Home Pilihanraya SARAWAK
Pilihanraya SARAWAK
Keputusan PRN SARAWAK KE – 10 adalah KEPUTUSAN RAKYAT PDF Print E-mail
User Rating: / 21
PoorBest 
Wednesday, 20 April 2011 15:54

Keseluruhan proses pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak Ke – 10 telah pun tamat dan keputusan juga telah di ketahui. Pengundi di Sarawak secara majoritinya telah memilih siapa yang harus menerajui kepimpinan Negeri Bumi Kenyalang. Rata-rata mereka telah menolak agenda parti pembangkang yang memainkan isu rasis dan politik kebencian. Rakyat Sarawak lebih arif dan tahu apa yang mereka mahukan.

Kita seharusnya menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dan janganlah kita menuduh mereka yang bukan-bukan seperti seorang pemimpin pembangkang yang masih menyatakan yang Barisan Nasional hanya boleh “memperbodohkan” rakyat yang “bercawat”. Disini menunjukkan bagaimana pemikiran pemimpin pembangkang apabila kekalahan berada di pihak mereka.

Seharusnya kita sedar dan akur walaubagaimana status seseorang itu, mereka adalah seperti kita juga iaitu mempunyai hak dan undi untuk sesiapa yang mereka mahukan. Nampaknya pemimpin pembangkang secara terus menuduh rakyat yang berada jauh di pedalaman diperbodohkan oleh Barisan Nasional. Sedarkah kita ada diantara mereka ini ada yang lebih baik, maju dan dari segi pemikiran dari yang berada di kawasan bandar termasuk pemimpin pembangkang tersebut.

Kepimpinan Pakatan Rakyat telah tersalah percaturan apabila cuba memainkan isu-isu perkauman, rasis, politik kebencian dan bermacam lagi dimana ianya telah di tolak oleh rakyat manakala Barisan Nasional lebih kepada agenda pembangunan yang bakal di nikmati oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan Agama dan mereka telah pun membuat pilihan.

Diharapkan dengan Keputusan Rakyat Sarawak ini kita dapat meneruskan agenda pembangunan seterusnya memacu Bumi Kenyalang ke tahap yang lebih membanggakan.

 

 
Lambaian Kenyalang! PDF Print E-mail
User Rating: / 17
PoorBest 
Written by GreenHood   
Wednesday, 20 April 2011 14:15

16 April 2011 sudah pun berlalu, meninggalkan 1,001 kenangan pahit manis kepada sebilangan besar rakyat Malaysia umumnya dan Sarawak khususnya. Keputusan muktamad telah diperolehi. Ianya telah terkunci tanpa kebarangkalian 'talian-hayat' diguna-pakai oleh mana-mana pihak bagi mengubah keputusan tersebut. BN memperolehi 55 kerusi. DAP peroleh 12 kerusi manakala PKR memperolehi 3 kerusi dan 1 kerusi diambil oleh calon bebas. Keseluruhan 71 kerusi dewan undangan negeri Sarawak telah terisi. Demokrasi terealisasi.

Pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10 memperlihatkan 62% dari 979,796 pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawabnya. Peratusan yang menurun berbanding PRN ke-9 pada tahun 2006.

BN gagal mempertahankan 7 kerusi mereka, melonjakkan pembangkang dari 8 kerusi pada tahun 2006 ke 15 kerusi pada tahun ini. Kemana hala tuju wakil bebas, George Lagong masih belum dapat dipastikan walaupun ada percubaan dari SNAP untuk menuntut bahawa George Lagong adalah wakil kepada mereka (SNAP). Namun keputusan terbaru ini tidak dapat menghalang Pehin Sri Taib Mahmud dari mengangkat sumpah selaku Ketua Menteri Sarawak bagi penggal yang baru setelah SPR dengan rasminya mengumumkan keseluruhan keputusan undian pada malam bersejarah 16 April 2011 tersebut.

Hanya setelah 3 hari PRN berlangsung, Ketua Menteri akhirnya mengumumkan keseluruhan 8 menteri kabinet negeri barunya dan seorang dari 2 Timbalan Ketua Menteri yang diperuntukkan. Mengapa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 masih dikosongkan? Alasannya mudah - SUPP yang selama ini dilihat sebagai parti yang mewakili kaum Cina Sarawak mengalami kekalahan yang teruk. Dari 19 calon yang dikemukakan hanya 4 yang menang. 2 dari 4 calon tersebut pula adalah bumiputera Sarawak. Hanya 2 calon yang menang adalah terdiri dari bangsa Cina.  Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam iaitu Presiden SUPP sendiri mengalami kekalahan yang teruk di kawasan yang ditandinginya, Piasau.

Fakta menunjukkan bahawa kaum Cina merupakan kaum terunggul yang membentuk majoriti penduduk Sarawak iaitu 30%. Kaum kedua terbesar adalah kombinasi Melayu dan Melanau yang mencatatkan 25%. Hampir 40% yang lain adalah gabungan suku-suku kaum yang begitu ramai tidak kurang dari 15 suku kaum keseluruhannya.

 

Read more...
 
SUPP Tolak Perletakkan Jawatan George Chan PDF Print E-mail
Written by Mohd Ikmal   
Monday, 18 April 2011 14:17

 

Miri - 18 April 2011. Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini mengumumkan menolak perletakkan jawatan Presidennya Tan Sri Dr. Geroge Chan dan Setiausaha Agung parti Sim Kheng Hui. .

Kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu dilaporkan menyerahkan surat perletakkan jawatan semalam ekoran kekalahan teruk calon-calon SUPP dalam keputusan rasmi yang diumumkan Sabtu lalu. Mereka diminta untuk mengekalkan jawatan sehingga kongress parti yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.

Tan Sri George Chan yang merupakan penyandang kerusi DUN Piasau tewas kepada calon DAP Ling Sie Kiong dengan majoriti 1590 undi.

 
Fakta Menarik PRN Sarawak ke-10 - Wang Deposit Calon PDF Print E-mail
User Rating: / 6
PoorBest 
Written by Mohd Ikmal   
Monday, 18 April 2011 12:46

1. 71 calon telah kehilangan wang deposit RM5,000 apabila gagal memperolehi undi melebihi satu per lapan atau 12.5% dari keseluruhan jumlah undi DUN yang mereka tandingi. Ini melibatkan jumlah keseluruhan RM355,000.

2. Hampir kesemua 26 calon SNAP hilang wang pertaruhan kecuali seorang calon di Dun Katibas

3. Dari jumlah keseluruhan 41 calon bebas, seramai 36 calon bebas telah hilang wang pertaruhan. Penyandang kerusi DUN Pandungan, Dominique Ng Kim Ho antara calon yang hilang wang pertaruhan dengan hanya mendapat 439 undi.

4. 6 calon PKR dan 4 calon Parti Cinta Malaysia (PCM) turut kehilangan wang deposit termasuk calon PKR, Suriati Abdullah yang menentang Ketua Menteri Sarawak di DUN Balingian.

5. Walaupun tewas kesemua 5 kerusi yang ditandingi oleh PAS, tiada seorang calonnya kehilangan wang deposit.

 
Kekecohan Tercetus bagi Kerusi N065 Senadin PDF Print E-mail
User Rating: / 5
PoorBest 
Written by Mohd Ikmal   
Sunday, 17 April 2011 04:15

Miri, 17 April 2011 - Kekecohan berlaku di dalam dan luar Stadium Tertutup Miri malam tadi dengan kehadiran hampir 500 penyokong PKR setelah calon mereka tewas dengan majoriti tipis. Pemimpin PKR Tian Chua dan calon PKR yang bertanding bagi kerusi N065 Senadin telah membuat bantahan kepada Pegawai SPR sehingga menimbulkan ketegangan selama hampir satu jam. Pasukan Polis dan FRU dikerah segera untuk mengawal kejadian.

Manakala calon SUPP bersama penyokongnya juga dilaporkan bergegas meninggalkan Stadium tertutup Miri sekitar jam 10.30 malam.

Penyandang Dun Senadin dari SUPP Datuk Lee Kim Shin telah diistiharkan menang bagi dengan majoriti 58 undi sahaja menewaskan calon PKR, Michael Teo. Dalam pilihanraya negeri lalu, beliau telah menang dengan majoriti 4799 - KritisOnline

Keputusan Rasmi N065: SENADIN

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)......................7,276
2. DATUK LEE KIM SHIN (BN-SUPP)...................7,334

Jumlah mengundi.......................14,796
Peratus...............................66.05%
Undi rosak............................186
Majoriti..............................58

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799

 
«StartPrev1234567NextEnd»

Page 1 of 7
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Android app for KritisOnline