|
Terjemahan Akhbar Cina
|
Written by Que Chow Yun Fatt
|
|
Monday, 12 December 2011 08:16 |
|
 Akhbar: Sinchew Daily News Ruangan: dalam negeri m/s 08 Tarikh: 4 Disember 2011 (Ahad)
Tajuk:
“UMNO Halakan Fitnah Pada DAP, Burukan Nama Yang Tidak Munasabah - Lim Guan Eng”
3hb Pulau Pinang - Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata, melalui Perhimpunan Agong UMNO, rakyat boleh nampak dengan jelas UMNO menggunakan taktik isu perkauman, sebaliknya Guan Eng percaya orang-orang bukan Melayu tidak akan tunduk kepada UMNO, kerana mereka tidak bersedia untuk menjadi rakyat kelas ketiga dan rakyat kelas keempat.
Jika UMNO mahukan orang Melayu sahaja yang menguasai dan memerintah ataupun dinamakan “UMNO-visme’ menguasai negara ini, Guan Eng percaya orang-orang bukan Melayu tidak akan tunduk kepada UMNO, kita mahu bela kehormatan kaum lain.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Que Chow Yun Fatt
|
|
Monday, 12 December 2011 07:37 |
|
 Akhbar: Sinchew Daily News Ruangan: negeri Johor m/s 14 Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Tajuk:
“Pakatan Rakyat Akan Peroleh Keputusan Cemerlang Di Negeri Johor. Negeri Johor Negeri Barisan Hadapan PRU - Teo Nie Ching"
2hb Batu Pahat - Timbalan Setiausaha Penerangan DAP merangkap ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata, pada PRU akan datang ini, Pakatan Rakyat yakin sepenuhnya mendapat keputusan kemenangan lebih baik di negeri Johor berbanding PRU lepas.
Teo Nie Ching baru-baru ini mengadakan latihan bimbingan pada ahli DAP untuk hadapi PRU di negeri Johor berkata, pengerusi strategi kebangsaan DAP Lim Kit Siang telah letakkan negeri Johor sebagai kawasan baris hadapan dalam PRU akan datang.
Nie Ching berkata, sebelum PRU 2008, negeri Johor dianggap sebagai negeri tersingkir keluar dari senarai, dan dianggap akan tersungkur semua kerusi, tetapi selepas PRU 2008, sebaliknya negeri Johor kelihatan api melawan arus itu tidak terpadam, masih dalam keadaan suhu yang hangat seterusnya semakin membara lagi.
|
|
Read more...
|
|
Written by Que Chow Sing Chii
|
|
Monday, 12 December 2011 02:08 |
|
 Sinchew Daily News Ruangan: dalam negeri m/s 14 Tarikh: 3 November 2011 (Sabtu)
Tajuk:
“Dalam masa 10 tahun Angka rasuah yang terburuk sekali cegah rasuah jadi tajuk utama PRU"
2hb Kuala Lumpur, Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata, mencegah rasuah menjadi tajuk utama dalam PRU akan datang ini.
Guan Eng berkata, laporan daripada International Transparency dalam catatan angka rasuah tahun 2011, kali ini negara kita tercatat yang terburuk berbanding 10 tahun kebelakangan ini, ia menunjukkan bahawa kepimpinan Najib dalam menyahut perubahan gagal untuk membendung rasuah, telah ditakdirkan gagal apabila beliau tidak dapat membasmi rasuah di mana rancangan Najib mahu pada tahun 2020 Malaysia boleh mencapai negara berpendapatan tinggi gagal.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Que Chow Sing Chii
|
|
Thursday, 08 December 2011 22:51 |
|

Akhbar: China Press Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15 Tarikh: 2 Disember 2011 (Jumaat)
Tajuk:
“Ayam Sabung Terpijak Paku” Ditulis oleh: Yun Li Yin (nama samaran bermaksud helang dalam tompokan awan)
DAP ada dua orang bermulut lantang, yang pertama Teng Chang Khim, yang kedua Nga Kor Ming, mereka berdua ada persamaannya, mereka berdua itu semuanya peguam, bagi mereka tiada sebarang masalah bijak berbicara, mereka semuanya dilahirkan dari (kilang) pemuda DAP.
Tetapi setelah dihakis masa sejak sekian lama, semakin hari semakin kelihatan watak kedua-dua manusia ini agak ada perbezaannya. Dimana Teng Chang Khim suka mengumpat dan mengejek, tidak kira sama ada ejekkan itu dihalakan keluar ataupun dihalakan ke dalam parti, biasanya boleh menusuk hingga ke kalbu kita, boleh diumpama pandai menyimpan jarum dalam lipatan kain; Nga Kor Ming juga seperti ayam sabung, kuku dan mulut yang tajam, selalu belasah musuhnya sehingga berdarah seluruh anggota badan, sebaliknya diri sendiri juga banyak luka-luka.
Yang jauh kita tidak perlu sebut, baru -baru ini Nga Kor Ming umpama tercucuk paku di kakinya, beliau sangkakan tapak kasut beliau begitu keras, cuba memijak orang lain tanpa ihsan, rupa-rupanya terpijak sebatang paku, yang pertama semasa beliau bertelagah dengan Hee Yit Foong, beliau tidak dapat menahan perasaan sebaliknya melangkah keluar tinggalkan tempat.
|
|
Read more...
|
|
Written by Que Chow Sing Chii
|
|
Thursday, 08 December 2011 09:11 |
|
 Akhbar: Sinchew Daily News Ruangan: Opinion Corner m/s 36 Tarikh: 1 Disember 2011 (Khamis)
Tajuk:
“UMNO Antara Berubah Dan Tidak Berubah” Ditulis oleh: Penulis: Lim Sui Guan (Timbalan Editor)
Pesidangan perwakilan UMNO telah bertiup ke sudut PRU, UMNO telah ditubuhkan pada 65 tahun lalu, sudah lebih setengah abad memerintah kini akan bertarung di gelanggang peperangan, hadapi peperangan sengit yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Muhyiddin Yassin umpamakan PRU kali ini adalah penentu bagi hidup atau matinya UMNO, beliau telah petik kata-kata perang jihad, bertanggapan UMNO mempunyai 3.4 juta bala tentera perang.
Pemimpin UMNO kini anggap PRU kali ini adalah penentu kepada kemakmuran atau pun kejatuhan orang-orang Melayu, mengkritik DAP mencabar keistimewaan orang-orang Melayu, cuba mahu gadaikan PRU kali ini kepada kancah nasib kaum, bangkitkan semangat kesedaran kepada ancaman parti serta ancaman kepada orang-orang Melayu, bangkitkan semangat ahli-ahli parti menjadi pejuang dalam medan peperangan, supaya dapat hapuskan Pakatan Rakyat, pertahankan orang-orang Melayu terus memerintah.
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 8 of 32 |
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
|
|
KO's main supporters
Android app for KritisOnline
|