|
Dari blogging jadi samseng – silap siapa
UMNO REFORM
Kedudukan media alternatif UMNO semakin hebat menyerang. Namun serangan yang terhebat bukan kepada pembangkang tetapi sesama sendiri. Kami dimaklumkan bahawa blogger www.papagomo.com @ nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah melepaskan tumbukan kepada seorang blogger yang jauh lebih tua darinya pada satu program UMNO. Pemilik laman www.papagomo.com dikatakan telah menumbuk pemilik laman www.aku-tak-peduli.blogspot.com . Menurut pemerhati dan maklumat dari rakan-rakan – www.papagomo.com hari ini gagal mengawal diri apabila beliau sendiri terperangkap dalam mainan perang saraf yang ganas dan lucah.
www.papagomo.com yang banyak menyerang Unit Media Baru UMNO dikatakan berasa tertekan dengan cara penulisan dan pejalanan web beliau yang hari ini hanya dikatakan merosakkan imej UMNO serta pendedahan yang dibuat oleh www.aku-tak-peduli.blogspot.com Tindakan beliau itu hari ini juga merosakkan imej UMNO dalam dunia blog. Sungguhpun entri laporan ini akan ditentang oleh gerombolan penulis blog lain namun hakikat tindakan menumbuk dan tindakan fizikal amat memalukan kita.
Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah kita hari ini tidak lagi budiman dalam membicarakan isu, berhujah dan paling penting nilai dan sikap politik. Kenapa blogger tersohor UMNO bertindak samseng dan fizikal. Apa puncanya. Berita ini telah dipaparkan di dalam laman blog http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/papa-gomo-tumbuk-blogger-umb.html sungguhpun beberapa poin dalam entri itu telah dibetulkan oleh Pengerusi Unit Media UMNO – Tun Faisal dalam blog beliau http://tunfaisal.blogspot.com/2012/06/papagomo-tumbuk-blogger-umb-fakta.html
Apa pun sikap mengambil jalan fizikal menumbuk adalah sikap yang tidak budiman dalam dunia blog. Sikap ini hanya menunjukkan individu tersebut bertindak emosi dan marah dengan kritikan dan pendedahan orang terhadap diri beliau. Mungkin kemarahan ini boleh memberi iktibar kepada beliau – betapa orang lain juga ada yang marah dengan kutukan – cara penulisan beliau tetapi tidak mengambil tindakan seperti mana beliau buat.
Apa yang telah terjadi dalam dunia media alternatif UMNO. Apa sebenarnya yang mengawatkan keadaan dan kenapa serangan dibuat kepada Unit Media Baru UMNO yang merintis nilai budiman dalam berhujah dan memantau fitnah dan memberi penerangan dalam isu semasa politik hari ini. Mungkin ada kelapangan kita bincangkan mana silapnya sesetengah bloggers dalam media alternatif UMNO sehingga ada ketikanya kebenaran terhapus kerana ekstremis penulisan yang tidak budiman dan tidak berasas.
|