Home Terjemahan Akhbar Cina Debat Soi Lek vs Guan Eng
Debat Soi Lek vs Guan Eng PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Q   
Tuesday, 06 March 2012 03:05




Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: dalam negeri m/s A5
Tarikh: 19 Februari 2012 (Ahad)

Tajuk:

“Tajuk perbahasan terlalu sempit Kedua-dua pihak lari daripada tajuk. Setakat ini Chua Sui Lek menang pusingan pertama”
Ditulis oleh: Lim Chee Ping

“Politik orang-orang Cina mempunyai pembahagian seperti sempadan perairan, sama ada sistem dwikuasa akan berlaku menjadi sistem dwikaum”, inilah tajuk yang sepatutnya diperbahaskan pada hari ini, selain daripada Chua Soi Lek semasa permulaan perbahasan menyentuh tajuk ini, selepas itu dari segi tajuk itu pada keseluruhannya Lim Guan Eng tidak langsung sentuh, dan tidak banyak yang menyentuh tajuk yang diberi.

Kedua-Dua Belah Pihak Menghormati Tajuk Perbahasan

Ramai orang anggap tajuk perbahasan itu terlalu sempit. Tetapi dari segi keadaan perbahasan, mereka kelihatan bersetuju dengan tajuk-tajuk yang begitu sempit.

Sememangnya tajuk seperti ini memang sesuai untuk MCA, dengan itu ramai orang anggap jika Lim Guan Eng teruskan perbahasan dengan tajuk-tajuk itu pasti rugi buat Lim Guan Eng, di sini penulis tidak setuju. Kecuali tajuk-tahuk yang diberikan itu memang tidak boleh diperdebatkan, contohnya seperti tajuk yang bukan-bukan iaitu “adakah matahari timbul dari timur”, sebaliknya kedua-dua pihak mampu mencari sesuatu resolusi untuk diperdebatkan untuk mencari isu saksama dalam majlis perbahasan itu.

Jika dilihat dari segi tajuk itu, pada permukaannya tajuk itu memihak kepada Chua Sui Lek, sepatutnya Lim Guan Eng mampu menguasai pihak musuh kerana pihak musuh menyerang secara terang, dan pihak Lim Guan Eng sebagai penerima soalan seperti dalam keadaan punyai kelebihan, sepatutnya keluarkan hujah yang tidak disangka oleh Chua Sui Lek, selepas itu kemukakan soalan kepada Chua Sui Lek.

Malangnya Lim Guan Eng tidak ambil peluang yang baik terhadap keseluruhan tajuk perbahasan itu, asyik ulang-ulang kembali isu keberadaan DAP selepas PRU 2008, akhirnya keseluruhan perbahasan menjadi perkara biasa pedebatan dan pertengkaran antara parti dan tiada bezanya.

Sepatutnya Guan Eng Boleh Menyerang

Selain dari itu, perbahasan agak berbeza dengan ceramah politik, apabila kedua-dua belah pihak saling meragui antara satu sama lain dan saling berdebat. Semua pihak bercakap dengan cantik. Malangnya kedua belah pihak saling kekurangan. Salah satunya Lim Guan Eng kelihatan lebih mempertahankan diri.

Sebagai pihak penentang dalam perbahasan, sepatutnya Lim Guan Eng mempunyai peluang soal kembali Chua, terlebih dahulu sepatutnya patahkan hujah-hujah Chua; tetapi dalam masa 8 minit yang diberikan itu Lim Guan Eng hanya berkisar kepada perkara-perkara propaganda buat dirinya sendiri, tidak langsung menyerang sebarang kecacatan-kecacatan hujah dari Chua Sui Lek, malangnya Lim Guan Eng tidak berbuat demikian.

Apabila tiba masanya kedua belah pihak saling mempersoalkan hujah masing-masing, strategi Lim Guan Eng juga agak longgar.

Beliau hanya tinggal satu peluang kemukakan isu skandal PKFZ, ia langsung tidak dapat mencederakan Chua Sui Lek walaupun sedikit, dan Chua boleh gunakan pelbagai cara dan sudut untuk memberi tindak balas.

Dari segi keseluruhannya Chua Sui Lek dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya hujah yang mudah dan masa yang mencukupi, Chua Lepaskan hujah-hujah masalah ekonomi dan projek-projek pembangunan dalam masyarakat yang begitu bijak kepada Lim Guan Eng. Walaupun boleh dianggap Lim Guan Eng tidak perlu menjawabnya, tetapi oleh kerana sektor yang dillibatkan itu terlalu luas, ia pasti perlukan masa yang panjang untuk menjawabnya.

Dalam masa yang terhad itu, menyebabkan hujah-hujah Lim Guan Eng itu tidak mencapai apa yang diharapkan oleh pendengar, dan jawapan-jawapan yang dikemukan itu tidak dapat memuaskan semua orang.

Pada keseluruhannya, bagi soalan-soalan dalam perbahasan yang diadakan ini, penulis anggap setakat ini Chua Sui Lek di pihak yang menang.

Jika dilihat dari segi kualiti majlis perdebatan ini ia adalah perdebatan yang bermutu tinggi, kelihatan kedua-dua pihak tidak perlu pertingkatkan usaha-usaha dalam perdebatan itu. Pertembungan kedua-dua belah pihak sudah pun berlaku, ia melangkah setapak lagi bagi perjalanan demokrasi negara ini, kedua-dua pihak dalam kedudukan menang-menang.

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline