Home Terjemahan Akhbar Cina Politik perkauman tidak pernah lapuk
Politik perkauman tidak pernah lapuk PDF Print E-mail
User Rating: / 3
PoorBest 
Written by Q   
Monday, 05 March 2012 02:08




Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16
Tarikh: 18 Februari 2012 (Sabtu)

Tajuk:

“Politik perkauman tidak pernah lapuk”
Ditulis oleh: Chang Long Yan (Penyelidik Akademi Kewartawanan & Infomasi Taima)

Pada 18 haribulan Februari ini, adalah sesi perbahasan antara presiden MCA Datuk Seri Chua Sui Lek dengan setiausaha DAP Lim Guan Eng, tajuk perbahasan: “politik orang-orang Cina di persimpangan jalan: sistem Dwikuasa adakah menjadi sistem dwikaum?”, walaupun ramai orang sedang mengharapkan dan sedang menanti-nanti saat perbahasan ini tiba, terutama sekali sengketa pembahagian kerusi dalam majlis perbahasan tersebut semakin kecoh, tetapi bagi saya semua itu langsung tiada membawa sebarang makna.

Sejak saya pandai mengenal apa erti hidup ini, telah mendengar ramai dari kalangan orang Cina sebut tentang politik orang-orang Cina kini hadapi masalah kerana sedang berada di ambang persimpangan jalan, isu dwikuasa ini telah lama disebut semenjak di pertengahan tahun 1980-an dulu.

Sama ada sistem dwikuasa ini akan terbahagi kepada dwikaum, sama ada kehadiran dwikuasa ini negara kita akan lebih demokrasi ataupun tidak, persoalannya sama juga, ini semuanya masih tidak boleh dijangkakan.

Sebenarnya “sistem dwikuasa” telah wujud di Kelantan, hari ini diperintah oleh ahli dari Pakatan Rakyat iaitu Pas, dahulu BN juga pernah memerintah Kelantan.

Contoh yang nyata seperti Kelantan, membuktikan dwikuasa tidak dapat pertingkatkan sistem demokrasi, sebaliknya menyekat perkembangan demokrasi di Kelantan itu sendiri.

Kebijaksanaan Politik Bapa Kemerdekaan

Apa yang diumpamakan seperti “perbahasan antara pemimpin” ataupun “majlis grand”, kedua-dua belah pihak telah pun membuat andaian sendiri. Tetapi yang agak bodoh dan hipokrit ialah DAP. 2 daripada ahli parlimen DAP berkata, MCA timbulkan isu pemerintahan dwikaum, dikatakan itu bermakna MCA sedang meronta-ronta kerana hidup MCA sudah tinggal nyawa-nyawa ikan, mengatakan pemerintahan dwikaum itu adalah isu 25 tahun lalu dan sudah lapuk.

Sekurang-kurangnya sudah 25 tahun dan sudah lapuk itu, pasti pada masa itu seluruh pertubuhan-pertubuhan Cina kerana mahu selaraskan 9 agenda hala tuju, pada tahun 1986 telah kemukakan dan umumkan “dwikuasa”.

Masalahnya: tidak kira sama ada ia sistem dwikaum, dwikuasa ataupun dwiparti (yang lebih tepat ia perlu ikut “keadaan” bukan ikut sistem), lebih keras lagi boleh disebut, ia tidak terlibat dengan isu sama ada sudah lapuk ataupun tidak, sebenarnya berlaku keadaan dwikuasa itu perlu ada pengstrukturan dalam budaya politik itu sendiri; mereka sangat mengharapkan wujud sistem dwikuasa, untuk jadikan kenyataan, ini adalah suatu perkara yang amat berbeza sekali.

Harapan terlalu tinggi kepada orang-orang yang ketagihan dwikuasa akan berlaku semangat seperti semangat fanatik dalam keagamaan, ataupun mereka mendapat reka bentuk struktur penyebaran kuasa dalam politik, tetapi mereka telah abaikan ataupun secara rambang tidak hiraukan realiti dan kenyataan yang timbul dalam masyarakat, kerosakan itu pasti amat besar, tidak boleh dipandang ringan. Pada Abad yang lalu, kita dapat lihat banyak contoh-contoh yang sama telah berlaku.

Negara Malaysia adalah negara yang agak jarang-jarang berlaku seperti di dunia luar sana, dimana negara kita mendapat kemerdekaan tanpa revolusi, dan juga menjadi satu-satunya negara selepas merdeka tidak menjadi negara diktator ataupun negara pemerintahan tentera. Selepas itu barulah mendapat pengalaman-pengalaman seperti ini, semua hasil ini adalah kerana kebijaksanaan politik bapa kemerdekaan, bapa-bapa kemerdekaan tahu bagaimana untuk membahagi-bahagikan kuasa poltik mereka. Dan keputusan-keputusan yang dibuat pada masa itu, telah difikirkan dengan wajar dan bersesuaian.

Ini adalah sebahagian daripada sejarah negara kita. Kita boleh tidak mahu menerima pandangan-pandangan beberapa pemimpin-pemimpin politik yang timbulkan isu-isu “tidak tahu berterima kasih”, tetapi kita tidak boleh menafikan kebijaksanaan politik yang begitu berharga, kenapa menganggap politik di negara kita ini telah lapok. Jika mahu buktikan bahawa politik di negara kita ini telah lapok, perlu ada bukti-bukti yang sangat kukuh yang boleh meyakinkan; jika sebaliknya ia langsung tidak memberi sebarang makna.

Dengan itu saya boleh katakan politik perkauman itu pada dasarnya dan pada faktanya memberi kesan yang mendalam, boleh tanya di mana bukti-buktinya? Pertama, dalam perlembagaan dalam Fasa 153 dengan jelas telah menerangkan orang-orang Melayu dan Bumiputera mendapat keistimewaan. Berkaitan ini DAP setakat ini “tidak berani usik”.

Jika Tidak Dapat Bersaing Secara Adil Perlu Lepaskan Dengan Sendirinya

Kedua, DAP secara rela berkata mereka dalam Pakatan Rakyat boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di antara mereka, tetapi pada realitinya telah terbukti apa yang disebut dalam penulisan Eric Arthur Blair dari England, berkata “semua orang sama rata, ada sesetengah orang lebih sama rata dari orang lain”.

Jika dilihat dari sudut lain pula, sebenarnya DAP telah melihatnya dengan jelas apakah realiti yang sebenar: sebenarnya di Malaysia orang-orang Melayulah yang berkuasa.

Ketiga, mengikut laporan dari soal selidik, sokongan pengundi kaum Cina terhadap BN sekitar di bawah 30 peratus, jika kita lihat melalui pandangan merentasi antara kaum, apa yang saya mahu tumpukan di sini bukanya nisbah 70 peratus kaum Cina yang tidak sokong BN itu, (dalam pada itu mungkin antara 10 hingga 15 peratus sahaja pengundi-pengundi atas pagar, ini perlu direbut), tetapi kelihatan keseluruhan pengundi pengundi lebih condong kepada orang-orang “penentang tegar BN”, mahu mereka jangan buang masa lagi ataupun cepat tawan jiwa pengundi-pengundi ini. Jika dilihat dari sudut ini, boleh dikatakan semua parti sedang memainkan isu sentimen politik perkauman, tidak anggap pengundi Cina dan pengundi Melayu itu boleh dilayan sama.

Politik perkauman ataupun politik dwikaum dikatakan telah lapuk, di mana pula mereka dapat fakta ini?

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

 
Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
Who will win ?
 

Android app for KritisOnline