|
Written by Mohd Ikmal
|
|
Monday, 04 July 2011 15:52 |
|

Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata Pemuda UMNO dijangka membatalkan perhimpunan pada 9 Julai ini bagi menjunjung titah DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menurut sumber Utusan Online.
Tambah beliau lagi, pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Patriot akan dibubar sebaliknya ia mungkin akan didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara.
Sebelum ini, Pemuda UMNO membentuk kumpulan yang dikenali sebagai 'Patriot' sebagai langkah balas terhadap demonstrasi jalanan yang mahu dianjurkan Bersih. Patriot menggunakan warna merah sebagai simbolik kepada pergerakan itu.
|
|
Last Updated on Sunday, 25 September 2011 20:13 |