|
Written by admin
|
|
Thursday, 23 May 2013 17:12 |
|

Selepas Harakah, kini akhbar lidah rasmi parti Keadilan Rakyat Suara Keadilan juga dilaporkan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa buah negeri sejak semalam.
Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail ribuan naskah akhbar Suara Keadilan telah dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.
Dalam tempoh 24 jam mulai semalam, katanya pegawai-pegawai KDN, telah bertindak merampas dan mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar Suara Keadilan di beberapa tempat....
|
|
Read more...
|
|
|
Written by admin
|
|
Thursday, 23 May 2013 09:30 |
|

PETALING JAYA: Only the MCA annual general meeting (AGM) can tell party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek to step down from his post, said former chief Tun Dr Ling Liong Sik.
“He was elected by delegates at an AGM and only an AGM can tell him to step down,” he told reporters after a press conference on the Ninth Malaysia Festival of the Mind here yesterday.
Asked about the 15 party elders who had asked Dr Chua to step down immediately following MCA's poor performance in the May 5 general election instead of waiting until party polls later this year, Dr Ling said he “did not even know who the 15 were.”....
|
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Thursday, 23 May 2013 09:00 |
|

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meningkatkan integriti pegawai dan anggota dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, integriti anggota merupakan satu daripada tiga perkara yang diberi perhatian semasa kepimpinan beliau dalam PDRM, selain mencegah jenayah dan mengurangkan ketakutan orang ramai terhadap jenayah.
Bagi memastikan kita mempunyai pegawai dan anggota yang berintegriti, maka kita akan lihat kembali peranan dan fungsi Bahagian Tatatertib dalam PDRM yang mungkin perlu kita perkemas dan besarkan lagi....
|
|
Read more...
|
|
|
Written by admin
|
|
Thursday, 23 May 2013 08:11 |
|

“Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan. “SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi.
Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal....
|
|
Read more...
|
|
Written by admin
|
|
Wednesday, 22 May 2013 14:00 |
|

Himpunan yang akan diadakan secara besar-besaran Sabtu ini oleh gabungan membantah keputusan PRU13 belum dimaklumkan kepada pihak polis, ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis akan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
Beliau juga turut berkata syarat-syarat untuk mengadakan perhimpunan ialah perlu memberitahu pihak polis dalam tempoh sepuluh hari sebelum mengadakan himpunanan tersebut. "Pada 25 Mei ini, kita tak dimaklumkan sebarang pemberitahuan daripada pihak penganjur, bila, siapa. Kita pun tak tahu siapa penganjur. "Sehingga sekarang jam 4.22 petang kita tak terima permohonan. Saya pun tak boleh ulas apa-apa lagi....
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 820 |