|
Written by admin2
|
|
Wednesday, 02 March 2011 16:34 |
|
2 Mac 2011,TEMERLOH Teh Tarik Bersama Yb melaporkan: Seramai 443 peneroka di Felda Jengka 23 dekat sini hari ini, menerima durian runtuh apabila kerajaan meluluskan rayuan mereka untuk menerima Skim Insentif Tanam Semula Sawit bernilai RM1,000 sehektar setiap peneroka.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata kelulusan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam dalam satu perbincangan bersamanya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.. Kemudian beliau (Perdana Menteri) meluluskannya," Katanya, dengan keputusan itu, setiap peneroka terbabit akan menerima sekurang-kurangnya RM4,000 kerana secara purata mereka memiliki kira-kira empat hektar tanaman sawit.
"Apabila sampai tempoh perlu ditanam semula sawit, kita akan berikan insentif ini dengan syarat mereka melakukan proses tanaman semula dengan mengikut panduan yang ditetapkan kerajaan," katanya. Hamzah berkata, kerajaan dianggar membayar RM1.798 juta di bawah insentif itu. "Peneroka akan menerima wang mereka pada minggu depan.
|
|
Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:31 |