Home Terjemahan Akhbar Cina Teresa Kok - Pakatan ada 19 kawasan putih, 7 kelabu dan 10 hitam di Selangor
Teresa Kok - Pakatan ada 19 kawasan putih, 7 kelabu dan 10 hitam di Selangor PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Que Chow Yuun Fatt   
Wednesday, 23 November 2011 16:18



Akhbar: China Press
Ruangan: dalam negeri m/s A13
Tarikh: 21 November 2011 (Isnin)

Tajuk:

Pakatan Rakyat mahu kekal di negeri Selangor perlu menang 3 kawasan utama iaitu 10 kawasan hitam, 7 kawasan kelabu dan 19 kawasan putih - Teresa Kok Suh Sim

20hb Serdang - Pengerusi DAP negeri Selangor, Teresa Kok Suh Sim berkata, jika pada PRU akan datang Pakatan Rakyat mahu kekal memerintah negeri Selangor, Pakatan Rakyat perlu tawan 3 kawasan warna hitam di negeri Selangor.

Beliau berkata, mengikut analisa yang dibuat oleh Ong Kian Ming jika melihat kemenangan (dahulu) Pakatan Rakyat sebanyak 36 kerusi di negeri Selangor, ianya termasuk kawasan yang kini dilabelkan 10 kawasan hitam, 7 kawasan kelabu dan 10 kawasan putih.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Agong Tahunan DAP yang ke-16. Yang hadir termasuklah Setiausaha DAP Lim Guan Eng, Presiden DAP negeri Selangor, Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, Bendahari Yeoh Cheu Suang, Setiausaha organisasi, Lee Yang Siah serta seramai 286 orang ahli lain yang turut serta.


Negeri Selangor punyai 56 kerusi DUN

Negeri Selangor punyai 56 kerusi DUN dimana Pakatan Rakyat mendapat 36 kerusi dan BN mendapat 20 kerusi.

Teresa berkata, kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat di negeri Selangor, di kawasan hitam tiket undi yang Pakatan Rakyat menang antara 50 peratus hingga 55 peratus, di kawasan kelabu Pakatan Rakyat menang antara 55 peratus hingga 60 peratus; di kawasan undi warna putih Pakatan Rakyat menang lebih daripada 60 peratus tiket undi.

Teresa berkata, jika PRU akan datang telus dan bersih serta bebas, pada PRU akan datang pasti Pakatan Rakyat dapat pertahankan kuasa kerajaan di negeri Selangor.

Kami juga menyeru pihak SPR mainkan peranan mereka, pada PRU akan datang dapat menerima dan laksanakan permintaan dan cadangan dari pihak Bersih, supaya semua parti-parti yang ada dapat bersaing secara adil dalam pertandingan calon ahli Parlimen dan calon Dewan Undangan Negeri.

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

www.kritis-online.com

 

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline