|
Written by Q
|
|
Tuesday, 06 March 2012 18:27 |
|

Akhbar: Nanyang Siangpau Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16 Tarikh: 15 Februari 2012 (Rabu)
Tajuk:
“Antara guru besar SJKC dan guru-guru Melayu yang berlebihan” Ditulis oleh: Hong Chu Chew
Bermula berlakunya ketandusan guru sambilan dengan kelayakan guru yang mengajar, di bawah tadbir urus oleh timbalan menteri Pelajaran Wee Kah Siong, kementerian pelajaran telah memberi kuasa kepada pejabat-pejabat pelajaran negeri untuk menyelaraskan pengambilan guru-guru sambilan, supaya dalam masa 2 minggu persekolahan dapat tenteramkan keadaan kekurangan guru-guru yang berkelayakan di SJKC dan SJKT. Apabila semua orang dengar berita ini agak rasa lebih lega, di mana masalah kekurangan guru sambilan dan guru-guru kelayakan dapat diatasi semuanya. Hari ini apabila dapat campur tangan oleh timbalan menteri pelajaran, dengan mudah kelihatan masalah itu dapat diselesaikan sepenuhnya, hanya kebanyakan daripada guru-guru itu tidak faham bahasa Mandarin dan agak berlebihan guru-guru Melayu yang dihantar ke SJKC.
Setelah beberapa lama naik sekolah sehingga hari ini, kita nampak sebelum ini Dong Zong Pusat dengan Dong Zong negeri Johor bersama-sama mengangkat sepanduk kain rentang, secara keras mahu pihak kementerian pelajaran selesaikan masalah guru sambilan dan kekurangan guru-guru yang layak di SJKC, tetapi akhirnya; kementerian pelajaran telah hantar guru-guru yang telah mencapai kelayakan ke setiap daerah, separuh daripadanya adalah guru-guru saudara berketurunan Melayu, yang paling teruk di daerah Pontian, kekurangan sebanyak 40 orang guru, hanya diberi 3 orang guru Cina yang layak mengajar, selainnya adalah guru-guru Melayu, dimana guru-guru sambilan dan kekurangan guru-guru yang layak, masih belum dapat memperbaiki keadaan itu lagi.
Berpegang Teguh Kepada Peraturan Kuota Yang Ditetapkan
Kekurangan guru di SJKC masih terbiar begitu sahaja, bukankah itu sangat pelik. Walaupun badan-badan amal dalam bidang pendidikan masyarakat Cina serta parti-parti Cina dan parti pembangkang boleh dikatakan setiap tahun ajukan perkara yang sama berteriak sehingga tekak rasa kering, sehingga ada perdebatan yang hangat, tetapi tidak pernah mendapat perhatian dari pihak-pihak yang berkenaan, masalah ini berlarutan sehingga puluhan tahun, ada sesetengah pegawai-pegawai dari kalangan Cina juga masing-masing rasa tidak puas hati dan berkata, ini kerana suara di peringkat bawah tidak sampai ke atas, ataupun di dalamnya ada napolean kecil yang sedang mendalanginya, mereka secara terang menutup kebenaran, sedangkan di SJKC kekurangan guru-guru, akhirnya mereka menghantar guru-guru Melayu yang berlebihan ke SJKC namun masalah tetap berlaku, dengan cara itulah mereka hantar guru-guru itu ke SJKC.
En. Lee sebagai Nazir sekolah-sekolah SJKC pernah secara terbuka menyeru, guru-guru besar di SJKC perlu pertahankan kesinambungan sistem Kuota yang sedia ada, pihak jabatan pelajaran dan guru-guru besar di SJKC perlu selaraskan bilangan guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin mencapai kuota bilangan yang telah ditetapkan oleh jabatan pelajaran, dan kuota guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin di SJKC di negeri Johor telah mencapai kuota maksima. Beliau berkata sistem kuota itu telah tertulis dengan jelas, iaitu mata pelajaran bahasa Melayu tahun 1 dan tahun 2, guru-guru yang tahu dwibahasa boleh mengajar di kelas-kelas itu; bahasa Melayu untuk darjah 3, 4, 5 dan 6 guru-guru yang hanya tahu bahasa Malayu boleh mengajar di kelas-kelas itu.
En. Lee menegaskan, sistem kuota ini tidak boleh dirosakkan, jika tidak ia akan mengundang kesusahan bagi guru-guru besar untuk menyusun kelas kepada guru-guru. Beliau menjelaskan, bahasa pengantaran di SJKC ialah bahasa Mandarin, jika bilangan guru-guru yang tidak tahu bahasa Mandarin berlebihan, pihak sekolah terpaksa atur guru-guru ini untuk mengajar subjek kemahiran, senaman dan lukisan jika mereka semua tidak tahu berbahasa Mandarin, bermakna kualiti SJKC akan berubah. Beliau anggap, pihak guru besar di SJKC perlu pertahankan sistem kuota yang telah digariskan oleh jabatan pelajaran, terutama sekali SJKC yang bersaiz kecil, tidak sepatutnya terima guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin.
Guru Besar Tidak Dapat Bahagi-Bahagikan Tugas Sepenuhnya
Sebelum ini pihak sekolah menghantar guru-guru tidak tahu berbahasa Mandarin ini ke kelas-kelas subjek kemahiran, senaman, lukisan dan muzik melebihi bilangan guru-guru dwibahasa, menyebabkan menjadi isu besar, sama ada disengajakan beri guru-guru dwibahasa untuk mengajar bahasa Melayu itu semua perlu guru-guru yang mempunyai pengalaman, bahasa Melayu diberikan kepada guru-guru dwibahasa untuk mengajar biasanya amat berkesan dalam pembelajaran, dan pada saat ini jabatan pelajaran sedang menitik berat tentang markah dan keputusan murid-murid, banyak sekolah-sekolah lebih rela berbuat demikian,dan keputusan yang diperolehi amat memberangsangkan. Pada masa itu ramai pertubuhan dan NGO rasa risau kerana membiarkan guru-guru tidak tahu bahasa Mandarin mengajar subjek kemahiran, bukankah nanti kualiti itu akan berubah? Tetapi isu itu telah reda secara cepat.
Sebelum ini pembahagian guru-guru mengikut kuota pembahagian, tetapi di depan mata kelihatan pihak jabatan pelajaran ambil guru-guru Melayu yang berlebihan dihantar ke SJKC, di mana kuota guru-guru Cina telah dimonopoli, seterusnya pihak sekolah seperti diikat kaki dan tangan dan tersekat-sekat dalam pembahagian tugas-tugas untuk guru-guru. SJKC yang bahasa pengantarannya bahasa Mandarin, subjek kemahiran yang dalam keadaan terhad itu jika terlalu banyak dan berlebihan guru-guru Melayu, guru-guru besar SJKC terutama sekali di SJKC yang bersaiz kecil, dalam pembahagian tugas untuk guru-guru, akan dapat dirasai bahawa kualiti SJKC telah berubah, sebelum ini SJKC memang kekurangan guru-guru, berkemungkinan ataupun tidak sebelum guru-guru Melayu itu hadir ke sekolah-sekolah SJKC kita sudah dapat selesaikan kekurangan guru-guru itu?
Sebab itu kita kena mendukung dan setuju sepenuhnya seruan dari pada En. Lee nazir SJKC, menolak guru-guru Melayu yang melebihi kuota yang dibenarkan. Perdana Menteri jelajah ke seluruh negara mengibarkan konsep 1Malaysia di setiap sudut dalam masyarakat Cina, masyarakat Cina semakin terdesak untuk timbulkan isu tentang masalah sekolah-sekolah Cina, apabila PM menitik beratkan keutamaan untuk rakyat, pasti isu ini ditimbulkan oleh napolean-napolean kecil, dikhuatiri ini menjadi duri dalam daging BN.
- terjemahan: AH/ DNA/ Q - |
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
|
|
KO's main supporters
Android app for KritisOnline
|