|
Written by chongweileiong85_85@...........com
|
|
Saturday, 13 August 2011 14:33 |
|

Setelah menerajui kepimpinan Penang selama lebih 3 tahun, dan mengikrar bahawa kepimpinan DAP adalah telus dan adil kepada bangsa Cina Pulau, tetapi sudah di ketahui bahawa kepimpinan yang sama telah menjual 3 Pasaraya yang terbesar di atas Pulau kepada mertua DAP iaitu PAP di Singapura.
Syarikat syarikat besar milik penuh Cina di Penang telah bertanya banyak kali kepada kepimpinan Penang kenapa mereka meluluskan pembelian secara freehold dan kenapa tidak memberi peluang kepada mereka mengambil sebelum menjualnya kepada PAP (Singapura) ? Perasaan ketidak puas hati oleh golongan peniaga besar atau TAIKO Cina di Penang sekarang merungkit lagi kepimpinan Penang yang amat 'fragile' sekarang.
Pergaduhan terbuka di antara YB Wong dan YB Jeff Oii lagi memanaskan keadaan bila YB Wong memberitahu portal bahawa dia akan keluarkan semua dokumen berkaitan isu ini dan jatuhkan beberapa pemimpin yang mengamalkan kronisma dan nepotisma walaupun pernah bercakap banyak kali di ceramah bahawa kepimpinan dia adalah yang paling kurang korupsi. Paling kurang tidak bermakna tidak ada.
3 Pasaraya itu di jual dengan harga lebih kurang 1 Billion Ringgit. Tanah itu tanah milik Kerajaan Negeri yang telah di jual. Syarikat yang membina pasaraya itu syarikat siapa ? Kos nya apa ? Di harap ada yang akan siasat dengan lebih mendalam perkara ini sebelum terlambat dan kita jual di tolak supaya PAP dapat bertapak di Penang.
|