|

Akhbar: China Press Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15 Tarikh: 26 Februari 2012 (Ahad)
Tajuk:
“Sebuah Lagi Kerajaan (?)” Ditulis oleh: Goh Kian Nam
Sesebuah negara tidak boleh tiada pemimpin.
Sebab itu negara kita yang mengamalkan undang-undang persekutuan British, kita ada seorang perdana menteri yang mengetuai kabinet, perdana menteri sebagai penentu polisi-polisi dan sebagai ketua dalam kepimpinan.
Sebagai seorang pemimpin ia seperti diumpama kepada anggota badan kita, kita hanya perlukan satu kepala sahaja sudah mencukupi.
Jika kepala kita lebih daripada satu, bukankah menjadi kepala kembar yang menakutkan, boleh diibarat seperti ‘makhluk asing’ yang tidak berupa.
Maksud itu sama seperti jika negara kita ini selain daripada ada ahli kabinet yang sedia ada, ada lagi satu badan yang sama wujud seperti kabinet, yang boleh mengganggu gugat keputusan polisi-polisi tertinggi, mereka boleh membuat arahan, menjadi 2 pemerintahan, pasti lambat laun negara ini akan kucar kacir.
Ini adalah sebuah kabinet yang luar biasa, iaitu Majlis Fatwa Agama Islam di negara kita.
Jika anda tidak percaya anda boleh lihat sendiri, baru-baru ini bukankah ada seorang ustaz dari Perlis, Ustaz yang tidak pernah ada dalam senarai liputan media, beliau anggap kaum wanita Islam buat iklan tidak memakai tudung dianggap telah melanggar ajaran Islam kerana terdedah aurat.
Akhirnya ahli Majlis Bandaraya Perlis seperti mendapat arahan dari exco negeri, berjanji akan laksanakan arahan tersebut dan ambil tindakan pada logo-logo iklan.
Masalahnya sekarang ini, di ayat mana pula di dalam Al-Quran yang menyatakan melarang wanita Muslim tidak memakai tudung? Siapa yang menentukan garis panduan menutup aurat? Sedangkan masyarakat Muslim terutama sekali kumpulan pergerakan hak-hak asasi kaum wanita, sering mempertahankan hak wanita.
Baru-baru ini Majlis Jawatankuasa Khas Parlimen mencadangkan menggunakan dakwat tidak luntur pengundi pilihanraya, mereka bertindak lebih hebat, mereka tidak perlu melalui kelulusan kabinet, memaksa fatwa agama Islam menyetujuinya, barulah mereka berani ubah dan pinda akta pilihan raya itu.
Keputusan Yang Kontroversi
Jika kita semak semula kes, majlis fatwa setiap negeri tidak pernah umumkan perkara-perkara yang boleh timbulkan kotroversi, termasuk tarian poco-poco, latihan yoga dan sebagainya, di negara kita latihan-latihan seumpama itu sebagai aktiviti kesihatan yang biasa diamalkan... .
Walaupun pihak yang berkenaan berkali-kali menegaskan, keputusan majlis fatwa hanya boleh dikenakan ke atas orang-orang Muslim, tetapi MCA dalam pendiriannya membantah hukum hudud, (perswoalannya) adakah orang-orang bukan Muslim tergolong dan terkait dalam isu itu?
Kami juga tidak rasa curiga terhadap kebebasan majlis fatwa membuat keputusan tentang keagamaan mereka. Masalahnya sekarang ini, kenapa agensi-agensi yang pembuat keputusan yang benar-benar kuasanya dilantik dari rakyat seperti kabinet, di negara ini serta kerajaan-kerajaan negeri asyik mahu gembar gemburkan isu-isu ini, tidak ikut kehendak sebenar rakyat tetapi sebaliknya ikut kehendak dan pandangan majlis fatwa yang menggerunkan itu?
Walaupun dikatakan kembali kepada pegangan perlembagaan negara, adakah majlis fatwa itu sebagai pelaksana undang-undang di bawah perlembagaan? Bagi hak dan batas kuasa orang-orang Muslim, adakah ia merentasi batasan kehidupan orang-orang Muslim itu sendiri?
Walaupun MCA sering mengaitkan masyarakat Cina supaya menolak agenda hukum hudud Islam, sebaliknya ramai orang bersetuju dan berpendirian yang sama; adakah keadaan itu nanti lebih teruk daripada sekarang?
- terjemahan: AH/ DNA/ Q -
|