Home Terjemahan Akhbar Cina Kenapa Orang-Orang Melayu Berpecah-belah
Kenapa Orang-Orang Melayu Berpecah-belah PDF Print E-mail
User Rating: / 6
PoorBest 
Written by Que Chow Sing Chii   
Wednesday, 07 December 2011 22:02



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C13
Tarikh: 28 November 2011 (Isnin)

Tajuk:

“Kenapa Orang-Orang Melayu Berpecah-belah”
Ditulis oleh: Lor Hon Chew

Bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir Mohamad berkata orang-orang Melayu telah berpecah-belah tidak lagi sokong UMNO, menyebabkan BN kini lemah, disebabkan kerana permintaan yang bukan-bukan dari kumpulan fanatik kaum Cina.

Rupa-rupanya tujuan Mahathir mahu kaum Melayu bersatu dengan itu tidak membenarkan permintaan kaum Cina, mahu orang-orang Cina selesa dengan rakyat kasta kedua di Negara ini. Sebagai salah satu kaum yang pemangkin di Negara ini, orang-orang Cina tetap mempunyai kuasa untuk ajukan permintaan, apakah yang orang-orang Cina mahukan? Adakah kita mahukan keistemewaan? Mahukan tanah simpanan? Mahukan tongkat? Apa yang orang-orang Cina mahukan ialah melengkapkan dan peluang untuk belajar bahasa Ibunda sendiri, beri peluang peniaga Cina untuk berkembang, ambil bahagian dalam projek kerajaan sahaja, Mahathir tidak membenarkan orang-orang Cina kemukakan permintaan-permintaan asas seperti ini, telah terbukti semasa beliau memerintah kerajaan ini, asyik memberi layanan kepada semua kaum, bukankah itu semua satu pembohongan besar.


Kefahaman Politik Telah Meningkat

Apabila sentuh tentang perpecahan orang-orang Melayu, orang-orang Melayu sudah tidak sokong UMNO, beliau persalahkan Pak Lah, kata-kata ini juga tidak tepat.

Sebenarnya di dunia ini tiada disebabkan kerana politik sesuatu kaum itu bersatu, orang-orang Melayu juga tidak terkecuali. Boleh dilihat dari mulanya kemerdekaan, ada orang-orang Melayu sokong UMNO, sokong Pas, sokong parti Buruh. Ada yang sokong parti bebas (Onn Jaafar), kerana hanya yang menyokong UMNO dari kalangan orang-orang Melayu itu lebih ramai, menyebabkan UMNO menjadi parti pemerintah, UMNO memang menjaga rapi kepentingan orang-orang Melayu, sebab itu UMNO dapat sokongan dari orang-orang Melayu.

Berikutan peningkatan dari segi pelajaran, orang-orang Melayu yang belajar ke luar Negara, kefahaman tentang politik mereka semakin tinggi, permintaan mereka terhadap kerajaan juga semakin tinggi, mereka mahukan sebuah Negara yang kuat dan makmur, mereka rasa kecewa terhadap rasuah, penyelewengan kuasa, bersekongkong, kroni-kroni, dan keadaan keamanan masyarakat yang kucar-kacir ini. Mereka tahu tidak kira mana-mana parti yang boleh memerintah sepatutnya boleh menjaga orang-orang Melayu dengan sebaik-baiknya, jika tidak, jika tidak mereka akan digulingkan.

Sebaliknya jika menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan pertahankan kepentingan orang-orang Melayu, itu sudah bukan lagi royalti kepada UMNO, ia adalah untuk PKR, DAP dan Pas jika mereka dapat memerintah Negara ini, Pakatan Rakyat juga akan lihat kepentingan-kepentingan untuk orang-orang Melayu, orang-orang Melayu tidak akan seperti cara lama mereka seperti dahulu itu, mereka menyokong UMNO mungkin kerana ditakut-takutkan ataupun kerana terlalu berhati-hati.

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

www.kritis-online.com

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline