Home Berita Terkini Gerakan Bersatu Malaysia
Gerakan Bersatu Malaysia PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 04 July 2011 09:40

Satu Imbasan

17 Disember 2007

Oleh Kefli Zaini

Tuaran, Sabah - Kempen Gerakan "Bersatu Malaysia" bagi membantah demonstrasi jalanan terus mendapat sokongan rakyat apabila berjaya mengumpulkan lebih 30,000 tanda tangan setakat ini.

Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kempen tersebut yang digerakkan bersana NGO yang lain ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat dan ia menunjukkan rakyat Malaysia menolak sama sekali demonstrasi jalanan.

"Berdasarkan jumlah terkini tandatangan yang dikumpulkan, lebih 30,000 rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman agama sudah menurunkan tandatangan mereka dan ini menunjukkan mereka mahukan keamanan negara ini terus terpelihara.

"Kita tidak tetapkan masa atau berapa banyak tandatangan yang mampu kita kumpul dalam kempen menentang demonstrasi jalanan yang dibuat Hindu Rights Action Force (Hindraf) atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.

"Jika kita melihat angka ini, ia sudah melebihi bilangan ahli Hindraf atau gabungan itu yang keluar melakukan demonstrasi jalanan baru-baru ini", katanya kepada laman webPemuda selepas melancarkan Kempen Tandatangan Menentang Demonstrasi Jalanan di Tapak Tamu di sini, Ahad.

Sokongan ini tegas beliau menunjukkan demonstrasi jalanan ditolak oleh majoriti rakyat.

Gerakan "Bersatu Malaysia" yang digerakkan Pemuda BN bersama NGO seluruh negara mengajak seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan latar belakang menyatakan sokongan padu untuk mempertahankan keamanan serta menolak demonstrasi jalanan menerusi kempen tandatangan.

Rahman yang juga Ketua Pemuda Tuaran seterusnya berkata, tujuan kempen itu diadakan di seluruh negara bagi memberi peluang kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk meluah rasa tidak puas hati terhadap Hindraf atau gabungan tersebut.

Katanya, kempen mengumpul tandatangan itu adalah cara terbaik dan tepat untuk rakyat memprotes perhimpunan haram yang kononnya diadakan secara aman.

"Tujuan kempen ini juga, dibuat setelah didesak oleh rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahukan satu ruang untuk menyatakan rasa tidak setuju mereka terhadap perhimpunan haram.

"Kami tidak mahu NGO atau Pemuda UMNO pula melakukan demonstrasi bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Hindraf atau gabungan itu," ujarnya.

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=7055

Last Updated on Sunday, 25 September 2011 20:14
 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline