Home Berita Terkini
BERITA TERKINI
Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang & Hulu Selangor Khamis Ini PDF Print E-mail
Written by admin   
Tuesday, 18 June 2013 10:00

 

Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini berikutan kerja-kerja mengganti injap di Pam No 3, Rumah Pam Air Terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku dari pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan kerja yang akan dijalankan oleh operator Loji Rawatan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash), menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd di sini Isnin.

Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut....

Read more...
 
MCA panel: We’ve decided on Tee Siew Kiong PDF Print E-mail
Written by admin   
Tuesday, 18 June 2013 09:30

 

The MCA disciplinary committee has deliberated and decided on the controversy involving Johor state executive councillor Datuk Tee Siew Kiong.

However, committee chairman Tan Sri Michael Chen said he could not reveal the unanimous decision of the five-member panel as the presidential council would have to meet for further deliberation.

“We heard Tee's case carefully and considered his situation before making our decision,” he said, describing the case as unique with no precedence to rely on....

Read more...
 
Universiti bukan tempat lahirkan robot PDF Print E-mail
Written by admin   
Tuesday, 18 June 2013 08:41

 

Saya tertarik dengan komen Datuk Mokhzani Mahathir yang menyelar graduan yang enggan mengotorkan tangan dan lebih suka kerja di pejabat.

Memang diakui ramai kalangan graduan yang bersikap demikian. Saya melihat perkara ini berlaku akibat doktrin pengajian di pusat pengajian tinggi yang membentuk pemikiran sehingga menjadi begitu. Bahkan tidak dinafikan bahawa sebahagian masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu yang berpesan kepada anaknya supaya belajar rajin-rajin supaya tidak jadi macam ayah atau. Bekerja di bendang, kebun getah dan sebagainya.

Saya melihat doktrin dan budaya ini perlu ditukar....

Read more...
 
Kalau Mahu Bodek Najib, Adnan Yaakob Patut Orangnya Tapi... PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 17 June 2013 19:00

 

Dalam riuh-rendah kebanyakan pemimpin lebih condong tampil menjadi pembodek dan pengampu dengan mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandigkan dalam pemilihan parti hujung tahun ini, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob bertindak sebaliknya. Beliau berpendapat kedua-dua jawatan itu patut dipertandingkan, sesuai dengan amalan demokrasi dan inklusifnya parti itu.

Secara berterus-terang Adnan berkata, beliau tudak setuju dengan kenyataan-kenyataan yang mahu mengongkong agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Biarlah ia terbuka, tambahnya lagi.

Kenyataan Adnan ini jelas mencerminkan kematangan beliau sebagai pemimpin yang mahu melihat UMNO terus hidup dan disokong oleh rakyat. Ini kerana dengan menunjukkan UMNO sentiasa bersifat terbuka merupakan salah satu tarikan umum terhadap parti itu....

Read more...
 
Tiada Pertandingan Dalam Umno Tahun Ini ? PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 17 June 2013 18:00

 

Semalam bekas seorang menteri Umno menelefon saya. Sudah lama bekas menteri ini tidak menghubungi saya. Sebelum ini kerap juga menghubungi saya dan kami bertemu di Bangsar untuk minum tea tarik dan sambil berbual fasal politik tanah air.

Kerana lama tidak menghubungi saya dia agak 'semen' sedikit. (Semen ialah malu-malu). Al maklumlah lama tidak bersembang. Satu masa saya pernah mengkritik teruk bekas menteri ini sehinggakan dia terasa hati dengan saya dan mengambil tindakan undang-undang. Saya bukan seorang yang apolegetik mengenai sesuatu kebenaran. Saya akan kata (kritik) sesiapa juga hatta kawan baik.

Saya melayan panggilan semalam semesranya untuk menghilangkan rasa semen itu. Itulah yang kita perlu lakukan bila seseorang yang telah lama tidak menghubungi kita. Cuba tunjukkan kita masih seperti dulu dan menerimanya seperti tidak ada apa-apa. Itulah cara untuk menghubungi semula ukhwah agama....

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 2 of 844
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline