|
Saturday, 31 December 2011 13:45 |
|
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia buat semua pembaca dan yang menyokong KritisOnline selama ini.
Kita telah melalui dan mengharungi Tahun 2011 dengan pelbagai macam cerita, dugaan dan yang lain-lain tetapi kita telah berjaya menghabiskannya jua. Sedarkah kita iaitu walau sekuat mana pun kita, tidak dapat tidak, masih ada yang tidak dapat kita sempurnakan beberapa perkara, namun janganlah kita menjadikan ianya sesuatu “kekalahan”, jadikanlah ianya satu matlamat untuk kita terus menjadi kuat dan berjaya dalam apa jua perkara.
Kritis-Online telah beroperasi sepenuhnya dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua kerana tanpa sokongan dari anda semua adalah mustahil bagi Kritis-Online untuk terus beroperasi dan mencapai tahap yang membanggakan sekarang ini. Kami juga berharap agar anda semua terus menyokong usaha kami untuk menyampaikan berita-berita yang terbaru sesuai dengan motto kami iaitu “Menerajui Pemikiran Semasa”.
Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua dan kami percaya dengan sokongan beserta sumbangan secara ‘berita’ dari anda akan dapat kita bersama-sama menjayakan transformasi kearah yang lebih cemerlang lagi.
Sekian, terima kasih.
KRITIS-ONLINE
|
|
Last Updated on Saturday, 31 December 2011 13:55 |