan apa itu garis panduan parti, jawatan dan keluarga perlu dipisahkan, supaya tidak berlaku kesilapan, sehingga ia boleh mengaibkan Barisan Nasional.
Contohnya isu NFC kini timbul persoalan, ketua wanita UMNO sepatutnya membantu untuk perjelaskannya, jika asyik mahu pertahankan diri menyebabkan timbul persoalan pihak luar, kita perlu faham jika Shahrizat tidak bertanding sekalipun, calon yang akan mewakili wanita juga akan hadapi pengundi juga.
Yang kedua yang menyedihkan, pemimpin parti tidak tentukan hala tuju UMNO untuk masa depan mereka.
Perubahan paling besar UMNO ialah mengubah perlembagaan parti dari segi pemilihan parti, menggunakan cara terus pemilihan pusat dan telah mansuhkan pemilihan kuota yang lama, supaya tidak berlaku politik wang; pemilihan parti dilakukan selepas PRU, sebaliknya tiada suntikan pola-pola baru dalam parti, dengan itu mereka tidak dapat hadapi pembaharuan zaman moden yang terkini.
UMNO boleh secara berterusan mempertahankan agenda Melayu, tetapi mereka sepatutnya perlu rapat dengan landasan dunia luar, supaya UMNO boleh menjadi sebuah parti yang lebih bersikap terbuka, dan menjadi sebuah parti yang maju, ubah tanggapan kurang senang yang menebal dari orang-orang bukan Melayu.
UMNO adalah sebuah organisasi yang besar, bukan mudah untuk membuat perubahan, tetapi apabila hadapi tekanan antara hidup ataupun mati, mereka kini terpaksa berubah, barulah mereka dapat terus mara ke hadapan dan mendongak langit biru.
- terjemahan: AH/ DNA/ Q -
www.kritis-online.com
|