|
Written by Q
|
|
Monday, 05 March 2012 19:07 |

Akhbar: China Press Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C13 Tarikh: 19 Februari 2012 (Ahad)
Tajuk:
“Di Depan Tangkap , Di Belakang Lepaskan” Ditulis oleh: Goh Kian Nam
Ditangguhkan sekali lagi!
Beberapa hari lepas kementerian dalam negeri berjanji pada 16 Februari akan kerahkan 1.4 juta penguatkuasa untuk lakukan tangkapan PATI secara besar-besaran, akhirnya pada saat-saat akhir tarik ‘hand-brake’, kempen 6P ditangguhkan sehingga 10 April.
Jika dilihat, apa yang nak dihairankan? Sebenarnya kempen ini telah bermula pada Julai tahun lepas, bermula dengan peringkat pendaftaran 6P kepada PATI, tarikh tempoh perlaksanaan program itu ditangguhkan berkali-kali, kami tidak tahu berapa banyak lagi tarikh tempoh yang mahu dilanjutkan.
Masalahnya sekarang ini, setiap kali bertukar ganti pucuk kepimpinan semua program akan diubah semula, kita tidak tahu selepas 6P ini akan ada berapa banyak lagi P yang akan diwujudkan, dengan perkataan-perkataan ‘P’endaftaran, ‘P’emutihan, ‘P’enguatkuasaan dan lain-lain... banyak program tentang P yang rakyat sendiri sudah tidak ingat lagi.
Apa yang terpahat dan terpaku dalam minda ini ialah P yang dimaksudkan ialah “Penangguhan”.
Jika disebut perkataan anak si gembala kambing yang berkata “anjing serigala datang” ia telah memberi kita satu pengajaran yang baik, seseorang yang suka bercakap bohong tidak perlu buat perkara yang sama sebanyak 3 kali; di bahagian dan di unit-unit pegawai atas kerajaaan yang memegang tampuk serta menjaga selok belok keselamatan negara ini, kami tidak tahu di mata hati rakyat berapa banyakkah nilai keyakinan yang dapat rakyat berikan kepada mereka-mereka ini?
Selain dari itu ramai orang lebih rasa pelik, kenapa pelancaran pertama pendaftaran P, PATI yang berpusu-pusu datang mendaftar melebihi 1.3 juta orang, kenapa angka itu lebih ramai daripada pekerja asing yang mendaftar secara sah iaitu sekitar 1 juta orang?
Buka Pintu Dengan Luas Secara Senyap-Senyap
Ada banyak lagi perkara-perkara yang kita ingin tahu, PATI yang berada di negara kita yang berleluasa yang masih tidak lagi mendaftar, angka itu adakah lebih memeranjatkan kita?
Jika angka itu dapat memberi satu mesej, itu menunjukkan di lubang-lubang pintu masuk ke negara ini secara haram, bilangan pintu masuk itu sendiri bukankah ia lebih banyak daripada pintu masuk sah Jabatan Imigresen negara ini?
Jika jabatan yang berkenaan di depan mata orang ramai tunjukkan kehebatan mereka menjalankan tugas menangkap PATI, sehingga PATI dapat diusir keluar dari negara ini, tetapi di bawah cahaya kelam di belakang sana, ada pegawai-pegawai yang makan rasuah buka pintu seluas-luasnya supaya orang-orang yang diusir ini kembali semula ke negara ini menjalankan aktiviti haram mereka, menjejaskan keselamatan sosial negara ini, bermakna adanya 6P ataupun 7P langsung tidak berkesan apa-apa!
Pihak yang berkenaan sekarang ini pula menggunakan nama gejala merosakkan budaya masyarakat sebagai alasan membongkar pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut, juga berlaku contoh-contoh yang sama juga.
Baru-baru ini ada sebuah media membongkar dan melaporkan, ramai wanita-wanita asing yang ditahan secara lantang dilaporkan oleh pihak yang berkenaan, dengan pelbagai cara mereka lakukan akhirnya wanita-wanita yang sama ini dapat kembali ke negara kita semula, dan seterusnya mereka lakukan aktiviti-aktiviti yang sama, permainan “sudah ditangkap tapi dilepaskan kembali”.
Ada sesetengah orang yang di sisi mereka melihatnya tidak faham dengan cara mereka itu, bukankah permainan-permainan sudah ditangkap dilepaskan semula itu sangat membosankan?
Kepada pegawai-pegawai yang melakukan rasuah, lakonan itu boleh berulang-ulang sama, peranan lakonan juga boleh dengan rentak dan irama yang sama, tidak masalah jika lokasi dan tempat itu juga di tempat yang sama, yang penting duit bayaran itu tidak sama.
Sebaliknya, sebagai penonton-penonton dengan bodohnya bertepuk tangan bersorak riang gembira melihat lakonan mereka.
Sesekali tangkap pencuri, sesekali “lepaskan” pencuri. Boleh ditangkap dan boleh dilepaskan dengan sesuka hati, ini adalah rasuah di tahap makam yang tertinggi sekali.
- terjemahan: AH/ DNA/ Q - |