Tanggal esok 9 Januari 2012 ini, penghakiman kes Fitnah Liwat II akan termaktub dalam sejarah, samada sebagai detik penentuan keadilan ditegakkan ataupun hari gelap buat kedaulatan undang-undang dan kepada mereka yang perjuangkan keadilan.
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar membulatkan tekad serta iltizam dalam menuntut pembaharuan politik. Mereka boleh mengaibkan saya, mereka boleh menghumban saya ke penjara, mereka boleh menginjak hak rakyat dan mereka boleh memukul kita hanya kerana berkumpul, akan tetapi mereka takkan dapat merampas kehormatan diri, maruah serta semangat kita untuk melakukan apa yang benar dan memperjuangkan apa yang kita percaya.
Mengulangi fitnah keji sejak dari 1998 lagi terhadap diri saya dan sepanjang sandiwara perbicaraan yang panjang ini, pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan, namun ianya tidak menghakis keyakinan rakyat. Kita telah menyaksikan betapa polis, pihak pendakwaan dan kehakiman serta media yang dikawal UMNO berganding bahu memastikan agar kerajaan BN yang rasuah dan zalim ini terus berkuasa.
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.
Khalid (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).
Katanya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gengtleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat,” kata Khalid.
KUALA LUMPUR, 9 Jan – YB Tian Chua, ahli parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR mengumumkan keputusan kes berprofil tinggi juga dikenali sebagai kes “Liwat II” atau “Sodomy II” kepada ribuan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sabar menunggu di perkarangan letak kereta berhampiran Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur sekitar jam 10.15 pagi tadi. – KritisOnline
Dimaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan oleh Makhamah Tinggi Duta baru tadi. KO akan cuba sahihkan dengan kenyataan dari Datuk Seri sendiri..
KLUANG 8 Jan. — Menteri Dalam Negeri menyifatkan adalah mustahil bagi polis membenarkan perhimpunan kempen bebaskan Anwar esok tanpa sebarang syarat sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat boleh menilai sendiri kenyataan Azmin itu dan tindakannya yang diibaratkan seperti “cakap tak serupa bikin”.
"Mustahil polis akan keluar dan membuat sidang media bersama selepas mesyuarat sebagaimana (yang) diakui oleh Azmin adalah panjang dan terperinci, tanpa membincangkan situasi serta fahaman bagaimana nak pastikan perhimpunan aman tanpa mempersetujui syarat-syarat tertentu,” katanya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan jentera pilihan raya umum dan Skuad IT Pergerakan Wanita UMNO Semberong di Dewan Taman Sri Lambak di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Polis dan kementerian-kementerian yang berkaitan telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan esok.
"Kita belajar daripada Bersih 2.0, jikalau tidak menjawab skrip mereka dan tuduhan mereka walaupun tidak benar, tetapi mereka gunakan internet untuk menimbulkan gambaran buruk untuk digunakan oleh media luar,” katanya.
Bagaimanapun, kata Hishammuddin, pembangkang tidak boleh menipu semua rakyat dan akhirnya penipuan mereka itu akan terdedah.
Beliau berkata, perhimpunan anjuran pembangkang esok merupakan suatu “pertimbangan peribadi dan tiada lain” kerana mahkamah belum lagi membuat sebarang penghakiman terhadap dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.. — BERNAMA
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pertanyaan seluruh rakyat negara ini sekarang mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan esok, membuktikan Pakatan Rakyat akan melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, daripada pertanyaan itu jelas membuktikan rakyat negara ini kini ternyata amat berminat dengan perkembangan Pakatan Rakyat yang terrnyata mempunyai harapan yang cerah untuk ke Putrajaya pada PRU Ke13 nanti.
Katanya, mereka tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya tersebut.
"Jadi jika Datuk Seri Anwar akan dipenjarakan, mereka secara automatik menjadi tertanya-tanya siapakah pula yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya pada program Kempen Bebaskan Anwar 901 di padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam ini.
Pada program yang dihadiri ribuan orang ramai itu, beliau menegaskan, perralihan rakyat daripada BN kepada Pakatan Rakyat berpunca dari kezaliman Kerajaan BN yang ditunjangi Umno itu sendiri terhadap rakyat sejak BN memerintah negara sejak sekian lama.
"Namun rakyat bukan lembu, malah semakin cerdik dan mereka telah bersama-sama bangkit untuk melepaskan diri dari kezaliman Umno BN," katanya.
Zairil Khir Johari, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin memberi bayangan yang terdekat kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi keputusan mahkamah esok.
Pertama, Anwar akan didapati bersalah oleh mahkamah yang mulia seterusnya menghukum beliau dengan satu hukuman penjara. Mematikan secara langsung karier politik beliau dan berkemungkinan menghabiskan sisa usianya di dalam penjara. Setidaknya, dengan keputusan bersalah tersebut melucutkan status beliau selaku ahli parlimen Permatang Pauh. Juga melucutkan status beliau selaku ketua pembangkang dalam dewan parlimen dan menafikan hak beliau untuk bertanding semula bagi tempoh lima tahun mendatang setelah beliau menamatkan tempoh hukumannya.
Kedua, Zairil membayangkan satu keadaan yang sukar diperolehi di mana keputusan penghakiman memihak kepada Anwar. Beliau bakal didapati ‘tidak bersalah’ berkemungkinan atas faktor teknikal yang terlepas pandang oleh pihak pendakwa, justeru mahkamah bakal membebaskannya. Tertakluk sahaja kepada rayuan yang bakal dibuat oleh pendakwaraya, Anwar dianggap bebas sebebasnya.
Ketiga, dan kemungkinan paling hampir adalah Anwar tetap didapati bersalah. Namun, adalah prinsip keadilan sistem perundangan mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi membenarkan rayuan dibuat hingga ke peringkat yang terakhir. Dalam konteks ini, mahkamah rayuan. Dengan status ‘bersalah’, dan kerana ‘istimewanya’ Anwar dalam kedudukan lanskap politik baru Malaysia, beliau dibenarkan mengenepikan dahulu hukuman (stay of execution) hingga keputusan mahkamah rayuan didengar. Namun, kedudukan politik beliau turut tamat. Beliau dilucutkan hak untuk bertanding semula pada pilihanraya umum ke 13 jika keputusan mahkamah rayuan masih belum diperolehi kerana beliau ‘terikat’ dengan status ‘bersalah!’. Setidak-tidaknya, dalam keadaan ini, beliau masih bebas bergerak dalam negara serta memimpin pakatan rakyat semasa pilihanraya umum berjalan.