Home Terjemahan Akhbar Cina Politik dwikuasa
Politik dwikuasa PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Q   
Monday, 05 March 2012 10:51



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C17
Tarikh: 18 Februari 2012 (Sabtu)

Tajuk:

Di mana Letaknya Dwikuasa?

Apa yang dikatakan dwikuasa itu, adakah ia akan bertukar menjadi dwikuasa? Orang-orang yang yakin ia boleh berlaku itu, pasti anggap pengundi-pengundi Melayu dan India akan kembali ke pangkuan BN, dan akan menyebabkan BN menjadi kukuh duduk menunggu singgahsananya; kepada orang-orang yang tidak yakin akan berlaku pula, percaya pada PRU akan datang BN akan tewas, semua kaum akan sokong Pakatan Rakyat, dan Pakatan Rakyat akan memerintah, kumpulan orang-orang yang berfikiran sedemikian adalah belia-beliau kaum Cina lebih ramai.

Pilihan Raya Negeri di Sarawak yang ke-10 pada tahun lepas, adalah satu ramalan kepada PRU akan datang ini, kita masih dapat rasakan kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak seperti membelah rotan, lebih-lebih lagi DAP dengan slogannya “jika Tok Uban tak tewas, rakyat akan makan rumput”, slogan yang begitu hebat. Suasana politik di Sarawak pada masa itu berkecamuk, menyebabkan rakyat rasakan negeri Sarawak “perlu bertukar kerajaan segera” kerana suasana politik yang begitu kelam, tetapi ia hanya berlaku di kawasan-kawasan peti undi orang-orang Cina, suasana kelam itu telah ranapkan SUPP, menyebabkan di dewan undangan negeri Sarawak terdiri daripada 2 kaum.

Slogan DAP yang bermaksud “Tok Uban” ialah parti PBB, sebanyak 35 kerusi yang ditandingkan; sebaliknya parti kaum Cina SUPP hanya bertanding sebanyak 19 kerusi hanya menang 6 kerusi, dalam 6 kerusi hanya ada 2 sahaja wakil dari orang Cina. Penduduk Cina di negeri Sarawak ada 26 peratus, hanya ada 2 orang Cina di dalam parti pemerintah, kedudukannya agak lemah; tetapi parti pembangkang dari Pakatan Rayat seramai 15 orang di mana kaum Cina seramai 12 orang ahli, perbezaannya agak jelas, ini adalah dewan Undangan dwikuasa, adakah ia sihat dari segi perkembangan sosio-politik?

Merentasi politik kaum

Merentasi politik kaum adalah tujuan akhir dan sasaran akhir negara ini, tetapi ia perlu berjalan dengan perlahan-lahan. Tidak kira sama BN mahupun Pakatan Rakyat, jika kedua-dua kuasa ini masih tidak dapat mengekang bingkai politik sentimen perkauman. Walaupun DAP anggap mereka adalah parti untuk pelbagai kaum, tetapi calon-calon bertanding kaum Cina dan India hanya berani bertanding di kawasan ramai kaum Cina ataupun ramai kaum India di kawasan itu yang melebihi daripada separuh. Dimana Pas dan PKR juga tidak akan lepaskan kawasan orang-orang Melayu kepada DAP. Ini adalah kenyataan dalam politik. Mereka saling bertentangan untuk mendapatkan hak politik, dari segi agama dan kaum menjadi penghalang kepada ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, perbalahan hukum Hudud dalam politik ia adalah satu beban politik.

Kita terpaksa akur pada PRU akan datang ini mungkin akan berlaku dwikuasa, tetapi kemungkinan-kemungkinan ini perlu bergantung kepada pengundi-pengundi Melayu dan India kembali kepada Pakatan Rakyat, berdasarkan hampir 80 peratus pengundi Cina berpihak kepada Pakatan Rakyat, mereka dalam kedudukan yang serba salah, kerana ia hanya memperluaskan pembangkang dari kaum Cina, adakah menjadi pertaruhan kepada parti yang memerintah, adakah tiket undi di tangan kaum Cina itu akan seperti menggadaikan beban nanti, ia perlu difikirkan sebaik-baiknya.

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline