|
Sibu, 7 April 2011 - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah melancarkan manisfesto Barisan nasional (BN) dalam majlis di Dewan MUC, Sibu malam tadi yang bertemakan 'Jaminkan Masa depan Anda Dengan BN.

Menurut sumber yang dipetik dari Bernama, teras utama manifesto dengan slogan "Rakyat Makmur Kehidupan Selesa Negeri Aman" adalah:
1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak;
2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum;
3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua;
4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua;
5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita;
6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara;
7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik;
8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan;
9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.
Ketua Menteri Sarawak itu juga menegaskan bahawa rekod Kerajaan BN telah terbukti memberi perkhidmatan yang baik.
"Kami mempunyai segala jentera dan bekerja untuk mentransformasikan negara dan tiada sesiapa lain di negara ini dapat melakukannya. Tiada parti, jauh sekali PKR boleh melakukannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran.
Manifesto setebal 32 muka surat ini diterbitkan dalam empat bahasa, Bahasa Malaysia, Inggeris, Iban dan Cina turut memuatkan perutusan Tan Sri Taib Mahmud yang menyentuh tentang kejayaan BN dan perancangan yang bakal dilaksanakan di masa akan datang.- KritisOnline
|