|
Written by GreenHood
|
|
Monday, 28 February 2011 13:24 |
|
KUALA TEKIL - Ketua Kampung Kuala Tekil atau Tok Empat, Syed Ibrahim bin Syed Ahmad 63 tahun kelmarin memaklumkan bahawa hampir sebahagian besar penduduk kampung Kuala Tekil yang berjumlah sekitar lima ratus orang adalah bergantung kepada hasil pertanian seperti menoreh getah, kelapa sawit serta tanam-tanaman lain. Ujarnya, bergantung kepada saiz tanah yang dikerjakan rata-rata penduduk di sekitar kampung tersebut memperoleh pendapatan terkumpul sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Keadaan ini telah berlanjutan semenjak beberapa bulan yang lalu.
Selain dari itu, penduduk kampung yang menjadi peserta kepada program FELCRA turut mendapat dividen yang lumayan dianggarkan melebihi RM10,000 setahun.
Jelasnya, keadaan ini akan bertambah baik jika berlarutan dan mengharapkan agar kerajaan sedia ada dapat memastikan agar harga terutamanya getah dan kelapa sawit sentiasa berada pada paras terbaik bagi menjaga kebajikan petani-petani di seluruh negara amnya dan khususnya di kampung tersebut.
|
|
Last Updated on Saturday, 24 September 2011 13:24 |