|

Nanyang Siangpau Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16 Tarikh: 7 Disember 2011 (Rabu)
Tajuk:
“Keselamatan Pemakanan Tidak Boleh Kompromi” Editor
13 barangan yang dijual di kedai runcit 1 Malaysia oleh kerana tidak mengikut peraturan akta pemakanan 1985, kandungan produk tidak mengikut standard piawaian keselamatan pemakanan di arah turunkan produk itu dari papan rak kedai.
Barangan ini termasuk susu segar, susu pekat, susu cair, sos tiram, parti buah-buahan, kari ayam dalam tin, jus pelam sejuk beku, minyak mentega, minyak kacang, majerin dan pati kacang tanah, kacang harum pekat, pati kacang tanah wangi, sos tomato tin dan ikan sardin (kandungan 155 gram).
Pada 22 Jun lalu, Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah merasmikan pembukaan kedai runcit 1 Malaysia yang pertama di LRT Kelana Jaya, Najib secara terang memberitahu, pihak kerajaan tidak abaikan keperluan rakyat golongan berpendapatan rendah, penubuhan kedai runcit 1 Malaysia adalah untuk meringankan sara hidup dan beban tanggungan rakyat, supaya rakyat bandar yang berpendapatan rendah dan miskin dapat membeli barangan yang murah untuk keperluan harian mereka, seterusnya dapat tingkatkan kehidupan rakyat dengan lebih selesa.
PM menerangkan, barangan yang dijual di kedai runcit 1 Malaysia lebih murah antara 30 hingga 40 peratus berbanding di pasaran biasa. Barangan yang dijual kebanyakannya adalah barangan produk tempatan, ia satu lonjakkan untuk menggalakkan perkembangan usahawan kecil dan sederhana.
Seterusnya kedai runcit 1 Malaysia akan berkembang di beberapa lokasi di negara ini, pihak kerajaan juga galakkan rakyat tubuhkan kedai-kedai runcit seumpama itu, kedai ini yang berkonsepkan untuk menolong golongan yang berpendapatan rendah telah tersebar dari mulut ke mulut, perkembangannya amat positif dan memberangsangkan.
Selepas itu, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee ambil tindakan terhadap produk yang dihasilkan oleh kedai runcit 1 Malaysia, ia berlainan daripada apa yang telah PM umumkan konsep kedai runcit 1 Malaysia, Tony Pua ambiil 23 contoh barangan yang dijual di kedai runcit 1 Malaysia, terdapat barangan yang dijual tidak murah seperti yang dijangkakan, mereka dapati barang itu bukan sahaja mahal, malah harganya lebih mahal daripada di pasaraya biasa.
Yang paling serius sekali, susu segar yang dijual di kedai runcit 1 Malaysia mengandungi bakteria e-coli melebihi had yang dibenarkan, ia membahayakan kesihatan manusia. Selain dari itu, ada 9 jenis barangan yang melanggar akta keselamatan pemakanan, kandungan barangan tersebut tidak ikut piawaian yang dibenarkan. Barangan itu termasuk sos tiram, jem nanas, ais krim, susu cair, susu pekat, minyak mentega, susu segar, sardin dan kari ayam dalam tin. Lain-lain isu ialah pemakanan yang tidak mencapai standard piawaian, serta disalah label.
Pengarah urusan Mydin Holding, Datuk Ameer Ali menjawab dengan terlalu mengambil mudah akan isu-isu tersebut, juga berkata bahawa barangan yang ditarik balik dari kedai runcit 1 Malaysia hanya melibatkan barangan yang tersalah label kandungan pemakanan sahaja, tidak ada kaitannya dengan keselamatan pemakanan. Beliau cuba ambil tidak tahu terhadap kesalahan dan isu sebenar yang berlaku, ia menyebabkan orang ramai rasa curiga terhadap keselamatan pemakanan dan kejujuran pihak itu.
Yang lebih tidak tersangka oleh semua, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Hassan Abdul Rahman berkata, kedai runcit 1 Malaysia telah tarik balik 13 jenis barangan, mahu pihak pembekal perbetulkan label dan jenama barangan itu, dan pihak kerajaan tidak akan ambil tindakan terhadap pembekal.
Pihak kerajaan keluarkan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk bina kedai runcit 1 Malaysia, untuk menjual lebih 250 barangan yang berharga murah, barangan yang menepati piawaian membantu rakyat golongan berpendapatan rendah serta dapat ubah kehidpuan rakyat. Tindakan ini memang wajar dapat penerimaan dari rakyat dan satu kegembiraan bagi rakyat. Hanya tidak lama setelah ia dilancarkan sahaja, berlaku sesuatu yang tidak diingini, ini yang amat mengecewakan.
Pemakanan itu amat berkait rapat dengan kesihatan tubuh manusia, pihak pengeluar produk tidak sepatutnya semata-mata mahukan barang itu berharga murah terpaksa korbankan kualiti barangan itu, jika barangan yang tidak berkualiti ini berleluasa tersebar luas kepada orang ramai, ia akan menjejaskan kesihatan rakyat yang impaknya sangat besar sekali, langkah-langkah seperti ini akan menggugat rakyat. Jika pihak kerajaan tidak membendung dan ambil tindakan gejala seperti ini kepada pengusaha yang mengeluarkan produk itu, imej kedai runcit 1 Malaysia akan terjejas, niat baik Perdana Menteri itu juga akan tercemar, dimana kejujuran pihak kerajaan juga akan terjejas.
- terjemahan: RA/ STA/ Q -
www.kritis-online.com |