Home Pilihanraya SARAWAK Dilema Melayu dan Kebangkitan SUPP di Sarawak
Dilema Melayu dan Kebangkitan SUPP di Sarawak PDF Print E-mail
User Rating: / 5
PoorBest 
Written by Razman   
Friday, 08 April 2011 12:54

Kuching, Sarawak. 8 Apr 2011

Dilemma Melayu dan Kebangkitan SUPP di Sarawak

Ramai daripada rakyat Semenanjung Malaysia tak tahu bahawa majoriti rakyat di Sarawak adalah bukan Melayu, dan bukan Islam. Sarawak adalah sebuah negeri yang unik sebelum lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Ia adalah satu negeri yang terdiri daripada berpuluh bangsa dan kebudayaan mereka amat mendalam dan bersejarah untuk kita semua.

Melayu yang ada mungkin tak lebih dari 10% dari seluruh populasi Negeri Sarawak, tetapi itu tidak menghadkan mereka daripada pelajaran dan pekerjaan yang cukup baik selagi berusaha dan mencari rezeki yang halal. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu atau lebih dikenali sebagai PBB telah banyak membantu Melayu di Sarawak, di lihat dengan ramai daripada mereka sekarang menjawat jawatan yang penting dalam Kerajaan sekarang. Mereka di didik dengan cara yang berlainan dari mereka di Semenanjung dan sifat toleransi dan terbuka berlainan di antara mereka di Sarawak dan mereka di Semenanjung. Melayu di Sarawak membesar dengan berpuluh bangsa yang berlainan di Sarawak berbeza dengan Semenanjung di mana 3 bangsa terbesar adalah Melayu, Cina dan India. Di Sarawak, walaupun Melayu, tetapi mereka bertutur dalam lebih 4 bahasa daripada Sarawak. Ini lah kelainan dan keunikan Melayu di Sarawak.

 

 

Pemimpin pemimpin dari PBB sebelum lagi masuk dalam Malaysia telah mempraktikkan polisi toleransi dan bertanggungjawab di atas Melayu. Penulis tidak menyatakan bahawa Melayu sepatutnya berterima kasih kepada PBB tetapi bersyukur di beri ruang dan kebebasan untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab untuk Negeri Sarawak. Melayu tetap unggul di mana mana pun di dunia, tetapi Melayu mudah lupa bila masa sudah jadi genting. Itu lah dilemma Melayu. Di lihat ramai yang membantah Kerajaan Negeri Sarawak dengan tuduh Ketua Menteri dari PBB melakukan macam macam benda yang melanggar undang undang Negara. Dengan tuduhan yang tak berasaskan fakta, dengan hati yang tak kenang budi, Melayu di Sarawak lebih rela memberi Negeri mereka kepada penjajah dari seberang selatan hanya kerana mereka marah. Kenapa mereka marah ? Adakah mereka di Negeri Sarawak tahu kenapa ? Adakah mereka kekurangan dari segi apa apa ? Adakah mereka tak ada peluang yang sama seperti saudara saudara mereka di Semenanjung untuk berjaya dalam kehidupan mereka ? Tidak, Melayu di Sarawak mungkin mendapat lebih daripada Melayu di Semenanjung, tetapi kerana keinginan untuk membantah, akan membantah dengan apa cara pun selagi dapat membantah. Dilemma Melayu di Sarawak.

Berbeza dengan Sarawak United Peoples Party atau SUPP yang sekarang di lihat kebangkitan mereka kembali lawan kemasukkan Democratic Action Party atau DAP ke dalam Negeri Sarawak. Sebelum ini di Pilihanraya Kecil Sibu, SUPP di lihat sebagai tidak teratur dan berpuak melawan DAP, tetapi pada Pilihanraya Negeri Sarawak, segala masalah dan ketidak puasan hati di tolak supaya SUPP dapat BERSATU melawan politik DAP di Sarawak. SUPP menolak cara berpolitik DAP dan lebih kepada mendekati rakyat dengan fakta dan ceramah berasaskan kebolehan mereka, dan bukan dengan naikkan isu isu seperti video panas atau cerita kan pasal pentadbiran DAP di Penang dan masalah DAP di Perak.

Kawasan seperti Panduangan yang akan jadi barah kepada DAP kerana melanggar pemimpin dari komponen Pakatan yang sama. YB Andy dari Pujut Miri di lihat sebagai ‘people’s person’ dengan cara dia yang senang di dekati oleh masyarakat dan diterima oleh tokoh tokoh besar di kawasan Miri. Adakah ini cukup ? Semalam di ceramah ceramah SUPP di Miri, Penulis tak nampak pun lebih dari 20 orang hadir, dan ada juga ceramah yang di batal kan kerana kekurangan kehadiran dari rakyat Miri. Adakah ini petunjuk kepada kejatuhan kubu kuat SUPP di Miri dengan ketiga ADUN SUPP di tolak untuk calon DAP ? Atau rakyat Miri memberi petunjuk kepada SUPP supaya tidak bawa Pemimpin Pemimpin komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan yang sudah kalah teruk di Semenanjung untuk meraih undi.

SUPP mesti mengingat kembali kepada tujuan di asaskan, adakah Pendidikan dan Kesihatan rakyat nya di jaga dan tanggungjawab mereka kepada golongan tua di Miri. Keadaan yang tidak memuaskan kepada rakyat Cina mungkin timbul kerana tomahan dan tuduhan dari DAP yang mengelirukan rakyat Cina. Adalah tanggungjawab SUPP untuk menangkis segala tuduhan dengan fakta dan sejarah kejayaan SUPP di setiap bandar di Sarawak.

SUPP di lihat sudah bangkit tetapi adakah ia mencukupi dan adakah masa nya sesuai dalam kebangkitan ini. Undi di tangan pengundi, pengundi kena di beri maklumat yang tepat dan segala janji mesti di tunaikan.

 

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Android app for KritisOnline