Home Terjemahan Akhbar Cina Merentasi kotak kerangka perkauman
Merentasi kotak kerangka perkauman PDF Print E-mail
User Rating: / 4
PoorBest 
Written by Q   
Thursday, 08 March 2012 00:44



Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16
Tarikh: 23 Februari 2012 (Khamis)

Tajuk:

“Merentasi kotak kerangka perkauman”
Ditulis oleh: Lee Liang Shi (Profesor Madya Univesiti Perguruan Gao Xiong)

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri (TPM) beranggapan, PRU akan datang ini adalah “pilihan raya yang amat penting” ia akan menentukan hidup mati UMNO. Beliau berkata, serangan bertalu-talu yang begitu hebat dari pihak pakatan pembangkang (PR) akan menjadi pertandingan sengit kepada parti pemerintah iaitu kepada kerajaan BN; TPM bertanggapan pada PRU akan datang ini bukan sahaja akan menentukan antara hidup matinya UMNO, dan adakah BN masih boleh mempertahankan perlembagaan persekutuan, supaya BN dapat teruskan janji-janji dan lebih berkesan mengendalikan kerajaan di negara ini.

Penulis percaya dan lebih iktiraf pada PRU kali ini akan berlaku satu tahap yang penting dalam sejarah politik di negara ini, dan saya tidak setuju apa yang disebut oleh TPM yang mengatakan PRU kali ini akan menggugat perlembagaan persekutuan negara ini, kerana walaupun PR memerintah, mungkin PR hanya mendapat separuh kerusi dalam Parlimen untuk memerintah, memang tidak mungkin mendapat 2/3 kerusi untuk memerintah sepenuhnya, dengan itu BN masih lagi mampu mempertahankan perlembagaan.

Parti pembangkang dan parti pemerintah buat masa ini akan berlawan secara habis-habisan, terutama sekali BN akan sedaya upaya mempertahankan kuasa kerajaan BN. Bagi perkembangan demokrasi di sesebuah negara, silih berganti dari parti-parti dalam pemerintahan itu adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun di negara kita memang selama ini mengambil langkah-langkah ke arah demokrasi yang ditentukan oleh politik orang ramai, dari segi perkembangan demokrasi di negara kita yang begitu lama telah mendatangkan ciri-ciri negatif. Hari ini negara kita hadapi persaingan ekonomi global, kotak politik kaum dan dalam era globalisasi dari segi perkembangannya agak ketinggalan, sedangkan negara kita telah merdeka lebih setengah abad, sepatutnya lebih menekankan pelbagai budaya, dan pada masa sama eratkan perhubungan di antara kaum, supaya perhubungan antara kaum dapat bersatu dan boleh terus berkembang.


Kelebihan Politik Kaum Semakin Pudar

Politik kaum yang mewakili kepentingan sesebuah kaum itu sendiri, perkembangan itu akhirnya menjadikan kepentingan-kepentingan sesebuah kaum itu telah mengatasi dan merobek kepentingan-kepentingan negara. Orang-orang Melayu adalah kumpulan kaum yang terbesar di negara ini, pada awal negara ini merdeka sebenarnya orang-orang Melayu telah bersikap mereka merentasi kaum dalam kotak kerangka politik mereka, tetapi pada masa itu perkembangan politik mementingkan kaum sendiri, dan pada masa itu politik kaum dianggap boleh membawa manfaat kepada semua orang, sebab itu peluang itu tidak diberi kepada orang lain.

Pada Abad ke-21 hari ini, politik kaum di negara kita semakin hari semakin pudar, sekarang ini ia lebih manfaat kepada perkembangan politik untuk pelbagai kaum, melalui politik pelbagai kaum mampu memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk saling memahami di antara satu sama lain, dan ia lebih memberi kesan yang baik dalam perlaksanaan untuk perkembangan Negara ini. Sejak kerajaan perikatan sehingga kerajaan BN yang menerajui negara ini selama setengah abad ini, memang sudah pasti mereka telah banyak berjasa kepada negara ini, tetapi dari segi politik kaum, banyak berlaku ketidak adilan di antara kaum, dan polisi-polisi politik kaum telah menjejaskan dan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara ini sendiri, sebab itu tekanan-takanan dari pihak pembangkang itu lebih memberi kebaikan kepada kerajaan BN untuk membuat perubahan-perubahan, supaya sistem demokrasi di negara ini masuk ke era perbatuan (milestone) yang lebih maju ke hadapan.

Serangan-serangan hebat dan propaganda-propaganda dari kerajaan BN, dan berikutan memberi rakyat berita-berita gembira kepada rakyat dalam beberapa bulan ini, pasti langkah-langkah menuju PRU sudah semakin hampir. Penulis berharap pihak pembangkang sepatutnya bersaing dengan sewajarnya, jangan lagi gerakkan dan mainkan isu kaum dan agama, dan tumpukan tajuk-tajuk kepada ekonomi dan kehidupan rakyat untuk mendapatkan sokongan dari rakyat, lebih rela Malaysia akan menjadi lebih baik di hari esok... .

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

 

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline